Thursday, February 21, 2013

persiapan untuk bercuti bersama bayi..

sebelum ke kemboja dan Vietnam baru ni, aku sempat survey persediaan untuk bawak baby bercuti. lebih-lebih lagi soal makanan. sebelum ni kalau berjalan jauh pun, masih berkereta dan semua barang boleh dipunggah letak dalam kereta. tapi kali ni travel by flight ni, memang nak kena prepare betul2. takut ada yang terkurang dan payah nak cari kat tempat orang..

aku jumpa banyak info kat blog2 dan website. mana yang sesuai, aku ikut.. antaranya:


dan hasilnya:

 macam-macam yang aku borong, sebab Nina memang tak boleh nak jangka selera dia..
 antara menu utamanya Bubur nasi dan instant oat for baby. sebagai tambahan aku spare puree2 dlm botol dan dried fruit. bubur nasi tu pulak aku ambik perasa jagung dan ayam.
sup ayam berkrim, aneka ragam finger biscuits dan coklat M&Ms jugak..haha.. 




 sebok je tuan badan nak interframe.. air kotak dan vitagen pun bawak. sebab tak tau kat tempat orang macamana..
 yang ni stok untuk ibu dan daddy.. hehe.. ibu yang malas nak angkut susu Anmum Materna, beli stok soya dan anlene je.. malas nak bawak bekas. habis minum, terus buang kotak.. beg pun kosong..

punya lah susah nak cari instant baby oat ni. dekat carefour, giant dan tesco semua tak de.. last2 aku jumpa dalam supermarket dalam Setia City Mall. tu pun last one. terus rembat.

semua stok makanan tu cuma perlu guna air panas je. lepas tu campur la dengan apa yang ada, puree labu ke, sup ayam ke..

masa kat Kemboja dan Vietnam, Nina susah betul nak makan. aku cuba macam2 nak kasi dia makan. 3-4 sudu, dah tak nak dah. aku ni risau takut dia lapar. sudahnya, banyak bergantung dengan susu je la.. tapi time kitorang makan, sedap je dia join..hehe..

tiap2 masa kalau berjalan, dalam beg mesti siapkan kudapan biskut atau coklat la untuk dia. dan oat atau bubur nasi masuk dalam bekas kecik siap2. tak kuasa nak angkut peket2 tu..

pampers pulak, aku kira dia pakai 5 keping sehari,. so 6 hari, dalm 30 keping dan aku extra 5 keping. kot la cirit birit ke apa pulak.. dan alhamdulillah.. bila balik ke Malaysia, ada lebih 7-8 keping pampers yang tak guna lagi.

pakaian - aku bawak memang cukup2, 2-3 pasang sehari. lagipun memang plan nak tambah baju kat sana. sekali, borong sakan baju nina kat sana..weheehehe..

so far, tak banyak masalah sangat bawak Nina berjalan.  cuma aku je yang cepat penat. dia ok dan tak banyak meragam sangat walaupun penat. tido pun ok. dan tak serik pun nak berjalan dengan baby..so Daddy, next destination??




6 comments:

  1. Slm puan, sy pun nak ke vietnam hujung minggu ni. Tp sy nk tye puan, boleh ye kita bawak air kotak tu aemua naik flight? Anak sy dah nak masuk setahun bulan ni. Sy pun tgh pening nak bawak apa utk dia makan kat sana..harap boleh bagi pendapat. Boleh ye bawak semua mkanan tu masuk flight puan?

    ReplyDelete
  2. Hi nuras,
    kebanyakan stok makanan tu saya letak dalam beg pakaian. cuma spare sikit2 je dalam beg galas yg nak bawak naik flight (hand lugage) tu. selalunya saya memang satukan brg2 baby dalam 1 beg galas cthnya flask air pns, susu, mineral water, air kotak dan snek2. Yang tu kita declare sbg beg baby. kat airport, bila kita dah bwk baby, dia tgk beg pun dah tau, so tak check sangat. kdg2 mak pak pun tumpang letak makanan sama..hehe.. kat tiket pun dah tulis ada infant kan.. dan makanan/minuman dalam beg tu dibenarkan. actually air panas boleh mintak kat atas flight nnt, tapi saya stand by jugak.
    so far dah beberapa kali saya travel dgn flight memang tak de masalah. enjoy your trip!

    ReplyDelete
  3. Thanks puan.. Ni 1stime nkbwk anak g jalan.. Sbb tu agak tertanya2 dan susah hati ni. Ok, thanks for the info..

    ReplyDelete
  4. salam,nak tanye puan..saya rancang nk ke Ho Chi Minh,Vietnam..yg risaunye kat hotel sana senang ke nak cari air panas utk bancuh susu baby?

    ReplyDelete
  5. Hi Azwa,
    setakat ini kebanyakan hotel di sana memang ada kettle di dalam bilik. Kalau tak de pun, akan ada thermos dalam setiap bilik. so, kita boleh call housekeeping/front counter untuk mintak diorang hantarkan air panas. don't worry. saya pun bawak sendiri thermos yg size kecik. sebelum keluar berjalan, mintak diorang penuhkan thermos tu dulu. saya pun pernah juga masa di Phnom Penh, tengah2 malam call mintak air panas, nak makan maggi..hehe.. selamat bercuti!

    ReplyDelete
  6. Anda mencari pendapatan sampingan??
    Klik link ini untuk mklumat lanjut..
    My Invite Pay

    ReplyDelete