Monday, March 25, 2013

Seminar : Keluarga Sakinah

Minggu lepas, sekali lagi menyertai kursus keibubapaan, kekeluargaan dan kerumahtanggaan. hehe.. 


Keluarga Sakinah siri ke 2. siri 1 dulu aku tak join, sebab masa tu masih di Perlis. tak tahu lah samada ada kesinambungan dengan siri awal atau dibuat secara bersiri, tapi peserta orang lain-lain. kursus ni sehari, dari pagi sampai pukul 5 petang. ada 4 orang panel sepanjang 3 slot yang mana semuanya boleh dikatakan famous amos la jugak. geng-geng yang selalu keluar Forum Perdana tv1 dan tv 9 (Halaqah, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah)

dan macam biasa, aku nak share sikit-sikit ilmu yang aku dapat kat sana. tapi, ringkas-ringkas dan mengikut pemahaman aku la ye..


 Di Mana Bahagia Sebuah Rumahtangga?

Allah swt membenarkan wanita masuk syurga melalui mana-mana pintu yang mereka suka sekiranya
  • solat wajib
  • berpuasa
  • taat kepada perintah Allah dan Rasul
  • menjaga harta suami, maruah diri dan maruah suami
Walaubagaimanapun, terdapat ramaii wanita yang mudah masuk neraka hanya kerna mereka tidak taat pada Allah dan Rasul, serta suami mereka.

Lelaki bertanggungjawab kepada 4 golongan wanita di dalam hidup mereka, iaitu:
  • ibu
  • isteri
  • anak perempuan
  • saudara perempuan
Suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Nafkah wajib :
  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pakaian - minimum 2 pasang setahun. (hadis Nabi)
  • Ubat-ubatan / mekap (yang bersesuaian)
  • Ilmu pengetahuan. maksudnya kalau suami tak mampu mengajar sendiri, mesti beri kemudahan untuk hantar isterinya menuntut ilmu. hantar ke kelas agama dan sebagainya.
Seorang suami umpama mati di dalam keadaan amalannya yang tergantung / berhutang sekiranya tidak memberi nafkah kepada isteri.

Diumpamakan isteri ini dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok itu. Tulang yang bengkok, perlu dilentur dengan lembut dan berhati-hati. Dibuat dengan kasar akan patah, drastik atau terlalu lembut pun akan patah juga. Begitu lah fitrah seorang isteri. Isteri selalunya sangat sensitif. Suami perlu membentuk isteri dengan sabar, lemah lembut, perlahan-lahan dan berperingkat.

Sunnah Rasulullah:
  • isteri tidur di sebelah kiri suami
  • berjalan di sebelah kanan suami atau belah mana yang tangan suami paling kuat
Adab naik tangga pula, isteri naik tangga dulu, baru lah suami.

Antara tips kebahagiaan rumahtangga :
  • FOOD - makanan sangat membantu untuk meningkatkan kasih sayang dalam rumahtangga. Rasul kita suka sangat makan dengan keluarga, kerana dapat mengeratkan ikatan antara ahli keluarga. Kepada isteri, kena pandai-pandai variasikan masakan di rumah supaya keluarga tak bosan, jemu dan mula mengambil jalan makan diluar. Dan didiklah keluarga dengan memaklumkan kepada suami, isteri , ibu, bapa sekiranya tidak dapat balik makan bersama.
  • FASHION - Perlu saling berhias untuk menambat hati pasangan. Bukan sahaja untuk cantik, tapi juga dari aspek kebersihan. 
  • FUN - Bergembiralah di dalam perhubungan suami isteri. Contohnya berkaraoke, berkongsi hobi, menghabiskan masa bersama walaupun sekejap. Setiap pasangan mempunyai keistimewaan masing-masing di dalam melakukan akiviti untuk bersama. terpulang kepada lifestyle masing-masing. Asalkan boleh menceriakan anda berdua.
Sebagai ibubapa, kita perlu membangun bersama anak-anak, dari segi bahasa, teknologi dan hal-hal terkini.  Kalau dilihat kecanggihan teknologi, informasi dan aktiviti, anak-anak sekarang begitu cepat belajar. Jadi, ibu bapa perlu bergerak seiring dengan dunia anak-anak supaya kita juga boleh dijadikan rakan berbincang tentang soal-soal terkini. ibu bapa yang tau mengambil tempat di dalam perkembangan anak-anak, mereka akan lebih dihormati dan dikagumi oleh anak-anak mereka sendiri.

 Syurgakah Rumahtanggaku?

PERIHAL HATI  - kita akan respond dengan apa yang ada di dalam hati kita. hati yang sayang, akan cakap dengan baik, penuh kasih sayang, dengan cara untuk beri kefahaman, dan meraikan. cakap sikit-sikit pun dah faham. Tapi bila hati yang sedang marah, hati yang benci, cakap berkali-kali pun tak faham, cakap dengan suara yang kuat tapi masih tak dengar, tak dapat tangkap dan tak sampai maksud.

kita mesti pernah tengok suami isteri yang berjauhan, cakap lembut je walaupun jauh dan tak dapat tengok muka suaminya. tapi, orang yang tinggal serumah, berdiri berhadapan pun masih terpekik dan terjerit bercakap sesama sendiri.  Begitu lah perasaan dan hati boleh mempengaruhi semua tindakan kita. 

Kata-kata Saidina Ali :
"Apabila di dalam ahti seseorang terkumpul 2 perkara, maka dia wajib bahagia seumur hidupnya. Iaitu Sabar dan Syukur.. "

Ustazah ni memberikan contoh sebuah kisah. Sepasang suami isteri yang mempunyai nasib dan personaliti yang amat berbeza. Si suami - tak handsome, miskin, tak pandai, kerja biasa-biasa je, tak banyak duit dan harta. Si isteri - sangat cantik, manis, kaya raya, pandai, mempunya pekerjaan tetap dan berjawatan tinggi. Mereka ditanya oleh seorang rakan 'macamana kamu berdua yang tidak sekufu boleh hidup di dalm keadaan yang sangat bahagia dan saling memahami?'. Suami isteri ini menjelaskan bahawa mereka berpegang kepada 2 perkara yang disebut oleh Saidina Ali itu tadi. 

Si suami - walau didatangi dengan pelbagai ujian dari segi ekonomi, paras rupa, miskin dan segala kekurangan tetap bersabar dengan ujian yang diberikan Allah (SABAR). Pada masa yang sama dia sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memiliki isteri yang cantik menawan, kaya dan bijak. (SYUKUR)

Si isteri - sentiasa bersyukur dengan kelebihan, kenikmatan dan kemudahan yang Allah berikan padanya sejak awal. Dibesarkan di dalam keluarga yang senang lenang, mempunyai pendidikan yang baik dan kerjaya yang stabil (SYUKUR). Namun, dia juga tidak pernah mengeluh dengan ujian yang Allah turunkan padanya melalui suami yang miskin, bodoh dan tak handsome tadi. Dia tetap sabar dan redha dengan pemberianNya. (SABAR).

Hurm, begitu kerdil rasa diri aku yang telalu banyak kelemahan dan tidak bersyukur ini...

Kadang kala, kita sering menyalahkan orang lain di sebalik apa yeng berlaku. Sering mencari kelemahan dan meletakkan kesalah pada orang lain. Sebenarnya bukanlah selalu orang lain yang salah. Adakalanya, pasal kita yang tidak pandai menguruskan hati. Kalau sekiranya orang itu salah sekalipun, tiadakah ruang untuk untuk kita bersyukur dengan hikmah di sebalik yang terjadi?

Seperti dalam perkahwinan, kita selalu terfikir atau nampak sikap tak baik pasangan kita. agaknya kalau kita diberi peluang untuk tulis dan sebut satu persatu, tentu banyak sekali yang kita nak sebut tentang keburukan itu. tapi, boleh tak kalau kita cuba melihat kebaikan-kebaikan yang dibuat selama menjadi pasangan hidup kita? yang tidak pernah berkira soal-soal lain.. jadi, di dalam setiap keburukan dan kemarahan kita, tidak ada kah ruang untuk kita memaafkan dia? ruang untuk kita bersyukur memiliki dia? dan ruang untuk kita sama-sama betulkan kesilapan. KITA,  bukan dia seorang je.

Kita nak rumahku syurgakku? jadi, kita kena lihat rutin-rutin yang kita programkan untuk kita dan ahli keluarga lakukan bersama yang penting : sucikan HATI kita dulu.. jadikan kita orang yang lembut hatinya, suci hatinya..


haih, begitu sukar nak menjaga seketul darah ni,kan.. 

TANGGUNGJAWAB - Rumah tangga adalah sesuatu yang praktikal. Hak dan nafkah mestilah diberi. Tanggungjawab mestilah dilaksana. Melalui kajian psikologi, mana-mana isteri yang tidak menerima nafkah 100% dari suaminya, dia tak akan boleh 100% taat, patuh dan hormat terhadap suaminya.

Antara isu utama masalah rumahtangga hari ini ialah masalah nafkah. kerana ramai isteri yang bekerja, berkarier dan mempunyai pendapatan sendiri. suami pulak tak bagi nafkah pada isteri atas alasan isteri sudah mempunyai duit sendiri. malahan isteri pula yang perlu menanggung bil-bil dan pelbagai perbelanjaan lain di dalam rumah. sebenarnya, suami masih wajib memberi nafkah kepada isteri , mengikut kemampuan suami, bukan kemahuan isteri..

Pada aku, bergantung juga kan. mungkin di atas persetujuan isteri untuk bekerja bagi sama-sama membantu meningkatkan taraf hidup dan kualiti keluarga. jadi, tidak salah untuk berkongsi, tetapi tidaklah sampai memaksa atau mewajibkan pula isteri untuk memberikan pendapatannya kepada keluarga. juga pernah dibincangkan di sini dulu..

Hadis : 
" Ada dosa-dosa yang tidak terampun walaupun dengan solat sepanjang hayat, menunaikan haji tidak mengira berapa banyak, kecuali penat lelah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak"

ok, panjang rasanya entri kali ni. ada sambungan sikit lagi, aku buat entri baru nanti ye..
semoga bermanfaat, jom, semak diri kita. di mana tahap kita, pasangan dan keluarga kita berada sekarang.. semua yang ditulis adalah keutamaannya untuk mengingatkan diri aku sendiri dulu. mohon maaf kalau ada yang terguris !






No comments:

Post a Comment