Monday, March 25, 2013

Type of husband..

Ini yang sempat dipelajari masa seminar baru ni..

Jenis-jenis suami / pasangan kita :

GRED A:
  • suami yang selalu bercakap tentang masa depan. 
  • lagi jauh masa depan yang dirancang, lagi excellent suami itu. maksudnya, bercakap tentang 10 tahun akan datang, 30 tahun akan datang, dan persediaan yang eprlu dibuat untuk masa depan. termasuk dengan kehidupan akhirat.
  • ini menunjukkan dia seorang suami yang mempunyai wawasan, yang bersedia dan merancang untuk keluarganya.


GRED B:
  • suami yang selalu bercakap atau bercerita, tak kira cerita apa. cerita pasal kehidupan, aktiviti seharian atau cerita-cerita biasa.
  • suami yang begini masih ok, masih baik hati. sekurang-kurangnya dia tidak bercakap buruk tentang orang dan tidak berniat jahat atau dengki pada orang lain. cuma dia tidak terlalu merancang untuk kehidupan keluarganya. 
  • mereka ini masih boleh diperbaiki dan sebagai isteri, kita boleh sama-sama mengajak dia merancang untuk persediaan masa depan.


GRED C:
  • suami yang berhati busuk dan sentiasa bersangka buruk terhadap orang lain. 
  •  yang suka hentam orang lain. asal dia bercakap, mesti orang lain salah dan tak kena.
  • suami begini kena bersihkan hati dan menrima kekurangan orang sekeliling. 

GRED D:
  • suami yang kalau bercakap, tentang "AKU". semua yang baik, elok dan cantik adalah dirinya.
  • dan ada ketikanya dia suka menyandarkan kebaikan oranglain dengan dirinya. walaupun kebaikan tu pada orang lain, semua adalah disebabkan dirinya. Nauzubillah..
  • suami yang takbur, riak dan ego. sukar menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri.
  • suami begini perlu dirawat hatinya..


jadi, di mana kita sekarang? jom kita selidik gred kita yang mana.. dan kita betulkan yang mana silap, tambahkan di mana yang kurang. 





No comments:

Post a Comment