Thursday, March 21, 2013

SET BERSALIN TANAMERA

untuk kali ni, aku nak cuba set bersalin ni pulak. Masa bersalin Nina dulu, aku guna set bersalin NR. tak sempat nak review, dah nak masuk anak kedua..hahaha.. lagipun aku pun tak tau sangat nak istilah kan best ke, berkesan ke, bagus ke apa.. cuma bila aku makan produk tu, memang tak de masalah. sakit badan pun hilang. semua aku guna, kecuali bengkung. eh, tapi bukan bengkung dari NR. Aku guna bengkung Sendayu Tinggi. tak guna pun sebab aku czer. lepas tu takut nak guna walaupun doc bagi je guna lepas 2 minggu. first time kan, macam-macam yang dirisaukan. 

so far, aku rasa NR pun bagus. dan boleh ditelan. tu yang penting.hehe.. teh herba tu pun mula-mula je aku campur madu. 2-3 kali lepas tu, terus je telan. boleh je pun. tak teruk sangat rasanya. dan boleh dikatakan aku berpuas hati dengan Set Bersalin NR.. masa aku beli tu harganya RM 290.00, beli kat Kak Engku Bidan Bersalin..

Sebab apa kali ni pilih Set Bersalin Tanamera?



Seingat aku, first time baca dulu masa kat majalah Pa&Ma. Testimonial mereka cerita memudahkan untuk bersalin. sebab produk ni boleh start consume masa pregnant lagi. so, ramai yang amalkan makan Virgin Cocunut Oil (VCO) atau minyak kelapa dara tu masa minggu-minggu terakhir sebelum EDD. lebih memudahkan bersalin sebab berminyak pada laluan tu kot. dan juga kurangkan koyakan dan ada yang langsung tak koyak dan tak perlu dijahit.. alhamdulillah..

disebabkan aku ni dari first pregnancy dulu naaakkk sangat bersalin normal tapi tak dapat. jadi untuk kali ni masih berharap dan rasanya usaha ke arah tu la menyebabkan aku pilih set bersalin ni. baca dari review ramai orang, rata-rata berpuas hati. aku pun decide nak cuba. tapi yang rugi sebab set ni dah termasuk dengan bengkung, sedangkan bengkung yang sedia ada pun aku tak guna lagi..hhmm.. nak buat macamana, beli lah jugak. maybe boleh jual murah-murah kot bengkung-bengkung tu kan..

harga? memang agak mahal berbanding NR dulu. RM 360.00 /set. harap-harap berbaloi la nanti. aku beli terus dari website TANAMERA. semua info cara nak guna, benefit dan ulasan testimoni boleh baca kat situ.
berdasarkan bacaan aku, paling digemari ialah Brown Formulation Soap, Herbal Massage Oil dan Sudah tentu VCO tu sendiri. dan aku jugak baru tahu pasal urutan perinium. betul, sebelum tak tahu langsung. in shaa Allah, rasa nak amalkan jugak. 

walaupun ada barang yang boleh guna semasa hamil, aku baru sempat test herbal massage oil je. yela, asal nak bukak kotak belek-belek apa yang ada, si Nina datang menyibuk. abis bersepah-sepah.. so, guna massage oil tu time Daddy mengurut je la. tu pun masa Nina dah tido. maybe esok lusa boleh try sabun mandi yang dikatakan best sangat tu. boleh bersihkan kotoran dan kesan-kesan hitam kat celah-celah tu..hehe..

nanti, kalau best dan best, aku share ye.. kalau tak best pun, harus la aku cakap best.. duit dah melayang membayor rege set tu..









2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Nina, wah bestnya set bersalin tanamera ni

    Selepas baca review tentang set bersalin tanamera,

    Memang di kepala mazni terlintas yang set ni adalah

    cara berpantang orang melayu yang di modenkan dalam pek baru

    Siap pakai pilis dan mandi herba lagi tu.

    Produk pun semua dari sumber semulajadi. Pakai minyak kelapa dara dan sebagainya

    Set bersalin shaklee pula cara moden.

    Dalam bentuk tablet je semua. Kecuali ESP dalam bentuk serbuk.

    Cara melayu vs cara moden. emang lain kan. Orang putih makan pil je.

    Orang melayu siap ada minyak urut, teh herba dan pilis untuk pulihkan kesegaran badan.

    Saya sedang hamil anak kedua sekarang ni.

    Sedang survey survey untuk set bersalin mana yang terbaik.

    Selain set bersalin shaklee, ada juga dengar set tanamera ni bagus.

    Kami sekeluarga dah amalkan produk shaklee untuk makanan tambahan

    Cuma untuk bersalin belum sempat guna lagi.

    Setahu saya kedua dua set tanamera dan shaklee bukan dari sumber jamu

    jadi boleh terus guna selepas bersalin

    Baca dari review kawan kawan pun ramai yang rekemen kedua dua set.

    Nak pakai dua dua lari budget pulak nanti. Hehe

    Apa pun terima kasih atas perkongsian

    Set bersalin shaklee vs tanamera. Insyaallah sampai masanya terpaksa juga buat pilihan.

    Memang lengkap bergambar dan berinformasi blog Nina ni. seronok baca. Insyaallah ada masa kita singgah lagi ek.

    ReplyDelete