Monday, March 25, 2013

Sifat-sifat suami soleh dan isteri solehah

Juga nak berkongsi apa yang aku belajar baru ni..

10 SIFAT SUAMI SOLEH:

  1. Selektif dalam memilih / membuat keputusan - contohnya di dalam mencari jodoh, memilih bakal isteri, dan dalam membuat sebarang keputusan untuk rumahtangganya. Aku pernah terbaca dulu, tidak mengapa sekiranya seorang lelaki itu mendapat jodoh yang mungkin tidak menepati seluruh kehendaknya (perangai / akhlak), kerana bukankah tugas mendidik dan membimbing itu terletak di bahu sang suami? mungkin berkat kesabaran dan kerja keras suami, dia dapat membentuk isterinya menjadi insan yang lebih baik setelah berkahwin.. erm, sesuatu yang menarik utk difikirkan..
  2. Suami yang mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas bahunya di dalam perihal solat anggota keluarganya. Sering bertanya dan memastikan anak isterinya menunaikan kewajipan.
  3. Menggauli isteri dengan menjaga batas halal dan haram.
  4. Mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Nak berkongsi satu kisah teladan di zaman Nabi dulu. ada seorang lelaki ini, sudah kematian isteri dan menjaga anak-anaknya yang masih kecil. setiap kali lepas solat Subuh berjemaah di masjid, sahabat Nabi melihat lelaki itu terus berlari balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Dan pada suatu hari, sahabat bertanya tentang kenapa dia selalu tergesa-gesa balik setelah selesai Subuh? Lelaki itu menjawab " Jiran sebelah rumahku ada menanam pohon anggur yang mana buahnya begitu lebat sekali sehingga adakalanya dahan buah anggur tersebut memasuki kawasan rumahku lalu buah tersebut gugur di atas tanah. Aku takut anak-anakku yang masih kecil terjaga dari tidur, keluar ke halaman rumah lalu mengutip makan buah yang telah gugur itu. Kerana itu bukanlah hak mereka. Maka, aku perlu sampai awal di rumah setiap hari supaya dapat memastikan anak-anakku tidak memakan yang bukan halal untuk mereka.." - Subhanallah, sampai macaam tu lelaki tu menjaga rezeki yang diberi kepada anak-anaknya, walaupun kalau nak dikira, anak-anak itu masih kecil dan tak tahu apa-apa. tapi kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab sepenuhnya ke atas mereka. Kita pulak bagaimana?? Semoga kita semua juga dikurniakan sifat-sifat begitu, in shaa Allah..
  5. Menjauhi sihir dan paranormal di dalam keluarga.
  6. Yang ni aku tertinggal sebab syok dok borak.. hahaha.. sedar-sedar dah masuk point ke 7..
  7. Mengikut petunjuk Islam ketika menguruskan isteri yang nusyuz. Ramai di kalangan kita apabila berdepan dengan konflik rumah tangga, menyelesaikan masalah mengikut nafsu, atau mengikut cakap orang lain, bukan mengikut syariat.
  8. Melayan isteri dengan baik, tidak semestinya dengan kasih sayang. Tapi, kalau dapat layan dengan penuh kasih sayang, lagi syukur Alhamdulillah.. Kalau tak sayangkan isteri pun, sekurang-kurangnya jaga isteri dengan baik, menjaga kehormatannya, tidak menduakan atau mengkhianati isteri. Sebab kata ustazah tu, ada di antara kita yang mungkin berkahwin bukan di atas dasar kasih sayang. mungkin kahwin ikut pilihan keluarga dan tak sanggup nak menderhaka pada ibu bapa. mungkin juga ada yang sudah lama berumahtangga, sudah kurang kasih sayang tetapi masih cuba bersatu kerana takut memberi impak yang tak baik pada anak-anak sekiranya mereka bercerai. Jadi, dalam situasi ini, suami dapat melawan isteri dengan baik, sudah memadai.
  9. Menjaga kehormatan, dan perasaan isteri.
  10. Tidak mengabaikan hak isteri, terutamanya mahar / mas kahwin dan nafkah.


10 SIFAT ISTERI SOLEHAH:

  1. Taat pada Allah dan Rasul.
  2. Redha dengan jodoh yang dikurniakan. Malah, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan rumahtangga.
  3. Memelihara kehormatan diri.
  4. Menghormati dan memuliakan suami.
  5. Taat pada suami, kecuali pada perkara-perkara yang haram atau mudharat. Ada perkara yang tidak haram, tetapi boleh mendatangkan mudharat, baik dari segi fizikal, mental, atau pun perhubungan. Sebaiknya, berbincanglah. 
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. 
  7. Mengikut petunjuk Islam di dalam menguruskan suami yang nusyuz, curang, atau teruk akhlaknya.
  8. Tidak berhias, kecuali untuk suami.
  9. Jaga harta dan amanah suami. Kat sini, ustazah tu ada menekankan bahawa boleh bagi isteri untuk menggunakan duit suami untuk perbelanjaan yang dirasakan perlu tanpa pengetahuan, SEKIRANYA suami  itu seorang yang kedekut / berkira. Tapi dibenarkan untuk jumlah yang sepatutnya sahaja. 
  10. Mendidik dan menyusukan anak. Perlu dibuat dengan ikhlas dan kasih syang.


LAIN-LAIN:
  • Semasa upacara meminang, anggota keluarga rombongan lelaki (emak, makcik, atau wanita yang lebih tua) boleh meminta untuk melihat beberapa tempat pada calon pengantin perempuan. Belakang tengkuk - ianya adalah petunjuk kepada aspek kebersihan. Belakang tumit kaki - bahagian ini adalah petunjuk kepada tahap kesuburan seseorang wanita. Kalau orang-orang tua tentu lebih tahu tentang perkara ini. 
  • Mendidik anak seawal 0 - 6 tahun : Di usia ini, daya penerimaan mereka seperti span. tanamlah, ajarlah, didiklah apa sekalipun, semuanya mereka akan serap dan akan amalkan sehingga mereka besar. Sebab itu lah selalu kita dengar dan baca, 6 tahun pertama tumbesaran anak adalah peringkat terpenting di dalam  seumur hidupnya. Jadi, jom sama-sama kita ambil peluang ini untuk membentuk yang terbaik di dalam kehidupan mereka..
  • Isteri - MESTI pandai letak keutamaan dalam menguruskan diri sendiri dan keluarga. Selalunya isteri akan bekerja keras pada siang hari di pejabat, hantar / ambil anak sekolah / taska, buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. sehinggakan mereka lupa yang mereka juga bertanggungjawab kepada suami pada sebelah malamnya. Isteri wajib melayan suami, jadi isteri perlu mencari jalan dan berusaha untuk membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga, anak-anak dan untuk suami. Kalu perlukan supplement atau vitamin, perlu usahakan supaya suami tidak rasa terasa terabai. 


Rasanya banyak betul yang terkena atas batang hidung sendiri. hehe.. baik aku ngaku je la, kan.. Mohon diberikan peluang dan waktu untuk bermuhasabah dan perbetul kekhilafan bersama.. amin..





inilah salah satu budak yang mempunyai daya serapan yang tinggi.. ajar sekali dua je, lepas tu terus follow.. sekarang, kalau dia buat benda salah pastu aku panggil, dia pulak yang angkat jari telunjuk siap dengan "haiipp.." - adeeh..pening ibu..  

No comments:

Post a Comment