Tuesday, April 2, 2013

Ragam nursery

sejak Nina dihantar ke taska, boleh dikatakan aku berpuas hati. walaupun kadang-kadang ada jugak hal-hal yang jadi, aku anggap tu hal kecik dan boleh give and take lagi.

contohnya:

  1. beberapa minggu lepas, tengok ada lampin kain yang tak tahu sape punya, yang pasti bukan Nina punya sebab yang dia semua ada nama. kain tu lusuh sikit. bukan soal lusuh ke apa, soalnya time tu Nina selsema dan aku rasa kain tu teacher guna sebagai sapu tangan dia. kalau kain tu tak share dengan sapa-sapa, it's still ok. tapi, tu lah, who knows kan.. esoknya aku inform teacher Nurul. dia kata maybe tersalah masuk kot. ok, accepted. BUT, the next Friday, hari yang semua budak-budak bawak balik bakul besar (Monday - bawak bakul besar gi taska, stock untuk seminggu, dan Friday - bawak balik semua untuk restock baju, pampers dan towel), lampin tu ada lagi dalam bakul Nina. angin jugak mulanya. last2 aku basuh, dan terus simpan. malas nak hantar ke taska dah.
  2. pernah nampak macam lebam sikit kat pipi Nina. aku ambik gambar. yup, memang sikit. kecik je. so, aku in good faith ni assume maybe anak aku yang lasak, main dengan kawan-kawan kot. terjatuh. atau terlanggar apa-apa yang tak teruk sangat. sebab Nina ni tangan dengan muka dia pun dia sendiri yang cakar.. cuma aku stand by nak tengok kalau-kalau esok lusa ada lagi tanda lebam kat mana-mana. tak de dah. ok, aku kira selesai.
  3. kadang-kadang nampak tanda alergi dia naik. selalunya merah-merah bawah bibir / mata. confirm salah makan. bila check dengan teacher Nurul, dia kata memang tak makan cereal pun. Nina memang makan nasi/bubur. baru ni aku discover yang Nina juga alergi pada ikan bilis, lepas aku sendiri bagi dia makan kat rumah. so, aku pesan kat teacher Nurul, jangan bagi dia bubur yg ada ikan bilis dah. tapi semalam nampak ada lagi tanda-tanda tu. takut dia ada makan junk food kat taska, sebab semalam Nina bawak balik goodie bag, classmate dia celebrate birthday. so, tak pasti lah. Nina pulak agak susah nak kenalpasti alergi dia, sebab kadang-kadang bagi ok, kadang-kadang tak ok. so, aku selalu try and error dulu. 
as a mother, of course adakalanya terdetik macam-macam kemungkinan yang boleh terjadi kat anak-anak kita,kan. tapi, dalam keadaan kita yang pilihannya terhad macam ni, tawakkal je yang aku mampu. kita rasa tak ada orang lain yang mampu jaga sebaik kita jaga. tapi, untuk keadaan sekarang, serahkan padaNya. tentu Dia akan jaga dengan lagi baik. memang best kalau duduk dekat rumah mak, mak tak kerja, boleh lah hantar anak gi rumah mak. confirm terjamin KOT. tapi, ada ketikanya perlu juga anak-anak kita pada pendedahan environment yang lain. sekarang tengok Nina dah pandai berkawan. kalau jumpa budak-budak sebaya dia, dia yang tegur orang tu dulu. jadi, ada baiknya jugak bagi dia berkawan kat taska tu. 


cuma semalan, ada sikit insiden yang buat aku agak terkilan. agak la. emo sama kot. kisahnya gini..

selalu lepas balik kerja, aku balik rumah dulu. siapkan apa yang patut sebelum Daddy balik around 6.30 - 7.00 petang. masak, mandi dan solat asar. sebab kalau Nina ada, lambat sikit nak buat kerja-kerja tu. 

jadi, lebih kurang 6.30 aku keluar nak ambik Nina (taska buka sampai 7 ptg), kereta pulak tak boleh start. berpeluh aku try, still tak boleh. nak masuk rumah balik, pintu pulak tak boleh bukak. tak tahu lah apa sebabnya. tadi aku balik kerja, boleh je bukak pintu. mesti lah guna kunci yang sama, kan? berpeluh-peluh kat luar, sambil ulang-alik try bukak pintu rumah dan start enjin kereta. still tak boleh. 6.40 tu aku call teacher Zue, owner taska. 

aku : hello teacher, saya ibu Medina, baby kat taska. saya nak inform yang akan ambik Medina lambat sikit. kereta rosak. saya mintak Daddy dia ambikkan, cuma lambat sikit. dia on the way balik. tapi tak sampai 7.30 la. 
teacher : ok. erm, nak tanya Medina dah bayar fees ke?

aku terkejut, tiba-tiba tanya hal lain pulak ni.

aku : dah, pagi tadi baru bagi pada teacher Nurul. 
teacher : RM 250 ek?
aku : ye.. sebab dia dah cukup setahun. setahun 2 bulan pun.
teacher : ye ke? nanti saya kena check dia punya surat beranak dulu.

WHAT??? What are you talking about? to whom you are talking rite now? aku ni  mak dia kot, aku yang beranak kan dia. tak kan aku tak tahu bila anak aku lahir? oh please..

aku : hah?? tak pe, check la. kalau saya salah atau bayar kurang, teacher bagitau. sebab hari tu cakap bawah setahun fee RM 300, lepas setahun RM 250. sebab tu saya bayar RM 250.
teacher : ok, nanti saya check, saya bagitau puan.
aku : tak pe la teacher, saya call ni nak bagitau saya ambik lambat sikit. takut teacher Nurul tertunggu-tunggu kat sekolah tu.
teacher : ok, nanti saya bagitau Nurul je la.
aku : ok, thanks, bye.

agaknya apa yang tak kena kat situ? aku sangat marah sebab:
  • aku yang tengah stress / penat / berpeluh2 tak boleh start kereta, risaukan anak yang tak ambik kat taska lagi. dia boleh cakap pasal yuran???
  • dah tu buat-buat tanya macam tak sure aku dah bayar ke tidak, padahal dia dah tau aku bayar. sebab dia yang tanya aku bayar RM 250 kan?? common la, baru 1 haribulan kot. pernah ke aku lambat atau tangguh bayar sebelum ni? resit aku bayar deposit sejak bulan Januari pun ko tak bagi lagi..
  • aku sungguh-sungguh bagitau sebab apa aku lambat dan takut kalau-kalau teacher kat taska terpaksa menunggu lama, dia buat tak kisah. je. cakap "ok" je?? yang paling disebokkan pasal yuran??
  • yang paling ketara menaikkan darah aku ialah : nak check surat beranak Nina dulu, betul ke dah cukup setahun???? grr.. diam, izan. lagi banyak ko marah, lagi teruk bahasa nanti.. agak-agak la teacher.. saya mak dia.. tak kan saya nak tipu? bulan lepas lagi saya sepatutnya bayar RM 250, tapi katanya kena bayar RM 300 lagi, padahal dah lebih sebulan time tu. Nina lahir Februari. so, Mac dia dah setahun sebulan. dan kali ni untuk April, dia dah setahun 2 bulan!! bukan aku berkira soal RM 50 tu, tapi adab dan cara biarlah kena pada tempat dan masanya. aku pernah bayar lebih, tak kisah pun. walaupun Nina kerap absent sebab bawak ke outstation sampai seminggu dua. monthly fee tu sebenarnya termasuk dengan hari Sabtu kalau kita nak hantar (half-day). tapi rasanya baru sekali aku hantar hari Sabtu. tu pun sebab memang aku dan Daddy kena kerja dua-dua. kalau Daddy ada kat rumah, dia dok rumah je. dan ada jugak time aku nak hantar Sabtu, diorang tak boleh terima sebab dia ada program lain. tak pe, aku ok je. tu la aku frust sikit bila jadi gini.. tengok, tak best bila kita ungkit-ungkit gini, kan?


aku cuba sabar sebab memikirkan teacher kat situ ok, owner je kurang sikit. tak pe la, at least Nina ok kat sana. malas nak kecoh-kecoh sebab kita hantar anak tiap-tiap hari. jadi tak nak la ada benda-benda yang tak elok berlaku.

bila aku cerita kat Daddy, memang angin la dia. "kira nak duit je depa tu.." " esok ibu tanya, nak berapa salinan surat beranak Nina?meh nak bagi.." " dah la, nanti tukar je la, hantar Nina kat kak Nani sebelah ni. dia pun mengasuh jugak." dan macam-macam lagi la.. aku diam je. sebenarnya baru berkira-kira nak survey untuk tempat baby nanti dengan teacher Zue. nak tau dia sanggup ke tak. dan nak tau diorang boleh handle baby yang menyusu badan ke tak. tapi, dah jadi macam ni, nanti dulu lah. 

actually, bukan lah besar sangat isu ni. tapi, agak sensitif jugak bila berkait soal duit. apatah lagi dia mempersoalkan apa yang tak patut, pada masa yang tak patut. itu lah. mungkin tak semua tempat dan orang macam tu. sekarang aku cuma ingat yang teacher yang jaga Nina ok, dan aku boleh consider. hal yang lain, biar aku usahakan. kalau boleh nak elakkan dari bertukar-tukar pengasuh dan taska. kesian kat Nina. pening dia nanti. cuma harap taska tu boleh la improve sikit perkhidmatan tu. sebab mereka ni menawarkan servis yang orang tak boleh tengok secara kasar. bukan macam jual barang kat kedai runcit. nampak barang yang dijual. ini servis antara manusia. tu yang payah nak duga. wallahualam..




2 comments:

  1. kt taska ni ank jgaan sy sampai x nk duk taska.padahal dari umr 2thn dia dah biasa dhntr ke taska.bila dtya knp x mahu bg tau.so decide hantar ke tadika ja tu pon sbb dah start sekolah.byk juga yg kurg myenangkn.ada pnh ank ni xdtg hari sblmnya jd x tau la yg sekolah blik awl.so lmbt ambil.bole dbiar budak tu duduk dlm pagar n x msuk kedalam taska.dan bbrapa kjadian lg. mknn pula klu sekolah dlu ank sllu blik kyg n xpnh mgadu lapar.sjk skolah ni sllu mgadu lapar n menu yg sllu dberi asyik2 bihun bubur n etc..jrg mnu yg mnarik.mmg pasal yuran owner sgt bkira.kkdg skit hti dbuatnya.

    ReplyDelete
  2. I went thru few bad incident with this owner as well...I would never recommend this TASKA/TADIKA AWAL INTELEK. Me & hubby got few times argument with the owner...at last we decided to pull our kids out from the daycare. Few friends went thru bad experience as we'll and they pull out their kids from the kindergarten. I never met an owner of a daycare that such unprofessional...greedy!! No manners!! Annoying!!!

    ReplyDelete