Wednesday, May 4, 2016

Kemboja 2014 : Tips and tricks

Tahun ni, kami sekali lagi menyertai misi Program Pengantarabangsaan UiTM membantu orang Islam di Kemboja. Rasanya ini kali ke 4 aku join sejak kerja dengan UiTM. Sejak berdua dengan Daddy, masa pregnant Nina, masa Nina umur setahun dan Imran dalam perut, dan kali ni masa kitorang berempat ! Alhamdulillah.. Semoga terus terusan diberi semangat, kekuatan dan peluang untuk membantu mereka yang memerlukan. Iye, ramai orang kita pun susah. Tapi semuanya ada niat dan tujuan masing-masingkan. Yang di sini pun kita bantu, yang di sana pun kita bantu. Nama pun program pengantarabangsaan, kalau buat kat Malaysia, tak kena pulak ye..

Ok la, rasanya tak de lah nak cerita details sebab kebanyakan tempat dah pernah pergi sebelum ni. Boleh baca kat sini untuk Part 1, dan sini untuk Part 2.   Cuma ada masanya kitorang pergi Kemboja sahaja, dan ada juga sekali tu pergi ke Vietnam jugak. Yang tu memang agak mencabar sebab naik bas selama lebih kurang 7-8 jam. masa tu Nina kecik lagi dan still breastfeeding. Hihi.. 

Walaupun kebanyakan tempat sama pernah pergi tu, tapi pengalaman setiap kali pergi tu semesttinya berbeza kan. Masa tahun lepas kitorang tak ikut sebab Imran kecik sangat time tu, so tak berani nak bawak lagi. Tahun ni rasanya nak mencabar diri. hahaha.. Yes, totally challenged ! Aku kerap juga terima emel dan komen yang aku selalu dapat bertanyakan persediaan dan pengalaman travel dengan anak-anak kecik. Well said, bersiap sedia mental dan fizikal je lah. hehe.. kita share sikit-sikit ye..

Programnya pada 7 - 11 Oktober 2014. Raya Aidil Adha ketiga.  Flight seawal jam 7 pagi, so kitorang kena berkumpul kat airport jam 6 pagi. apa lagi, keluar dari rumah jam 4 pagi. malam tu semuanya dikerah tido awal, sebab pukul 3 pagi dah kena bangun. Nina dan Imran kononnya nak angkat masuk dalam kereta je, tapi dua-dua dah terjaga. Kali ni aku mintak kenderaan ofis hantarkan, so tak del ah car seat. bila tido beriba ni memang diorang susah sikit. sudahnya, sampai kat airport, mata segar bugar semuanya... hahaha.. 

Awal? ye, kitotang memang plan datang awal ke airport sebab bila outing dengan kids, please expect lah sesuatu yang di luar jangka. selalunya memang macam tu. nak tukar diapers, nak bancuh susu, macam2 benda nak kena buat. diorang ni memang aku nak mandikan kat airport. so, datang awal boleh la rileks2 sikit. tapi ada lagi geng2 yang datang laaagii awal. haha.. ini geng2 dari negeri sembilan. driver diorang hantar tengah malam tadi, so memang tido kat situ lah. 



Ok, memandangkan Nina dan Imran dah terjaga, lagi senang nak mandikan. dan yang bagusnya baby room kat KLIA 2 ada water tap untuk air panas, so tak de hal la untuk diorang. tak la sejuk sangat walaupun mandi jam 5 pagi. Dah siap mandikan, diorang main kejar2, penat dan Imran tido..  

Ok, tips 1 : Ini yang berjaya kitorang buat. Tido kan salah seorang dulu. Imran tido sebelum berlepas, then dia bangun bila kitorang dah nak check in. Dalam flight, Nina dah mengantuk dan dia pulak yang tido. hehe.. salah seorang je berjaga pasa satu2 masa. Masalah kitorang sebab semuanya nak duduk dengan aku. dua2 nak beriba, dua2 nak share seat belt dengan ibu ! padahal dua2 pun memang dah ada seat sendiri. Jaadi, bila salah seorang dah tido, senanglah sikit.. perjalanan lebih kurang 2 jam setengah agak lancar. agak la.. cuma hujung2 tu masa tunggu turn nak turun memang kelam kabut sebab dua2 dah bangun dan mula bosan lama sangat agaknya. hihi.. 


sebelum turun, sempat lagi aku tukar diaper diorang. Tips 2: Guna diaper jenis seluar (Huggies pant for me). boleh ditukar sambil diorang berdiri je. jimat ruang dan masa !


Gambar ni masa dalam bas. 1 row ada 4 seats, memang kitorang punya. haha.. sorang satu, aku susun selang seli. senang. 

Aktiviti lain berjalan lancar, samada cepat atau lembat je. kihkihkih.. Makan ok, penginapan dan kenderaan semua ok. syukur alhamdulillah. Untuk kita yang dewasa mungkin tak banyak hal pun. untuk budak2 ni aku bawak jugak stok makanan diorang, in case of emergency. Hehe.. boleh tengok post yang dulu, lebih kurang la. cuma kali ni tak bawak dah bubur nasi sebab Imran dah boleh makan macam kita je.. aku cuma bawak air kotak, kacang2, biskut dan roti. pastu bawak jugak sambal bilis untuk diri sendiri, tapi makan kat sana semua sedap dan ok, tak usik pun sambal bilis tu. 


 family kitorang je yang ada anak kecik, yang lain muda mudi, dan ada jua yang dah veteren, so tak diorang lagi senang la. kitorang je yang huru hara sikit. haha. dah kenal sama sendiri,  semuanya sporting dan paham. 

kalau kitorang lambat sikit turun call time, boleh bagi lasan "sorry, imran berak, nina bla..blaa....".. hahaha..  here is the tricks.. #silajangantiru #kenatinggalpadanmuka




 tido kepenatan. ni masa baru nak bergerak ke kampung angkat uitm, yang sering kita pergiuntuk hantar bantuan. agak jauh perjalanannya, lebih kurang 2 jam. keluar awal pagi, so tido je la dalam bas.. alhamdulillah walaupun kerusinya tak lah selesa mana nak dibandingkan dengan bas kita di sini, Nina boleh je survive. tido sambil duduk pun boleh. haha..  belajar2 la susah anak oii..



 macam selalu, mula2 jumpa jual mahal sikit, tapi bab posing memang tak nak kalah..


 ini antara aktiviti yang di buat di kampung angkat uitm. sesi besama anaka-anak di sana.


kelainannya kali ni, ada tambahan kampung baru untuk kitorang bagi bantuan dan sumbangan . Jadi, kita dibawa ke kampung tu. naik bot. ok, sampan. see? imran si putera lilin??





 Ni kampung pertama kitorang ziarah. yang naik sampan tu.. makan tengahari di sini. alhamdulillah dapat merasa daging korban di sini.

 ni lauk makan tengahari di kampung. aku tak sempat join makan sekali sebab time ni tengah mandikan Imran dan Nina. tapi Daddy tolong ambikkan dan aku makan kat depan je. best.. 

Tips 3: Bawak pakaian yang cukup kalau keluar berjalan. dlm diaper bag diorang aku spare sorang 2 pasang baju. takut kotor / muntah. atau pun, kalau ada peluang, mandikan diorang. cuaca kat sana memang panas dan berdebu. masa kat kampung, aku bagi Imran dan Nina mandi. air telaga pulak tu. memang best la. diorang pun selesa bila dah tukar baju, dah segar dan kurang meragam. 



Ini aktiviti memberi bantuan di sekolah. 


NOTA: Post ni aku jumpa dlm "draft" folder. tahun 2014 lagi. Tapi tak tau apa nak tambah dah. So, aku post terus la. Share setakat mana yang aku tulis masa tu je lah ye..;-).. Sorry..

No comments:

Post a Comment