Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

dilema 'working mommy'

Di bahagian akhir post sebelum ni, akau ada bagitau pasal impian aku yang "nak berhenti kerja, tapi bergaji penuh" tu kan. masih menjadi mimpi.

Kali ni nak share cerita masa mula-mula terpaksa tinggal Nina dan Imran sebab terpaksa outstation. Masa tu penghujung tahun 2014, hampir 2 tahun lepas.
Masa tu suami aku ada training 2 minggu di Rompin, aku kena ke Dungun 3-4 hari. Lepas tu ke Segamat 1 minggu. Kat sana baru jumpa suami aku. Masuk kerja 2 minggu, pergi Perlis 4-5 hari. Sebab bertalu-talu jadual nya, terpaksa minta bantuan dari mertua untuk jagakan. Plan asalnya aku nak balik ke rumah setiap kali habis satu outstation. Tapi memandangkan aku drive sendiri ke sana sini tu, terpaksa batalkan je plan tu. Then diorang ikut mertua aku balik kampung.


To be honest and dramatic, 5 hari pertama was the toughest one. Hari air mata. Hari drama. Along the way nak ke Dungun tu nangis je. Masa sorang2, layan feeling sorang-sorang je. Bila sampai Segamat, suami aku pun dah habis training kat Rompin. So kitorang jumpa kat sana je. Lagi lah sedih habis rasanya. Daddy ni suka betul call diorang. Aku pulak still emo, tak boleh nak cakap telefon lagi. hihi.. I hope, when they grow up nanti, and read this, they should know thah I'm good mom. Haha.

Bilik hotel yang kami stay tu pun agak besar, so memang terasa sunyi, tak ada yang menjerit2, yang berebut nak mandi dan tiada juga jerita si ibu. In a positive way, kami lebih dapat fokus kerja. Sebab tak adalah fikir tengahari nak berkejar-kejar balik ke hotel nak bungkuskan makanan, atau nak balik awal nak bawak diorang keluar, dsb. Balik kerja lewat sikit pun tak apa. Balik terus rehat. Tapi kesunyian dan kekosongan tu tetap terasa. Habis kerja di Segamat, kami balik ke rumah.

Di rumah, drama yang 5 hari pertama tadi tu berulang. Huhu. Sebab bila balik rumah, rasa sunyi sepi, rumah pun kemas. Nampak mainan diorang, nangis, nampak baju diorang nangis. Rasa macam terbau-bau je diorang kat mana-mana tempat di sudut rumah. dan aku sempat terdetik dalam hati, 'Ya Allah, kuat sungguh rasa (naluri seorang Ibu) ini yang Kau beri..'.

Keadaan diorang kat kampung? So far so good. Not even cry maybe. Hahaha. Diorang aje cucu mertua aku, jadi mereka memang rajin melayan. Tak ada apa yang nak dirisaukan. 

Alah bisa tegal biasa.

Makin lama kita makin biasa. Ada masa yang terpaksa berjauhan sekejap, tinggal kat rumah, atau hantar balik kampung. aku fikir ini masa mereka untuk jumpa sedara mara yang lain, sebab kalau balik sesekali pun, tak ada masa nak ke rumah sedara semua. Bagi peluang untuk Wan dan Opah nya main dengan cucu. Dan juga bagi masa untuk diri sendiri berehat. Bila dengan diorang, aku memang dengan diorang je lah. Nak tengok tv pun tak sempat, semua fikir pasal diorang je. Jadi, sesekali bagi ruang dan masa untuk diri sendiri, mungkin juga perlu. Padahal tak ada lah ke mana sangat pun. Paling2 pun gi tengok movie. Kalau berjalan ke mall pun, barang2 diorang jugak yang aku beli pun. Lain, memang kat rumah je la. Kemas2 benda yang tak sempat kemas sebab sibuk melayan diorang selama ni. 


Sejak pada itu, setiap kali outstation aku yang hujung tahun, yang selalu nya panjang dan bertindih2, aku hantar Nina dan Imran ke kampung. Sedih memang sedih, tapi aku belajar terima. Ada banyak sebab yang perlu aku ambil kira, supaya tidak menjejaskan kerja, kawan2 sekerja, dan juga yang lain. Tambahan lagi masa aku bawak team student untuk pertandingan. Pertandingan lasak dan melibatkan fizikal dan mental. Memang memerlukan untuk aku berada dgn  peserta sepanjang masa. Untuk support diorang dan juga always in stand-by mode kalau2 ada apa2 emergency yang berlaku. Aku pegawai, aku lah yang dicari dulu. Jadi, setakat ini, itu jalan terbaik yang aku rasa. At least, aku bernasib baik sebab mertua aku kedua-duanya masih sihat, masih bersemangat nak mengasuh cucu, masih boleh drive jauh-jauh semata-mata nak datang ambik cucu. Dan sememangnya aku tak perlu fikir bukan2 atau risau apa2 sebab Nina dan Imran dijaga oleh keluarga rapat. Dalam asa yang lama, kita pun tak mampu nak harapkan orang luar, contohnya bibik ke, untuk jaga anak2 tanpa perhatian kita, kan?



Mama aku masih berkerja masa tu. Baru je pencen sebulan yang lepas. Jadi, memang tak dapat lah nak ikut aku ke sana sini atau nak jagakan budak2. Kecuali kalau hujung minggu, ada jugak kadang-kadang mama ikut. 



Berjauhan dengan anak-anak adalah pilihan terakhir yang kami ada. seboleh mungkin cuba elakkan. Selagi boleh hantar ke nursery, selagi boleh aku pergi dan balik pada hari yang sama, aku akan buat. Sebab tu ada masanya aku mmg buat day-trip-travel je, walaupun sampai ke Penang. Keluar rumah awal pagi dan sampai malam pun tak apa lah, asalkan tak perlu tinggal mereka. Harap semuanya berbaloi, dipermudahkan, dan dapat ditambah baik lagi nanti, InshaAllah.. Setip kali berlaku, aku selalu doa, semoga pengorbanan ini berbaloi, dapat bantu orang lain dalam kerja walau terpaksa tinggal anak2 dan keluarga.


Sekarang ni pun, mereka ada di kampung. Dah seminggu lebih. Weekend ni baru balik ke sini. Sebab aku ke Jengka seminggu baru ni, dan Daddy ada oversea trip. untuk mommies out there yang ada dilema yang sama dengan aku, sama-sama lah kita usahakan yang terbaik untuk keluarga dan kerjaya kita. Pada masa kita fokus pada keluarga, kita cuba tinggalkan kerja. dan macam tu lah sebaliknya. 

Aku memang jenis yang tak suka fikir atau cakap pasal kerja di luar masa kerja, terutamanya bila aku bersama keluarga. Apa yang boleh diselesaikan di pejabat esok, tunggu esok je. Group WA aku semua silent, kecuali yang ofis. Sebab takut2 ada emergency apa2. Tapi 3 org je dalam tu, termasuk aku. 2 orang lagi tu lelaki. Tak adalah diorang sembang kat dalam tu pun kalau tak ada apa isu. Jadi tak lah mengganggu sangat. Kalau ada yang contact / mesej apa2 (selalunya student), selalunya aku minta datang jumpa di ofis je kalau nak bincang panjang. Hehe. Fokus. Prioritize. Masa kerja, aku pun tak ada keluar gi jumpa anak pun, so sama lah keadaannya bila aku dengan keluarga, aku cuba minimumkan urusan2 yang tak sepatutnya. Walaupun adakalanya ada jugak yang di luar kawalan kita. Ada yang mungkin rasa, aku boleh lah pilih macam tu. Kalau parents yang berbisnes terutamanya online business, customer memang tak kira siang malam. Atau pun yang kerja shif ke, yang susah nak asingkan kerja dan keluarga, terpulangkah. Ikut lah cara dan kesesuaian masa2 masing. Tak ada yang betul dan salah cara kita. Apapun, percayalah, tak ada salah atau berkurang kasih sayang kita pada mereka kalau kita terpaksa tinggal diorang sekejap.

Sampai hari ni pun, setiap kali nak tinggal diorang, semingu dua sebelum tu aku dah sedih siap-siap. Tapi dalam masa yang sama, cuma set dalam fikiran, ini jalan yang terbaik yang aku ada. Aku ni pulak kalau tinggal diorang kat kampung, tak suka nak balik melawat sekejap2. Sebab kalau dah jumpa, aku nak bawak balik. Haha. So, better aku kuatkan semangat untuk bertahan je lah kan.  Diorang pun tiap2 kali kena tinggal, tiap2 kali tu lah menangis. Tapi sekejap je. Bila dah jauh dan tak nampak, okay je semuanya. Mak je over. Selalu pun. Kali ni je rasanya Imran dah mula pandai demand. Nak balik, nak balik, kalau aku call. Mak control cun. Dalam hati, Tuhan je yang tau. Kalau mampu sewa helikopter, nak je gi ambik diorang. Hihi.



See you all soon, guys.. 



outstation with kids


Okay, hari ini nak share pasal Outstation With Kids.
aku dan suami punya kerja memang selalu terlibat dengan outstaion (OS). Dekat atau jauh, lama atau sekejap. OS tetap ada. Samada dua-dua kena pergi atau salah seorang. Kalua sorang saja kena pergi, alhamdulillah. Sebab ada yang akan stay kat rumah. Kalau dua-dua kena pergi, ada beberapa perkara yang aku selalu tengok:

·        Tempat yang nak kena pergi – dekat ke jauh ke. Sesuai ke tak nak bawak anak-anak sekali
·        Tujuan – samada ada kursus, bengkel, training, meeting atau pertandingan (yg selalunya melibatkan student). Sebab ni yang nak kena fikir masa makan anak-anak, masa tidur, dsb.
·        Tempat penginapan – kalau bawak anak-anak, dah tentu kena bawak org yang nak tolong mengasuh. Biasanya adik, mak, atau mertua. Jadi, kena survey hotel/bilik area berkenaan. Sesuai ke tak. Takut kawasan tak sesuai, susah jugak. Dan sebolehnya kami cari yg dekat bandar, dekat dengan kedai makan. Sebab kalau kerja, biasanya sampai ke petang. jadi, boleh lah diorang turun makan atau bungkus sendiri. Dan kalau boleh juga hotel yang ada kawasan sendiri / park / laman. Tak ada lah diorang bosan menunggu kami balik kerja. Kalau tak, memang kena standby laptop dengan segala jenis movie kartun. Dan mainan juga.
·        Pengangkutan – kalau bawak anak-anak, memang tentu bawak kereta sendiri. Memang tak dapat claim pun, tapi lebih mudah. Kalau tak bawak anak-anak, lebih senang mintak kereta ofis atau naik je bas yang diorang sediakan.

Masa anak-anak kecik, senang sikit dari segi makanan. Sebab kita boleh spare nestum ke, bubur instant ke apa. Sekarang kalau dah pandai makan macam-macam, memang tak boleh la. Macam Imran, memang perut Melayu. So, alwaysss nasi.

Sekarang, kalau outstation lebih dari 3 hari, dah jarang bawak diorang. Samada mintak tolong mertua datang stay kat rumah aku, atau bawak diorang balik kampung. Dan kalau dah balik kampung, memang meleret jadinya. Takkan nak balik 3-4 hari kan? Seminggu macam sekejap sangat. Kurang-kurang 2 minggu. Maka, #makmeroyan lah jawabnya. Apa nak buat, kita nakk mintak tolong, so kena consider jugak lah kan.

Dalam masa 2-3 tahun akan datang, aku tengok rutin kerja aku rasanya takkan berubah. Maka, budaya pos-anak-balik-kampung ni akan berterusan. Sedih, memang sedih. Tapi, apa nak buat. Sekurang-kurangnya mereka kicik lagi, dan taka da lah ponteng sekolah. Ponteng nursery je. Hehe. Harapnya bila Nina dah start sekolah nanti, aku pun dah tak de lah nak ke sana sini lagi dah. Bukan boleh nak ponteng suka suka dah.

Actually, aku masih menunggu approval dari my other half. Berhenti kerja, stay-at-home  tapi dibayar gaji sama level dgn kerja sekarang. Haha. Mimpi. Bye.



Thursday, December 19, 2013

FAQ @ surimaya

lately ni, aku banyak terima emel, PM di fb. kebanyakannya tentang taska, baby, dan solid foods. alhamdulillah, seronok bila apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada orang lain. walaupun bukanlah sepenuhnya, at least dapat memberi maklumat sikit. beri pandangan dan selebihnya terpulang apda mereka yang nak tentukan.

kebiasaannya mereka akan komen di post dan tinggalkan emel untuk aku hubungi semula. ada juga yang menegur di fb. biasanya aku akan contact semula mengikut apa yang mereka beri, dan berlanjutan di whatapps atau mesej di telefon. lebih cepat katanya. ada yang dah mula jadi kawan sebab tinggal kat satu kawasan dan hantar anak-anak ke tempat yang sama. walaupun jarang dapat bertembung sebab waktu kerja lain-lain, tapi ada jugak kawan-kawan untuk share perkembangan anak-anak dan sebagainya.

 ~ taska ~

selalu bertanya tentang condition taska, yuran, waktu beroperasi dan cara penjagaan / pemantauan. dan yang paaaling penting selalu ditanya pasal kesihatan anak-anak. "anak puan selalu demam tak kat taska?" "anak puan tajut-takut tak nak gi taska?" " berapa orang jaga baby?" " yuran macamana? overtime?".

yes, being a mother - memang banyak perka yang kita risaukan bila nak hantar anak kepada orang untuk dijaga. kalau hati tak tenang, nak buat kerja pun susah. hati pun rasa tak sedap je. feedback yang aku bagi selalunya betul2 based on my experience. apa yang aku lalui hari-hari, itu lah yang aku inform. seperti anak aku jugak selalu kena selsema, batuk yang kadang2 ambik masa nak sembuh. kalau masih rasa tak puas hati, pay a visit. aku suggest pada mereka untuk pergi jenguk sendiri. boleh. buat appointment dengan owner dan biasanya hujung minggu dia boleh bawak kita tengok persekitaran di dalam dan luar taska. masa tu boleh tanya dan bincang apa saja yang terlintas di fikiran. lebih senang, telus, nampak depan mata dan puas hati sebab soalan dijawab terus oleh tuan yang punya tempat. 

Ada yang rasa mereka tanyakan soalan 'tak patut' pada aku. But, tak ada istilah 'tak patut' dalam parenting, kan? kita patut tau semua, dan memang semua kita nak tau.. wlaupun rasa macam soalan bodoh je, it's ok. asalkan kita puas hati. tak tanya, macamana nak tau kan. dan, it's good to share with you, supermoms !!

~ solid food ~

ada juga bebrapa moms yang bertanya kan perihal makanan untuk baby, macam yang aku buat. jadi, aku oleh share cara yang aku buat dan tahu je la..hehe.. ada yang mintak resepi, dan mintak tolong belikan storage box tu sekali.hahaha.. ok, kita tolong setakat yang termampu, ok. 



the boss *____*

ye, aku tau i'm not good enough to compared with. raaammaaaaiii lagi ibu2 yang super rajin kat luar sana, yang betul2 jaga pemakanana anak2 mereka. cukup 2 tahun baru betul-betul boleh makan makanan seperti orang biasa. aku kagum dan bangga dengan diorang. macam imran, since dia takl alergi pada cereal yang dijual tu, aku campur jugak bagi dia. 




perlu akur, kadang-kadang travel, renyah nak angkut pelbagai perkakas. jadi, prepare jgk yang mana perlu,, dan selalunya try my best to choose organic type. paliiing kurang gula dan warna. yup, memang tulis kat kotak tu tak campur bahan-bahan tambahan. tapi, kalau tak de bahan tambahan, macamana nak tahan lama kan? ok la, let's the expert do their job! haha.. kita pengguna ni, boleh berusaha baca dan faham Nutrition Fact je la. harap-harap membantu, kan. nak kajiselidik sampai ke kilang tu, bukan kerja kita dah kot. lazy mommy..

as i said, aku seboleh-bolehnya cuba untuk meminimumkan penyajian makanan luar / segera untuk nina imran. selagi ada masa, ruang, bahan dan kerajinan, aku cuba usahakan. lebih-lebih lagi bila di rumah. terkawal la sikit. salah satu cara ialah buat stok. kita yang kerja ni, nak ballik tiap2 hari nak kopek buah / sayur, nak steam,, nak blend.. aduh mak, memang tak la kan.. so, biasanya aku buat stok untuk 1-2 minggu. memang stok yang frozen boleh tahan up to 3 months. tp, cukup untuk makan 1-2 minggu dahla kan. at least, bila nak guna, stok ada. tinggal nak panaskan je. kalau awal, biasanya akuk cairkan kat suhu bilik je. lagi bagus, xperlu panaskan byk kali. usaha aku, setakat mana yang mampu. 

bila dah keluar berjalan, mana yang boleh baak, aku bawak. kalau tak, bancuh je biskut Milna / Farleys tu. sebab tu aku kata aku pun tak sepenuhnya mengawal dan menjaga pemakanan macam ibu-ibu lain.. hehe.. suka baca blog kak magfarah ni.. sangat rajin dan kuat semangat masak untuk anak2 walaupun di mana-mana!

ok, tu je la nak sare, FAQ kat surimaya ni.. tak banyak pun, 2 topic je yang hangat pun.. tak de la naik menggunung trafik kat blog pun.. hehe.. tajuk pun "mak-mak" sangat kan..apapun, thank you so much untuk semua reader, silent reader, follower and visitors. you know who you are. jom kita sama-sama menjaga keharmonian, kesihatan dan pemakanan keluarga kita.. really appreciate all of u !!



Monday, March 25, 2013

Seminar : Keluarga Sakinah

Minggu lepas, sekali lagi menyertai kursus keibubapaan, kekeluargaan dan kerumahtanggaan. hehe.. 


Keluarga Sakinah siri ke 2. siri 1 dulu aku tak join, sebab masa tu masih di Perlis. tak tahu lah samada ada kesinambungan dengan siri awal atau dibuat secara bersiri, tapi peserta orang lain-lain. kursus ni sehari, dari pagi sampai pukul 5 petang. ada 4 orang panel sepanjang 3 slot yang mana semuanya boleh dikatakan famous amos la jugak. geng-geng yang selalu keluar Forum Perdana tv1 dan tv 9 (Halaqah, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah)

dan macam biasa, aku nak share sikit-sikit ilmu yang aku dapat kat sana. tapi, ringkas-ringkas dan mengikut pemahaman aku la ye..


 Di Mana Bahagia Sebuah Rumahtangga?

Allah swt membenarkan wanita masuk syurga melalui mana-mana pintu yang mereka suka sekiranya
  • solat wajib
  • berpuasa
  • taat kepada perintah Allah dan Rasul
  • menjaga harta suami, maruah diri dan maruah suami
Walaubagaimanapun, terdapat ramaii wanita yang mudah masuk neraka hanya kerna mereka tidak taat pada Allah dan Rasul, serta suami mereka.

Lelaki bertanggungjawab kepada 4 golongan wanita di dalam hidup mereka, iaitu:
  • ibu
  • isteri
  • anak perempuan
  • saudara perempuan
Suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Nafkah wajib :
  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pakaian - minimum 2 pasang setahun. (hadis Nabi)
  • Ubat-ubatan / mekap (yang bersesuaian)
  • Ilmu pengetahuan. maksudnya kalau suami tak mampu mengajar sendiri, mesti beri kemudahan untuk hantar isterinya menuntut ilmu. hantar ke kelas agama dan sebagainya.
Seorang suami umpama mati di dalam keadaan amalannya yang tergantung / berhutang sekiranya tidak memberi nafkah kepada isteri.

Diumpamakan isteri ini dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok itu. Tulang yang bengkok, perlu dilentur dengan lembut dan berhati-hati. Dibuat dengan kasar akan patah, drastik atau terlalu lembut pun akan patah juga. Begitu lah fitrah seorang isteri. Isteri selalunya sangat sensitif. Suami perlu membentuk isteri dengan sabar, lemah lembut, perlahan-lahan dan berperingkat.

Sunnah Rasulullah:
  • isteri tidur di sebelah kiri suami
  • berjalan di sebelah kanan suami atau belah mana yang tangan suami paling kuat
Adab naik tangga pula, isteri naik tangga dulu, baru lah suami.

Antara tips kebahagiaan rumahtangga :
  • FOOD - makanan sangat membantu untuk meningkatkan kasih sayang dalam rumahtangga. Rasul kita suka sangat makan dengan keluarga, kerana dapat mengeratkan ikatan antara ahli keluarga. Kepada isteri, kena pandai-pandai variasikan masakan di rumah supaya keluarga tak bosan, jemu dan mula mengambil jalan makan diluar. Dan didiklah keluarga dengan memaklumkan kepada suami, isteri , ibu, bapa sekiranya tidak dapat balik makan bersama.
  • FASHION - Perlu saling berhias untuk menambat hati pasangan. Bukan sahaja untuk cantik, tapi juga dari aspek kebersihan. 
  • FUN - Bergembiralah di dalam perhubungan suami isteri. Contohnya berkaraoke, berkongsi hobi, menghabiskan masa bersama walaupun sekejap. Setiap pasangan mempunyai keistimewaan masing-masing di dalam melakukan akiviti untuk bersama. terpulang kepada lifestyle masing-masing. Asalkan boleh menceriakan anda berdua.
Sebagai ibubapa, kita perlu membangun bersama anak-anak, dari segi bahasa, teknologi dan hal-hal terkini.  Kalau dilihat kecanggihan teknologi, informasi dan aktiviti, anak-anak sekarang begitu cepat belajar. Jadi, ibu bapa perlu bergerak seiring dengan dunia anak-anak supaya kita juga boleh dijadikan rakan berbincang tentang soal-soal terkini. ibu bapa yang tau mengambil tempat di dalam perkembangan anak-anak, mereka akan lebih dihormati dan dikagumi oleh anak-anak mereka sendiri.

 Syurgakah Rumahtanggaku?

PERIHAL HATI  - kita akan respond dengan apa yang ada di dalam hati kita. hati yang sayang, akan cakap dengan baik, penuh kasih sayang, dengan cara untuk beri kefahaman, dan meraikan. cakap sikit-sikit pun dah faham. Tapi bila hati yang sedang marah, hati yang benci, cakap berkali-kali pun tak faham, cakap dengan suara yang kuat tapi masih tak dengar, tak dapat tangkap dan tak sampai maksud.

kita mesti pernah tengok suami isteri yang berjauhan, cakap lembut je walaupun jauh dan tak dapat tengok muka suaminya. tapi, orang yang tinggal serumah, berdiri berhadapan pun masih terpekik dan terjerit bercakap sesama sendiri.  Begitu lah perasaan dan hati boleh mempengaruhi semua tindakan kita. 

Kata-kata Saidina Ali :
"Apabila di dalam ahti seseorang terkumpul 2 perkara, maka dia wajib bahagia seumur hidupnya. Iaitu Sabar dan Syukur.. "

Ustazah ni memberikan contoh sebuah kisah. Sepasang suami isteri yang mempunyai nasib dan personaliti yang amat berbeza. Si suami - tak handsome, miskin, tak pandai, kerja biasa-biasa je, tak banyak duit dan harta. Si isteri - sangat cantik, manis, kaya raya, pandai, mempunya pekerjaan tetap dan berjawatan tinggi. Mereka ditanya oleh seorang rakan 'macamana kamu berdua yang tidak sekufu boleh hidup di dalm keadaan yang sangat bahagia dan saling memahami?'. Suami isteri ini menjelaskan bahawa mereka berpegang kepada 2 perkara yang disebut oleh Saidina Ali itu tadi. 

Si suami - walau didatangi dengan pelbagai ujian dari segi ekonomi, paras rupa, miskin dan segala kekurangan tetap bersabar dengan ujian yang diberikan Allah (SABAR). Pada masa yang sama dia sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memiliki isteri yang cantik menawan, kaya dan bijak. (SYUKUR)

Si isteri - sentiasa bersyukur dengan kelebihan, kenikmatan dan kemudahan yang Allah berikan padanya sejak awal. Dibesarkan di dalam keluarga yang senang lenang, mempunyai pendidikan yang baik dan kerjaya yang stabil (SYUKUR). Namun, dia juga tidak pernah mengeluh dengan ujian yang Allah turunkan padanya melalui suami yang miskin, bodoh dan tak handsome tadi. Dia tetap sabar dan redha dengan pemberianNya. (SABAR).

Hurm, begitu kerdil rasa diri aku yang telalu banyak kelemahan dan tidak bersyukur ini...

Kadang kala, kita sering menyalahkan orang lain di sebalik apa yeng berlaku. Sering mencari kelemahan dan meletakkan kesalah pada orang lain. Sebenarnya bukanlah selalu orang lain yang salah. Adakalanya, pasal kita yang tidak pandai menguruskan hati. Kalau sekiranya orang itu salah sekalipun, tiadakah ruang untuk untuk kita bersyukur dengan hikmah di sebalik yang terjadi?

Seperti dalam perkahwinan, kita selalu terfikir atau nampak sikap tak baik pasangan kita. agaknya kalau kita diberi peluang untuk tulis dan sebut satu persatu, tentu banyak sekali yang kita nak sebut tentang keburukan itu. tapi, boleh tak kalau kita cuba melihat kebaikan-kebaikan yang dibuat selama menjadi pasangan hidup kita? yang tidak pernah berkira soal-soal lain.. jadi, di dalam setiap keburukan dan kemarahan kita, tidak ada kah ruang untuk kita memaafkan dia? ruang untuk kita bersyukur memiliki dia? dan ruang untuk kita sama-sama betulkan kesilapan. KITA,  bukan dia seorang je.

Kita nak rumahku syurgakku? jadi, kita kena lihat rutin-rutin yang kita programkan untuk kita dan ahli keluarga lakukan bersama yang penting : sucikan HATI kita dulu.. jadikan kita orang yang lembut hatinya, suci hatinya..


haih, begitu sukar nak menjaga seketul darah ni,kan.. 

TANGGUNGJAWAB - Rumah tangga adalah sesuatu yang praktikal. Hak dan nafkah mestilah diberi. Tanggungjawab mestilah dilaksana. Melalui kajian psikologi, mana-mana isteri yang tidak menerima nafkah 100% dari suaminya, dia tak akan boleh 100% taat, patuh dan hormat terhadap suaminya.

Antara isu utama masalah rumahtangga hari ini ialah masalah nafkah. kerana ramai isteri yang bekerja, berkarier dan mempunyai pendapatan sendiri. suami pulak tak bagi nafkah pada isteri atas alasan isteri sudah mempunyai duit sendiri. malahan isteri pula yang perlu menanggung bil-bil dan pelbagai perbelanjaan lain di dalam rumah. sebenarnya, suami masih wajib memberi nafkah kepada isteri , mengikut kemampuan suami, bukan kemahuan isteri..

Pada aku, bergantung juga kan. mungkin di atas persetujuan isteri untuk bekerja bagi sama-sama membantu meningkatkan taraf hidup dan kualiti keluarga. jadi, tidak salah untuk berkongsi, tetapi tidaklah sampai memaksa atau mewajibkan pula isteri untuk memberikan pendapatannya kepada keluarga. juga pernah dibincangkan di sini dulu..

Hadis : 
" Ada dosa-dosa yang tidak terampun walaupun dengan solat sepanjang hayat, menunaikan haji tidak mengira berapa banyak, kecuali penat lelah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak"

ok, panjang rasanya entri kali ni. ada sambungan sikit lagi, aku buat entri baru nanti ye..
semoga bermanfaat, jom, semak diri kita. di mana tahap kita, pasangan dan keluarga kita berada sekarang.. semua yang ditulis adalah keutamaannya untuk mengingatkan diri aku sendiri dulu. mohon maaf kalau ada yang terguris !






Marah tapi sayang

satu kursus yang aku hadiri dah agak lama. sebulan yang lepas kot. speaker Ustaz Norazman Amat, yang pasti memang best. CEO Pusat Kaunseling dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. kelakar dan memang tak mengantuk langsung sampai tengahari..


antara tujuan utama adalah untuk mengajar cara-cara nak menangani dan mengurus marah. sape yang tak pernah marah dalam hidup dia? dan sapa pulak yang suka dimarahi, kan?? samada di tempat kerja atau di rumah, lebih kurang sama je aplikasinya..

ada 2 slot bertajuk "Marah bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus" dan "Saya bijak mengurus marah". selain tu, para peserta juga diberi nota dan ujian-ujian untuk menguji  tahap kemarahan dan sikap kita..

antara nota yang sempat aku salin:

  • isteri yang mampu mengawal marah dan sentiasa tenang tidak akan menimbulkan persoalan-persoalan yang lain. sebagai contoh, seorang isteri tengah tunggu suami balik kerja. dah lewat malam dan si suami masih belum sampai ke rumah. pada waktu yang sama, si anak kecil datang merengek-rengek mintak nak makan, susu, dan sebagainya. tak pasal-pasal anak pulak yang kena marah sebab bising dan macam-macam. anak lari nak masuk bilik, nampak kucing dok menggesel di kakinya. sebab kecewa dimarahi ibu tadi, anak kecil tu menyepak pulak anak kucing tu. tak pasal-pasal. dan bila suami dah balik rumah, si isteri teruk bertanya macam-macam soalan. mula meleret-leret sehingga menimbulkan persoalan lain pulak. cemburu, syak wasangka dan sebagainya. rupa-rupanya kereta suami tu rosak di kawsan yang tak de coverage, menyebabkan dia tak dapat menghubungi si isteri. balik dalam keadaan penat dan lapar, isteri pulak bising dan menuduh yang bukan-bukan. 
  • suami isteri ni ada aura yang kita jarang sedar. jadi, kena selalu hantar gelombang positif kepada pasangan masing-masing. misalnya, suami tengah marah / moody, cara paling positif yang perlu isteri buat ialah : Diam.Sama juga dengan suami, bila isteri marah atau merajuk, buatlah sesuatu yang positif, samada diam atau memujuk bila kena waktunya. jangan lah buat-buat tak faham dengan harapan semuanya akan selesai sendiri nanti. sebab, bila perkara kecil yang selalu diabaikan, makin lama akan menjadi isu besar yang tak pernah kita sangkakan! ini semua sebab selalu memndam rasa. bahaya sangat..
  • usaha untuk menjadikan anak yang dengar kata, selalu bacakan Surat Al-Fatihah 7x dan Surah Taha ayat 1-6 dan tiupka di ubun-ubun anak semasa mereka sedang tidur.
  • untuk mengurangkan sifat marah, rajin-rajinkan baca Quran

yang lain tu banyak mendengar je sebab tertarik dengan cara penyampaian ustaz tu. lagipun kejap-kejap gelak, mana nak sempat menulis pun..


 arahan: cuba jawab SEJUJUR yang boleh..hihi.. yang ni aku dapat skor 10/15..

 audit stress : skor aku 58
 dan resultnya.. aku mempunya tahap stress yang TINGGI !!! yang mana aku harus ambil inisiatif untuk mambincangkan stress dengan orang atau kaunselor..huhu.. bahaya neh..

skor aku : 76 
penerangan: bagi skor 51 hingga 100 ialah seorang yang tahu bila akan marah. dan tahu sebab-sebab yang boleh membuatkan dia marah. walaupun tahu, dia ettap cenderung untuk memilih marah sebagai satu tindak balas. orang ini perlu lebihbelajar untuk lebih tenang, mengurus perasaan secara diri anda sendiri. - rasanya TEPAT untuk aku.. sebab bagi aku, ada masa memang perlu marah, untuk menyampaikan kepada orang lain maksud hati, daripada asyik bersabar dan redha tetapi dalam hati dah parah..kuikui..

dan yang terakhir, antara waktu-waktu yang MUSTAJAB untuk berdoa : 
  • malam Jumaat
  • di tengah malam
  • pagi sebelum masuk waktu Subuh
  • pada malam hari raya
  • ketika di antara waktu azan dan iqamat
dan pesanan yang ustaz tinggalkan, Allah pasti akan makbulkan doa hambaNya yang ikhlas.. In shaa Allah..









Monday, November 12, 2012

Perbezaan sifat lelaki dan perempuan

31 Okt yang lalu, aku attended satu kursus.. best..thumbs up! walaupun mula-mula prejudis jugak, kot-kot mengantuk.hehe.. aku gi dengan staf aku, tapi dia balik ofis lepas register. aku memang tunggu sampai habis. memang la salah satu sebab booking kursus ni sebab jam latihan tahun ni tak cukup, tapi sebab dah lama cari peluang nak join kursus keibubapaan nih.. asyik baca buku je. hehe.. cuma slot yang petang tu, memang kena mengaku la, memang mengantuk! tapi, gigih aku habiskan jua..

okeh, nak cerita panjang,aku tak reti nak explain satu-satu. so, aku ada draf note yang aku salin. dan aku sukahati nak share dengan semua kat sini. kalau tak de sape jenguk pun, at least untuk rujukan aku di masa depan.. jom, sharing is caring!!

SLOT 1: KOMUNIKASI BERKESAN KE ARAH MEMBINA KELUARGA SAKINAH
SLOT 2: MEMAHAMI GENERASI Y
SLOT 3: MEMBENTUK ANAK-ANAKA SOLEH DAN SOLEHAH

dari semua ni, aku rumuskan je ye..kalau tak paham, buat-buat paham je la..

"Kursus Keibubapaan - Memperkasa Kemahiran Keibubapaan". Speaker lebih banyak memberi penekanan hubungan antara suami isteri, sebab dari hubungan suami isteri yang baik dan sihat, tentu dapat mendidik anak.. oh, lupa nak inform, speaker pagi tu adalah Pak Utih. bila aku google, femes rupanya Pak Utih ni. dan dari pendapat aku, sapa2 yang berminat nak jemput Pak Utih untuk program motivasi atau keibubapaan, memang ok sangat. dah, panjang sangat mengulas.. jom tengok:

Perbezaan peranan suami isteri adalah berdasarkan perbezaan kejadian manusia di dalam rahim ibu. kejadian lelaki dan perempuan berbeza, sudah tentu peranan dan sikap mereka juga berbeza.

SIFAT LELAKI vs SIFAT PEREMPUAN:
yang kaler purple tu sifat perempuan ye..
  1. lelaki suka control, suka mengawal sejak dari kecik lagi. sebab tu kanak-kanak lelaki suka main kereta control, lori, dan macam2 permainan yang mereka boleh control sendiri. sebab itu memang sifat azali mereka.. vs perempuan pulak suka dipuji, dibelai
  2. lelaki sukakan kuasa, suka dihormati. vs setiap perempuan dalam dunia ni mesti ada dream-home, atau rumah idaman. tak kisah la besar kecik pun, ikut kemampuan mereka.. dapat ke tak dapat, belakang cerita. tapi, impian tetap ada.. bak kata Pak Utih, "tak pe la bang, tak dapat beli rumah, dapat tengok katalog pun jadi lah!"
  3. mereka gemar dan sangat enjoy bila buat kerja tanpa dipaksa. kalau lelaki buat kerja, dia akan fokus dan mereka cuma akan ingat isteri hanya bila mereka berada di rumah!  vs perempuan suka fikir BANYAK benda dalam satu-satu masa. fikir pasal suami, nak suami jadi baik, nak suami hensem, fikir tarikh2 penting. perempuan ni, cintanya cuma 1 (SATU). So, rugi lah kalau sape2 yang kawen dengan wanita yang banyak kali putus cinta..hehe..
  4. lelaki gemar "cuba" menyelesaikan masalah, walaupun ada masanya tak selesai pun. sebab? mereka akan rasa bangga dan lega kalau dapat mencabar diri sendiri. dan hormon lelaki akan meningkat. hormon testosterone. hormon yang bagus untuk kesihatan dan kesuburan leleki! vs perempuan pulak, suka SHARE masalah, tapi tak suka orang yang cuba nak SELESAIKAN masalah mereka. kalau balik kerja, si isteri mengomel, membebel, bercerita semuanya pada suami, dengar sahaja. sebab dia cuma nak bercerita, meluahkan sahaja. bukan nak anda selesaikan!
  5. bayi lelaki sejak dari lahir suka tengok environment sekitar, suka lihat mesin atau mainan. vs bayi perempuan sejak lahir lagi suka lihat wajah orang yang datang melawatnya, mudah senyum bila diagah. sebab tu perempuan lebih cenderung pada sesuatu yang lebih kepada emosi.
  6. boy LOVES mistakes!! cthnya: kalau sesat jalan, JARANG sekali ada lelaki yang sukarela bertanya pada orang,kan?selalunya setelah didesak oleh si isteri atau dah memang sesat tak boleh nak patah balik ! suka sesuatu yang mencabar kononnya. but, girl TAKUT buat salah. that's why perempuan selalunya mendengar arahan sehingga selesai... kadang-kadang, belum lagi ke suatu tempat, dia dah survey beberapa orang, bertanyakan jalan ke tempat tu.. kan??
  7. otak lelaki? macam kuih talam. langsung tak ada kena mengena antara satu sama lain. antara santan dan gula melakanya! maksudnya, kalau dia fikir satu perkara, hanya satu itu saja la. tak de yang lain dah. meh nak bagi contoh. pernah tak kalau korang suruh husband belikan nasi lemak untuk sarapan? bila balik dia bawak balik apa?nasi lemak saja kan?  dan perempuan pulak otaknya macam kek lapis sarawak!! saling berkaitan ke sana ke sini.. macam corak kek lapis tu. sebab tu perempuan boleh berubah-ubah fikiran dalam sekelip mata! cuba kalau kita yang pergi beli nasi lemak, agak-agaknya apa lagi yang kita bawak balik?nasi lemak, kuih badak, donat dan roti canai, air teh tarik dan macam2!! betul tak?

menjadi satu masalah besar bagi lelaki, kalau:
suami: abang nak gi kedai, nak kirim apa?
isteri: apa-apa je la bang..
dan bila sumi balik, bawak roti.
isteri: beli roti je? tak de biskut ke? kuih ke?
hehehe..

suami lebih senang kalau:
suami: abang nak gi kedai, nak kirim apa?
isteri: mee goreng. kalau tak de mee, mihun goreng.
lega, dan bila suami balik, dah tentu2 yang isteri pesan tadi yang dia bawak balik.. selesai..

nampak tak? suami ni tak suka soalan yang memerlukan jawapan SUBJEKTIF! mereka sukakan jawapan OBJEKTIF. bagi arahan atau soalan, siap dengan pilihan jawapan. senang untuk mereka buat pilihan.. 

sebab tu isteri jangan berang kalau suami balik kerja:
isteri: bang, nak makan apa malam ni?
suami: ikut la, apa-apa pun tak pe.

lagi bagus kalau:
isteri: bang, nak makan apa malam ni?ikan masak taucu?ayam goreng?kari kepala ikan?ayam masak sambal?
suami: ayam masak sambal dan ikan taucu.

selesaikan?hehe..

ok, setakat ni dulu, nanti aku sambung untuk next entry..ok? apapun, nak bagi reminder ye, ini buka aku n ak mengajar, aku nak share je. sebab aku pun baru je belajar dan BANYAK yang aku pun baru tau dan SANGAT BANYAK yang aku tak tau lagi..jangan salah paham pulak.

daa..


Wednesday, October 3, 2012

Mendidik anak :siapa yang layak?

Beberapa hari lepas, terbaca kat satu forum berkaitan wanita-wanita yang baru bergelar ibu. Ada yang melepaskan amarah, meluahkan perasaan sedih dan geram, ada jugak yang rasional memberi pendapat. Berkisar tentang penjagaan anak mereka, terutama yang masih baby, dan yang berusia setahun ke atas. Baby yang dihantar ke rumah baby sitter, ke rumah mak sendiri atau mertua.. isu ni macam selalu berlaku kat sekeliling kita kan? Jom kita tongkat dagu, sama-sama renung antara perkara yang ditimbulkan, dan macamana agaknya kita nak buat ye..:

  • bila balik kampung, tengok adik-adik bagi baby kita makan macam-macam, junk food sama macam diorang.. apa perasaan? ada setengah situation, keluarga kita sendiri. so, ada yang senang nak tegur.. contohnya: "jangan bagi dia makan coklat, along tak nak dia makan manis-manis. dia kecik lagi." - settle masalah, sebab adik beradik mesti boleh terima teguran kita, kan.. tegur dengan nada biasa, jangan lah macam terkejut atau pun marah sangat.. - kadang-kadang tak sampai hati jugak nak tegur, kalau adik2 kita tu pulak kecik lagi. sebab aku pikir dia pun nak share makanan yang sedap tapi tak sihat tu dengan anak sedara dia.. baik tak aku..haha..tak tergamak wei..
  • kalau yang terjadi kat atas tu terjadi kat rumah mak mertua korang.. apa respon? gullpp.. diamkan je la, ye dak? kalau yanng jenis outspoken, memang boleh je explain kat diorang. cuma kita tak tau penerimaan diorang macamana,kan. tambah pulak yang cucu sulung tu. maknya makan hati nengok anak kena sumbat dengan segala macam benda. Baru ni terjadi kat one of our good friend, time raya, family member pass-pass baby dia kat sedara. siap suap segala makanan dan air. time raya, memang makanan best2 la.. sudahnya, baby tu cirit birit tak sudah.. yang menanggung sape?mak bapak kan?orang lain dah balik rumah, tido lena.. kita yang terkapai-kapai risau anak tak sihat..
  • mak sendiri dah, mak mertua dah.. baby sitter pulak cemana? biasanya kita dapat BS yang dah ada anak dan ada pengalaman mengasuh sebelum ni,kan.. jadi, adakalanya mereka ni lebih "arif" nak menjaga anak orang, dari mak budak tu sendiri. kita pesan mandi 2 kali sehari. dia buat sampai 3-4 kali, tak pun langsung sekali je.. dibaginya makan sama dengan budak-budak yang dah besar tanpa sikit pun rasa bersalah. macamana rasa ek.. cuma, for my opinion, BS mungkin lebih senang nak handle sebab kita pun boleh katakan dia bekerja dengan  kita. ye, aku tau ada yang anggap BS part of our family, same like us.. tapi, realitinya, kita tetap bayar upah pada diorang,kan.. sama macam bekerja dan dapat gaji. So, bila kita bagi pesanan untuk dia jaga baby kita, dia sepatutnya follow la kan. dia still boleh bagi idea atau pendapat, but still we are mother, right? mungkin lebih senang nak tegur. - aku sendiri pun susah nak tegur memandangkan dah lama sangat kenal dengan BS, dan aku nampak dia sangat suka jaga anak aku. Alhamdulillah.. dan jarang sangat aku nampak apa-apa yang dia treat anak aku yang buat aku tak puas hati.. rasa bertuah pun ada.
apa yang aku tulis kat atas ni cuma pendapat dari diskusi tak rasmi para ibu-ibu baru. dan ada jugak yang anak dah masuk 3 dan 4 tapi still berdepan dengan situasi yang sama. ni semua kes tak sampai hati.. tak sampai hati.. tapi, diorang sampai hati pulak kan buat kita? hehe.. too emotional ke?tak de lah..

Sapepun kita, tak salahkan kalau kita respect cara masing-masing mendidik anak mereka? ye, mereka baru, meraka baru anak sorang.. tapi biarlah mereka menentukan cara mereka sendiri. aku jaga tak salahkan ibu bapa atau orang yang lebih tua untuk membantu / menasihat.. but, nama pun bantu dan nasihat,kan.. so, kita tak boleh expect orang MESTI follow arahan kita. bagi pendapat. nak ikut ke idak, terpulang.. tapi percaya lah, kita selalunya akan mendidik anak kita dengan cara mana kita dididik dulu.. yang mana kita rasa bagus, kita tentu akan ajar pada anak-anak kita. so, don't worry mak-mak.. nilai-nilai tu tetap ada. cuma mungkin cara yang berbeza.. seiring dengan peredaran masa sekarang.. kalau terlalu bergantung pun aku rasa tak sesuai jugak. esok-esok anak dah besar, dia pulak tengok, mak aku nak buat apa-apa semua tanya nenek/atuk.. ;-)

Cuba letak diri kita dalam keadaan mereka yang tak sampai hati nak tegur ni.. tengok anak dilambung-lambung, walaupun niat nak bermain.. tengok anak diajar benda-benda yang mereka sendiri tak setuju.. sedih,kan.. walaupun baru, percaya lah.. mereka juga sentiasa berusaha menjadi ibu bapa terbaik, seperti jugak makcik-makcik.. jadi, berikan peluang itu pada mereka. contohnya: kalau mereka tak nak anak mereka hisap puting, tak nak dibuaiankan, taknak diajar dukung memanjang.. biarkan la.. kita turuti dan hormati. lagipun ianya pun tak mendatang keburukan kepada dua-dua pihak,kan?? mereka juga tau apa yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka. yang penting, berikan mereka ruang dan peluang untuk meneroka alam keibuan mereka..

Yela, kat rumah sendiri, kita punya lah jaga makan minum, permaianan dan aktiviti untuk anak-anak. kita ambil tahu semua kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, untuk memberi pengajaran pada kita. tapi, terpaksa 'pejam mata' dengan kelakuan orang lain disebabkan rasa 'tak sampai hati' itu tadi..

Aku tak memburukkan mana-mana pihak. dan seperti biasa, feel free to hentam comment  post ni. mak ok je !! Sebab aku jugak sama, sedang belajar mengadaptasi dengan dunia baru, walaupun terkedek-kedek, but i'm trying hard, u know??haha..

aku juga melalui pengalaman yang sama. aku cuba tabahkan hati bagitau BS, yang aku tak nak Nina tidur buaian (sebab aku pernah tgk ada buaian tergantung kat rumah dia..sah sah untuk Nina), dan lepas tu dah ok. Nina tak lagi dibuaian. part yang lain, so far ok. BS aku jaga makan Nina, apa yang aku bagi, itu je yang dia suap pada Nina. maybe sebab dia risau Nina alergi sama. tapi ok la. Pagi tadi aku mintak tolong dia buatkan bubur Nina sebab gas aku abis pagi-pagi buta.. aku siapkan semua bahan dan bagi pada BS. dia bagitau yang dia akan guna periuk yang dia tak pernah masak selain dari bubur (dia pun jarang guna) dan dia tak blender la sebab tak nak tercampur dengan apa-apa. Lega aku dengar. sebenarnya aku pun dah berserah je la kalau makcik tu nak wat camana bubur Nina. tapi, bila aku tengok dia pun paham cara aku, alhamdulillah..

Personally, aku sangat tak kisah macamana ibu-ibu nak mendidik anak mereka. kalau mereka tetapkan anak meraka akan makan ini sahaja, boleh main ini sahaja, akan tidur pada jam sekian, dan apa-apa sahaja ketetapan, aku tak akan persoalkan kenapa pun. because i know mom know the best for their kids..habis cerita..

To all great mommies in the world, keep your good and excellent job.. and untuk semua great daddy, we need your support ! Remember, setiap kebaikan pasti dibalas, itu janjiNYA.. respect each other yea..









Thursday, August 2, 2012

i'm sorry, Medina..

Gile aah.. kat ofis aku dah pasang lagu raya !! ngalahkan pasaraya pun ada gak. ni menambahkan tahap kemalasan nak bekerja je ni. yela, jiwa raga dah kat kampung.. macam suami aku la kot.. raya ni kat kampung dia.. hehe.. tak de la, tak kisah la kat mana pun, asalkan bersama dengan orang-orang yang kita sayang, kan? tapi kalau asyik kampung dia, KISAH la jugak.. hihihi.. aku teringat ada seseorang pernah cakap kat aku, tak pe raya kat mana. kalau sampai turn dia, kita balik kampung dia. bila dia seronok, kita pun mesti seronok. apa salahnya bergilir,kan. aku tak tau macamana orang kat luar sana, cuma bagi aku sepatutnya dalam zaman kita sekarang dah patut ada suami isteri yang bertengkar semata-mata nak balik kampung mana time raya ! elok elok nak bergumbira di hari raya, dah bermasam muka pulak.. 
sudah-sudah, jangan melalut.. kisah sebenarnya..

MEDINA JATUH KATIL..
Yup, saya tau.. masti banyak mulut-mulut yang muncung sambil jeling mata dan geleng kepala lat aku, kan ?? kejadian maha ngeri tu berlaku pada Sabtu, 17 Julai 2012 jam 12.30 tengahari.. tobat ingat sampai  mati..huhu.. waktu aku tengah bersiap-siap nak pegi kenduri ofismate aku. Medina dah siap, tinggal aku nak pakai tudung je lagi. letak dia kat atas katil, aku bangun, pusing, dan sampai kat pintu bilik.. gedebuk!! aku pusing, Medina dah tersungkur kat bawah, mengiring.. yang nasib baik sikit sebab ada karpet getah yang gambar Upin Ipin tuh !! tapi, aku memang rasa bersalah gile. terkejut, semua ada.. Medina menangis tak hengat. tu first time kot aku dengar dia melalak gitu. menangis macam marah je.. sakit benar. memang sakit.. huuhh..luruh jantung wei.. tak pasal-pasal aku pulak yang join melalak dengan dia. 

call Daddy Medina. marah la nak marah pun. nak cakap apa lagi. memang salah aku. cuma aku tak sangka dia bukan setakat tau meniarap. tapi dah boleh bergolek 2-3 kali. sebab aku ingat masa aku letak tu, jauh dari hujung katil. cepat betul dia bergolek. tiba-tiba dah sampai bawah . memang aku mengaku yang aku tak sendal dengan apa-apapun kat katil tu. bantal ke apa, memang tak. sebab aku tak tau dia dah boleh bergolek. sebelum tu dia meniarap pun sebelah je. tak reti nak  meniarap ke sebelah kiri. ambik kau.. fast learner betul anak aku.. aku cepat-cepat check kepala, teling, hidung dan semua tempat takut ada luka, lebam atau berdarah.. tunggu jugak takut dia muntah-muntah, tapi tak de. aku perhatikan jugak dia minum susu. so far ok je. alhamdululliah semua ok.

hasilnya: 
  • aku terus cancel nak gi kenduri tu walaupun Medina dah cool down. sebab aku tak bawak dia, nak gi hantar rumah BS je kejap. so, memang tak sanggup nak tinggal dia kat orang lepas aku dah biarkan dia jatuh !! very guilty sangat-sangat..
  • Medina tak nak masuk bilik tu.. huhu. aku teringat masa bawak dia tindik telinga. lepas kena tindik , terus tak nak masuk kedai tu.. so, Daddy assume benda yang sama. untuk sementara, aku tak bawak dia masuk bilik. just bentang toto kat depan, golek-golek kat situ je.
  • hari tu Medina tak nak tido sendiri atas tilam. cepat terkejut. tido pun kejap-kejap je. sian dia..
  • sampai ke petang dok ngendeng dengan ibu je.. dah malam baru sedar aku tak makan apa pun lagi.. lapo..
bangun tido petang tu, nampak Medina dah kembali ceria. gelak-gelak. aku pun tak tau apa perasaan dia. confirm trauma lagi. dah tak pecaya kat aku agaknya ek.. aku sendiri pun tak percaya kat diri sendiri. ini kan pulak dia. pantang bunyi sikit, aku yang terjerit..  terbayang-bayang saat aku tengok Medina terjelepuk kat lantai.. ibu mintak maaf sangat, Medina.. my bad..

aku google info, Dr. Saiful Bahri, Pakar Kanak-kanank. jom aku share sikit, untuk ingatan kita bersama..

BAYI JATUH KATIL

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 


pesanan dari orang bersalah - jom lah kita tingkatkan kualiti kesalamatan untuk anak-anak kita, tak kira di dalam atau di luar rumah. sungguh, malang memang tak berbau !! baru sedar rupanya baby ni sangat cepat belajar,kan. semalam kita tengok dia baring, siap duduk dalam bedung lagi. tengok-tengok dia dah boleh berpusing, dah boleh meniarap, dan macam-macam lagi..

untuk Medina, i'm sorry sayang..

notahati: sekarang asal Medina kat katil je, maknya pasang kubu pertahanan !! bantak disusun dah nak sama tinggi dengan dinding !!