rajin pulak ye..tiap2 malam update jek..hehe..
tak de cerita best sangat.. apa yang terbaru ada dalam koleksi anda? saya????? jeng3...
~TOTO~
isk2..teruknya.. anak dara sapa ni? eh, mak dara kot.. bini sape nih?mak aii... hehe..kantoi.. toto yang baru angkut dari laundry semalam..dah dekat 3-4 minggu dah.. asyik terlupa jek..akhirnya.. dah dapat no giliran penjara tu.. sayang la nak guna.. nak cium bau sabun dobi, tapi, sayang nak bukak plastik, takut nanti hilang bau.. hehe.. sape yang check in kat rumahku syurgaku nanti akan rasmi toto yang baru basuh setelah beberapa lama ni..eh, bukan lama sgt pun.. beli lepas kawen dulu..jarang2 guna..huhuhu... tapi, kalau agak tak sabar jugak, maunya tuan rumah sendiri yang rasmi ni.. buat comforter ok jugak..
**peace**
~NOVEL~
Ni koleksi yang terrrkini ni.. cik abang belanja masa g Popular kat Tesco Ampang last week..berkali2 keluar masuk kedai buku tu.. mula2 cari magazine for his sister yang merangkap my sis in law la kan.. sambil2 menambah stationary budak tua sekolah..hehe..siap beli ruler lagi tuh.. yang second time masuk sebab abang nak belanja beli novel.. aku pun naik hairan..
aku: tak nak novel, nak mende lain..
abang: dah lama abang nak belanja ayang beli novel, tapi abang tak reti nak pilih.. ayang pilih, abang bayar..
aku: ayang nak buku masak2..
abang: yang tu lain kali. nak novel je..
aku: hmm..ok2...
masuk sekali lagi.. tak reti lak aku nak pilih novel mana.. ada satu tu, dah lupa tajuknya, nampak macam best.. tapi kesian pulak kat kawan, sebab yang tu mahal sikit..hehe..belek punya belek...taraa......
.
.
.
.
.
.
"Selamat Datang Cinta - AINI ATIERA"
Tapi sampai sekarang masih belum sempat baca..sedih tul..tunggu betul2 lapang baru nak baca.. kalau tak, tak boleh feel...;-)
And sebelum keluar dari Tesco, baru teringat nak beli buku untuk anak sedara i sebab lepas tu nak ke ipoh.. masuk kedai sekali lagi, cari buku2 kaler, magazine yang ada gambar2 binatang dan jugak buku2 bergambar..ok la tu kan mya kan..awak kan suka simpan koleksi binatang... gambar tak snap la pulak..
~ARTIS~
Waahh..mentang2 baru abis ABPBH 2010 ni, cakap pasal artis pulak kan.. bukan apa, sekarang ni aku ada suka kat sorang artis ni.. bukan suka apa, suka tengok lakonan dia.. very simple, nice, and alive... Beto Khusyairy.. First time tengok dia berlakon dalam Geng Surau kat Astro Oasis.. tu pun tengok yang dah berapa kali ulang entah..
best je dia berlakon.. cari2 nama, cuba cari kat fb dia.. yea..memang dia pun.. dan yang terkini, dia berlakon dalam Uri, ada kat channel Astro Box Office (ABO) tayangan hebat untuk bulan ni.. Memang puas hati.. setakat ni dah 3-4 kali aku tengok..standard la astro kan,mesti ulang2..cerita best, walaupun ceritanya agak berat. Cara pembawaan dia yang menarik.. aku rasa dia ni maybe memang ada education background dalam lakonan jugak.. tak nampak macam artis2 biasa yang kadang-kadang termasuk dalam kategori KAYU..hehe..suka hati aku je nak kutuk.. rasa macam nak tengok je drama2 yang dia pernah berlakon sebelum ni..Kashaf Imani, Mencari Nurkhadijah, Lorong Neraka @ Tersasar di Jalanmu,dll.. tapi malas pulak nak download bagai..mintak2 ada ulangan lagi kat astro..
Tu je la antara benda2 yang berlaku dalam hidup seorang aku.. yang lain tu perkara biasa je la.. yang rutin.. makan, tido, koje, tengok tv, makan, tido.. anda pulak macamana?
pikir2kan..tido dulu yekk...