Showing posts with label QhaliffImran. Show all posts
Showing posts with label QhaliffImran. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

7 months milestone

dah begitu lama tak berupdate. apa nak jadi dengan tuan tanah, tak tahu la.. tiap-tiap hari pun online, ber blogwalking sakan. nak update yang sendiri, ke laut.. sudahnya, ceritaku  basi macam tu je. ok, secara cepat dan pantas, nak share progress imran sehingga sekarang dah pun 7 bulan.


  • meniarap - checked. dah merauyau merata sekarang ni. nak pakai pampers / baju pun susah. cepat je nak berpusing. baju cpt je kotor, sebab dia tawaf semua kawasan dalam rumah, sambil2 lap lantai.. huhu
  • sudah mula makan solid - start dengan puree labu, sama macam nina dulu. tapi imran nampak tak berapa sangat dengan labu. apple - sangat suka. ada masa saja suapkan apple , buat snek. seronok tengok dia makan. mula-mula start solid tu, memang susah sebab dia tak pandai lagi. so, bulan pertama memang slow. just bagi setakat yang dia nak, at least dia asah skill untuk makan. masuk bulan kedua ni, nampak makin ok. 
  • rasanya imran lebih friendly, compared to nina masa usia macam sekarang. suka bila orang tegur dia, ramah menyapa orang semula. siap gelak-gelak, lompat-lompat tak sedar airliur meleleh..ngeh3. aku rasa, maybe sebab nina dulu tinggal dengan aku je. surrounding dia tengok muka ibu je, except masa kat rumah babysitter. imran pulak, memang biasa ramai orang tiap-tiap hari. kat taska ramai orang, kat rumah dah ada 4 orang. selalu keluar and meet people around. agaknya la.
  • nangis kuat ok.. dalam pada ramah tamah tadi tu, imran punya vokal yang kuat.. sangat maskulin! kalau tak de apa hal sangat, ok je dia boleh main sorang-sorang. tapi kalau lapar atau panas, siap la. nangis bukan main kuat. siap marah2 lagi. 
  • wake up call imran malam-malam paling kurang 3 kali. aci tak?? ada jugak masanya tiap-tiap 1 jam bangun. start 12 tgh malam, sampai 5 pagi. masa dia tak berapa sihat baru ni, every 40 minutes!! aku ting tong minggu tuh. seksa mak dibuatnya. sekali dia bangun, nangis sekuat-kuatnya la. kadang-kadng aku bangun tgk je dia. sambil nagis pun tertido balik. nampak sangat mengantuk , tapi gigih nak bangun jugak.  so far, imran co-sleep dengan aku. actually, 2-2 pun co-sleep. sorang kanan, sorang kiri. senang nak breastfeed.
  • eczema - lebih sikit dari nina dulu. dia suka betul garu-garu, maybe sebab panas dan peluh. bila kena kuku, calar abis la dahi. ada jugak masanya merah-merah bawah leher. setakat ni sapu krim la. dah beransur hilang sikit, naik balik. yelah, sebab eczema ni kan tak hilang. cuma kita control je la.. ada guna macam2 krim, termasuk Virgin Cocunut Oit, Olive Oil.. 
  • gigi belum tumbuh. tak pe lah, nina dulu pun lambat jugak tumbuh. tapi dia pun gatal gusi kot, semua benda nak gigit.

itu je dulu pencapaian imran yang aku ingat dan nampak. will update if ada lagi nanti. 






Wednesday, October 2, 2013

Breastfeeding journey - baru je nak mula..



Alhamdulillah, untuk Imran aku masih mampu fully breastfeed dia. Cuma mungkin tak eksklusif dah kot, since aku dah pernah bagi dia ubat, titiskan air masak sebab masa tu dia demam campak, dan tak boleh tidak, mesti makan ubat. badan dah panas time tu. and, last weekend jugak masa kau tengah lipat kain, membelakangkan budak2 yang tengah main. sekali aku pusing, tengok Nina tengah suapkan susu dia dalam botol pada Imran!! see??? bagus tak kakaknya?? terjerit aku.. susu no 3 tu.. untuk budak setahun ke atas!! adoi la.. Imran memang kuat menyusu pun, so orang-mengantuk-disorong-bantal punya lah kan.. sedap je nyotnyot botol si kakak.. sabor je la...

Memang impian aku jugak nak bf my baby, tak tau sampai umur berapa. but as long as i mampu, i will. dapat 2 tahun, lagi bagus. tapi tak berani jamin. breastfeeding is not easy. at all. sebab tu dari dulu aku tak pernah pandang serong atau salahkan sesapa kalau tak mampu. dan sekarang pun macam tu. its tough job. really. For me, senang je. Aku memang harap nak susukan baby dengan susu ibu. kita try, usaha, doa banyak-banyak supaya susu banyak-melimpah-limpah. tapi kalau tak mampu, nak buat macamana lagi. bukannya mudah nak mengalah, tapi kalau dah badan penat, otak penat, hati sakit dan sebaginya, tak guna jugak, elok-elok  nak cari pahala, dosa je yang banyak. hati mau ikhlas. tapi kalau badan dah penat, payah nak ikhlas kan.. buat kerja tak ikhlas ni macam sia-sia je pada aku. jadi, aku cuba setakat mana yang aku mampu. 


Masa few days lepas bersalin tu, susu aku memang tak berapa keluar jugak. Orang kata normal,kan. Kita pun risau rasa macam tak cukup je untuk baby. Lepas tu bila dh dekat rumah pulak sampai bengkak susu dan tak boleh nak pam. aduh.. macam nak demam rasanya. Lama-lama nampak ok. dan Imran lain dengan Nina dulu sebab yang ni cukup masa lepas minum je, dia akan 'burp'. sendawa. senang. hihi.. Nina dulu asyik muak je. kesian dia. tu yang body kecik tu kot. hihi. betul la orang cakap baby boy ni kuat menyusu. penat omak!!! 

Sama macam Nina dulu jugak, memang aku tak stand by apa-apa formula milk (FM) kat rumah, kecuali hospital bagi 1 tin masa check out tu. dan alhamdulillah sampai sekarang tin tu remain unopen.. Lepas 2 minggu, masa tu aku dah kat rumah mak aku, aku bagitau my husband, nak mix susu Imran dengan FM. Tak sanggup sebab penat, sakit pinggang. tambah lagi Nina pun perlu perhatian masa tu. dan aku sorang-sorang yang handle both of them. ye, ada my family. tapi bila time mandi,menyusu dan tido, semuanya nak ibu jee.. My husband cakap suruh stay dulu. Mood masa tu tengah ting tong, so bila kita cakap dan orang tak nak ikut, kita assume orang tu tak paham kita, kan? tapi tak pela, aku ikut lagi. 


terus terang aku enjoy my breastfeeding journey. tapi tak dapat nak adapt betul-betul lagi. adakalanya aku buat sebab terpaksa. sorry, yes i'm a bad mom. tapi baik aku mengaku je, kan. bile kita terpaksa, kita nak cepat-cepat siap je. nak pam pun tak berapa nak rajin. lagipun aku tak buat stok lagi sebab fikir nak balik rumah aku sendiri nanti naik flight, so leceh nak angkut stok bagai. menambahkan stress bila time nak tido. Imran dah tido, bila aku nak tidokan Nina, dia meragam. nangis-nangis then Imran pulak terjaga. bila aku ambik Imran, dia mengamuk lagi. benda ni berlaku hampir setiap malam. dan to be honest, aku memang banyak kali marah Nina sebab dah penat dan tak larat nak layan diorang. kadang-kadang aku biar je dia menangis kuat-kuat. sebab kalau aku layan, kang naik tangan pulak. sometimes, bila dua-dua dah tertido, samada penat menangis atau memang mengantuk, aku pulak yang sedih sebak sorang-sorang. mengenangkan yang aku marah-marah diorang tadi. tapi, masa tengah panas tu, tak mampu nak control. selalu macam tu la, marah-marah kemudian bila budak-budak tu dah ok, aku pulak yang menyesal sorang-sorang.


Lepas sebulan tu, aku try discuss dengan my husband again, pasal bf Imran. Aku dah tak mampu. dan aku tak nak buat sebab aku terpaksa. aku nak enjoy my motherhood experience, bukan dengan cara macam ni. but, he still macamtu. sebab bagi dia, 3-7 hari pertama dulu adalah saat paling getir, tapi aku dah mampu lalui. jadi, dia yakin aku memapu untuk teruskan. hurm, kecewa. yup. tak pela, aku fikir tu la last yang aku akan request dengan dia. kalau dia tak nak paham jugak sudah. Aku teruskan bf Imran, makin lama makin dapat manage masa aku. dan alhamdulillah, masa bulan puasa pun ok. even ada juga masa rasa macam nak ponteng, tapi aku tetap teruskan perjuangan..haha.. 

Imran pulak tak minum berjadual sangat. macam Nina dulu, kalau dia tido, cukup masa memang aku kejut untuk bangun minum. sebab tu sampai sekarang Nina selalu tido 2-3 jam je, mesti terjaga. Imran ni minum ikut suka dia je.. kadang-kadang tido lama, baru bangun. aku pun saja tak nak kejut sebab penat. teruk,kan?kadang-kadang tu selang setengah jam nak minum. 

Sebelum puasa, aku dah mula kumpul stok susu sebab lepas raya dah nak naik kerja balik. hopefully berjaya la. cuma aku kena akui la bila anak dah dua ni, memang susah nak cari time nak pam susu berjadual. time Imran tido, time tu la aku spend masa dengan Nina. bila Nina tido, Imran selalunya memang direct feeding je. Memang susah nak disiplin. bila pikir, alamak dah nak masuk kerja, baru menggelabah. stress, dan susu pun mulalah tak keluar. by the time aku start keje, stok susu pun ada lah jugak. banyak tak la, sebab aku selalu tengok orang lain punya laaagiiii banyak. tapi aku tetap cuba maintain buat stok dan sebelah malam direct feeding Imran. Setakat ni dah jarang sangant aku bangun tengah malam untuk mengepam. takut sebenarnya.hahaha.. rasa macam renyah pun ada. botol dan pam yang baru basuh, ada kat bawah. nak turun ambik lagi. lepas pam, nak kena simpan susu kat peti kat tingkat bawah jugak. lama-lama langsung tak bangun mengepam malam, kecuali untuk direct feeding je. 

setakat ni, tu je dulu aku share bf journey aku.. banyak lagi, slowly aku cerita. malas nak karang dah..
bye-bye..

my bigboss sekarang.. selalu buat muka macam nak warning "ibu, next time please be on time!!"









Monday, September 30, 2013

Ku Qhaliff Imran in the house!!

Assalamualaikum..
Kaedahnya, kalau dah berbulan-bulan senyap sunyi haruslah dimulakan dengan salam yang panjang.. haha..
Alhamdulillah, selesai segala urusan melahirkan baby baru yang tak berapa nak baru tu.. hihi.. anak akak dah boleh meniarap golek-golek dah tu.. 




Ku Qhaliff Imran bin Ku Hadzrill Jeeffry
3.1 kg
13 Mei 2013
2.45 p.m
Hospital Bersalin UMRA

Alhamdulillah sekali lagi, syukur walaupun tetapp kena czer, semua berjalan lancar. Sakit lepas tu tok sah cerita la kan.. Penat?? dah imune!! yeehuuu.. tak terlarat nak cerita rasanya. slowly lah... so far, his sister Nina tak la teruk sangat jelous ke apa. cuma dah sebulan dua baru menjadi-jadi. kitorang sendiri sedang dan masih dalam proses membiasakan diri. aku sendiri dari seorang ibu yang penyayang dan pemalu, teruss zassss.. bertukaarrr!!! bak kata ultraman.. suara dah macam halilintar je kadang-kadang tu. tak tahan dugaan weh. penat degnan yang kecik dengan ragam si kecik. menyusu tak berhenti. yang si kakak pulak, masa aku breastfeed Imran, jam tu lah dia nak susu la, nak tarik benda tu, nak usik benda ni.. saja nak kasi aku jadi tarzan. suara mak kau ni sedap sangat ek?? sebab dia tau aku memang helpless la kalau tengah bf . terjerit-jerit je la yang mak mampu kan.. bila aku marah, ada chance la dia nak nanges, melalak2.. saje je tau..

Secara ringkasnya, Nina kena chicken pox masa lepas raya hari tu. dan 2 weeks after, Imran pulak kena.. huh, sedih, penat, letih semua ada.. nanti will share dalam entry lain ye..

ok, kita show off sket pelakon wayang tu..

 time ni parut chicken pox tak hilang lagi..

 Ni 1st day ke taska setelah 3 bulan bercuti panjang.. drama la jugak pagi tu. siap guling-guling ok.. bila pick up ptg, dah ok.. ceria gitu!!

Imran muka sangat membosankan time ni.. 

Ok la, nanti story lagi. lepas mengisytiharkan tentang kelahiran Imran, secara sahnya aku akan kembali menulis, Insya Allah.. sebelum ni memang banyak benda nak tulis. tapi sebab terfikir "ala, cerita Imran ta update  lagi. nanti terppotong Q pulak kan..". So, sekarang kita ikut track balik ye.. semoga terus rajin dan istiqamah..

Adios.. 

wah, label baru uolls.. QhaliffImran!!