Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

sharing is caring : carrot cake in da house..

ok fine, cukup-cukuplah menangguh ezan oii.. hihi.. nak update blog, tp tertahan-tahan sebab dok buat kerja lain. ni ada masa sikit, kita share sekejap ye..

baru-baru ni aku ada buat Carrot Cake. Sebenarnya aku jenis yang tak suka makan buah-buahan yang dimasak. contohnya apple cake, upside down pineapple cake, atau ada yang masak lemak ikan, masukkan timun atau nenas. tak tau kenapa, tapi rasa macam tak kena je kan. 

kebelakangan ni aku dah slowly cuba makan pie. apple pie, blueberry pie. frankly speaking, McD's pie is the best. jadi, bila menjenguk ke blog Kak Yani (The Kitchen Guardian), aku tengok dia ada buat Carrot Cake, dan terus copy paste resepinya. semua bahan dah ada kat rumah, so let's try it out !

Mama Dorosh's Carrot Cake 

Ingredients
1 1/2 cups sugar
1 1/2 cups corn oil
4 eggs
2 cups flour sifted with: 2 tsp baking powder, 2 tsp soda bicarbonat, 2 tsp cinnamon and 1/4 tsp salt
3 cups packed grated carrots
3/4 cups walnuts
1/2 cups raisins

Method
Preheat oven at 160C.
Prepare two of 9 inches cake tins. Grated carrots. Chopped the walnuts (no need to roasted).
Sift the flour, baking powder, soda, cinnamon and salt. - aku ayak 2 kali, kek jadi lebih gebuss..
Beat oil and sugar, and add vanilla. Add eggs one by one until batter well incorporated. Add flour mix in 3 additions, fold till well mixed. Lastly add carrots and walnuts. Devide equally into the cake tins and bake for about 40 minutes.

Tambahan:

Yang aku buat, raisins tu gaul dalam adunan tepung yang dah diayak dulu. Petua ni from my late grandma. Untuk mengelakkan raisins tu 'jatuh' atau berkumpul kat dasar kek bila dah masak nanti. Sebab raisins tu berat,, so salut dengan tepung dulu. nanti akan lebih rata di dalam kek. alhamdulillah, setiap kali buat kek yang guna raisins, aku selalu buat macam tu. dan, sape2 yang tengok channel 727, Giada pun bagi petua yang sama untuk buat muffin !! 

Untuk pertama kali cuba, aku cuma buat setengah dari adunan di atas je, sebab takut tak habis. Memang sesuai buat setengah je untuk aku sebab dapat banyak jugak. Aku buat dlm papercups, senang nak makan. Nak senangggg je kan...

Ni la hasilnya..


Carrot cake selalunya digabung dengan toping Cream Cheese Frosting. Boleh cuba mana-mana resepi frosting yang korang suka ye..

Nina dan Imran asyik makan frosting nye aje,. Tak pe nak, mak ko habiskan keknya ye.. Mak ko memang penyanyang.. Kikikiki..




Monday, March 17, 2014

pindah, kerja, sakit, air, #mh370

Ambil masa sikit nak membebel kat sini. Banyak perkara jadi tapi tak sempat nak share semua..

  • Aku memang tengah shortage in manpower kat ofis sekarang. So, aku lah one-man-show. Ada sorang asisstant, tapi tak semua boleh bagi dia buat kan. Yang bertukar tak berganti lagi, yang berpencen pun tak nampak bayang nak interview baru lagi. Sudahnya, telan je la. Tunggu pun tak sampai2, tak tau bila. Kerja nak kena jalan. Ko ingat orang nak dengar ke kisah sedih tak-cukup-orang kat ofis kalau kerja ko tak siap? 
  • kerja banyak masih acceptable, biar padan dengan gaji  yg dibayar, ye dak? "Unhealthy-office-environment" yang buat kepala makcik semaaakkk sangat. Susah nak cerita. Kita kerja mesti nak boss, tak kira boss kecik atau boss besar support kan. Dan  nak jugak collegue yang supportive, helpful atau al least UNDERSTAND pasal kita dan kerja kita kan. Tak kisahlah satu ofis ke, satu bahagian ke, sama pangkat ke, apa ke.. Haih. Payah sungguh nak dapat. Letih sebab hari-hari ada je insiden yang..hhmmm..maleh nak cite.. Azam awal tahun baru ni, nak betulkan niat dalam kerjaya. Nampak masih serong lagi ni. Jangan terus condong la harapnya. Adakala terlintas jugak "lama lagi ke aku nak dok sini?" - Macam lah ramai sangat yang nak gajikan ko yek.. hikhikhik..
  • Pasal nak pindah rumah tak settle2 lagi ni. barang tak start kemas lagi. Plannya nak pindah hujung bulan ni, start bayar sewa rumah baru April nanti. Tapi satu apa pun tak kemas / packing lagi. Bulan ni memang kerja setiap hari Sabtu. So, hari Ahad je lah masa yang ada nak mendobi, melipat, menyusun kain baju. Plus, house-core lain lagi. Tak tahu bila nak start packing barang. 
  • Office aku pulak berkemungkinan besar kena pindah jugak . April jugak!! Adeh..
  • Macam-macam dugaan untuk kita semua sekarang kan. Dengan cuacanya, penyakitnya, krisis airnya. Tak terfikir rasanya bila semua datang serentak. Kawasan aku pun termasuk dalam senarai kawasan air kena catu. Lemaih la..  Cuaca panas, tak kira siang malam. Bila dok rumah, malam nak bukak pintu / tingkap, tak boleh.. Takut nyamuk aedes, demam denggi. Nauzubillah. Masuk bilik, bukak aircond. Hujung bulan, bil tinggi. pulak. Nak keluar, jerebu lagi.. Alhamdulillah, budak-budak ni demam dan tak sihat berpanjangan baru ni masa belum ada jerebu dan denggi yang teruk2 lagi..
  • Husband aku tanya bila nak balik kampung. Sorry untuk bulan Mac timetable dah penuh. Tak mampu. huhu. Simpan tenanga nak pindah rumah lagi. Ofis lagi. Tapi tiba-tiba last week dpt surat kena outstation ke UiTM Kedah. Ok, ambik peluang balik kampung terus. Tiba-tiba pulak. Hal kemas barang nak pindah tak selesai, balik kampung, iaitu program yang tak de dalam senarai tu pulak yang datang. Kita merancang, Dia juga Merancang. Dah tentu perancanganNya adalah yang terbaik. So, lusa ke Kedah la.. Husband aku ambik cuti, aku kerja sambil cuti.
  • Sekarang seluruh penduduk dunia bercakap pasal MH370. Awal-awal minggu tu, sedih rasanya. Pikirkan pasal baby yang ada dalam pesawat, reaksi keluarga anak kapal dan penumpang. Takut nak dengar berita terkini, takut nak dengar kalau betul terhempas. Kesian pada semua yang terlibat. Tak terbayang kalau jadi pada kita kan. Lately, rasa macam dah banyak sangat 'akai' masing-masing. Ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Kesiannya kalau betul orang-orang yang tak bersalah tapi jadi mangsa disebabkan kepentingan peribadi. Wallahualam. Semoga cepat2 lah berakhir. Keluarga diorang semua tengah menunggu. Tak tahu apa nasib diorang. #prayformh370





dah, end of rambling session..

 peace, maybe?

whatt??? anyone calling me?

adios..


Saturday, March 1, 2014

Ishan Malaysian Spa, Langkawi

As i promised, jom kita share tentang hadiah masa birthday my mom tu..

Bila cerita pasal spa, urutan, facial dan apa-apa yang melibatkan penjagaan diri ni, kadang-kadang aku dan suami rajin layan jugak la. Tak kisah la kat mana-mana yang nampak ok. Aku tak de betul2 tempat yang aku setia. Aku suka pegi spa atau massage ni bila outstation atau bercuti kat mana-mana, kalau free. terutamanya masa berdua dulu la. Sebab tu bila diorang tawarkan membership dengan pelbagai previllages, aku memang tak interested. tambahan lagi sekarang ni, kena ambik turn. kadang-kadang bapak pegi, mak dok umah jaga anak. time mak nak pegi, hantar anak gi taska, bapak gi keje, mak boleh lah memanjakan diri.. haha.. last sekali pegi masa bulan 11 tahun lepas. dua hari berturut2. siap sekali dengan facial. beli baucher kat Groupon. Best!! Dan sekarang dah berkira-kira untuk mencari port yang baru untuk dicuba pulak.. ngeee..

Untuk kali ni, aku rasa macam nak bagi mak aku pulak dapat treatment tu. So, here we go..

Ishan Malaysian Spa - ceritanya sejak birthday mak aku last year lagi, feeling2 nak hantar dia gi spa. survey2 jumpa lah website spa ni. dan sebelum ni aku memang perasan pasal spa ni kalau lalu area Pantai Cenang tu. cuma tak terfikir pulak dan tak teringat namanya. Mulanya janji dengan my SIL nak share, last2 senyap gitu je. Awal bulan haritu, godek2 PC kat ofis ni, jumpa website address spa ni yang aku still simpan. surf sekejap, pastu gi belek2 purse, kira sana sini, tolak hutang itu ini, ok cukuuup kottt... (suara vervous kot2 makan ikan masin tengah bulan..hahaha). 



Sebelum buat reservation, aku cuba call spa tu dan staff dia transfer pada line lain. Luckily, aku dapat bercakap dengan bigboss cum owner spa, Mr. Baskaren. tanya apa yang patut, dan dia pun tanya kalau nak buat suprise.. Ouuch, orang mengantuk disorongkan bantal. Memang cadangnya aku nak buat suprise, either pos, emel atau whataps mak aku bila sampai date tu, tapi bila pihak spa yang nak buat, lagi bagusss.. thumbs up!! Dia siap offer untuk hantar kereta spa untuk pergi jemput dan hantar mak aku nanti. kos lebih kurang RM 30, which is consider ok sangat la. Cuma aku ni memikirkan nanti mak aku tak nak naik kereta tu ke apa.. tak ke naya.. then, aku decide bagi mak aku gi sendiri je lah.. aku rasa mak aku pun tau spa tu kat mana. 


Mr. Baskaren dah ambil semua info, mak aku kerja kat mana, nak treatment pukul berapa, aktiviti mak aku time weekend, dia rajin memasak ke tak dan macam-macam lagi. semuanya nak bagi dia senang nak plan apa yang sesuai. ok, set. then aku terus buat reservation kat website, buat payment dan emel pada Mr. Baskaren. walaupun sistem tu dah link dengan dia, dia mintak aku personally emel jugak, takut terlepas pandang. dan aku setuju untuk ingatkan diorang balik pasal reservation tu sehari sebelum 'big day' tu.. 


sepanjang 2 minggu tu tak de sape pun yang tau. aku pun dah tak bukak emel pasal spa tu dah. sebab kalau tak, aku yang tak sabar nak share dengan orang, especially suami aku tuuu.. sabor je la, aku tahan je biar dia pun sama-sama tahu dengan mak aku ..haha..

dan semalam, reminder alarm kat handphone berkokok..



masa lunch tu aku pun mesej diorang pasal yang aku dah booking tu..






so far, everything going smooth as we planned..  mak aku punya schedule pukul 1 tengahari nanti.. kita tunggu apa review tuan badan dulu, lepas tu kita share lagi ye..

apa yang penting, servis yang Ishan Malaysian Spa tawarkan tu yang sangat memuaskan hati aku. They put an effort to give the best!! Ini package yang aku pilih untuk mak aku tu..


So, pada sesapa yang akan ke Langkawi, pegi la cuba.. harga boleh check kat website. dan, aku tak dibayar untuk iklan pun, cuma kongsi produk yang bagus.. hehe..

Ini bukan niat nak tunjuk besar atau kecik, mahal atau murah hadiahnya, just for sharing knowledge ye.. sebab aku sendiri pun tak pernah pegi spa ni. hihi.. 



notahati: Daddy, sila tengok mesej tu, saya dah JANJI dengan diorang untuk ke spa diorang tauuu...hikhikhik...





Selamat panjang umur, mama..






Hari ni hari lahir my mom.
Mama, selamat hari ulang tahun.. yang ke...


Semoga terus dipanjangkan usia olehNya, dipermudahkan segala urusan dan usaha mama selama ini.. Terima kasih kerana telah banyak berkorban di dalam mendidik Jang..


Now, let's share the pressie..!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 Enjoy your moment today..


Yup, saya tau.. apa je hadiah diberi tak memadai dan tak mampu nak membalas semua kasih sayang dan pengorbanan yang mama beri. cuma saya harap dapat memberi sedikit keceriaan di hari lahir mu.. i love you!!!


Ok, aku akan buat special entry pasal spa treatment tu.. Why? sebab puas hati sangaattt...
Tungguu...

gambar from Google, kecuali gambar sendiri dan certificate tuu... it's mine!



Wednesday, January 1, 2014

sedekad

tiap kali tiba tahun baru, tiap kali itu kami menyambut ulangtahun perkenalan. 
macam tu jugak untuk kali ni.
dan yang bestnya tahun ni, kami sudah 
SEDEKAD!!!


10 tahun. jubli gangsa, boleh?? haha
alhamdulillah, syukur sangat-sangat..
10 tahun yang bermacam rasa ada.. kita cakap terus terang je la ye dak? tok sah la tipu dengan ungkapan '10 tahun yang indah-indah belaka'.. hihi

apapun, saya bersyukur di atas perancanganNya 10 tahun dulu. kalau nak cerita memang kelaka ok. so, better big DON'T!! Haha..
baik sekali aturan dariNya.
orang yang 'kurang ramah' macam saya, untuk si peramah and easy going macam dia.
orang yang 'kurang sabar' macam saya, untuk si penyabar-yang-amat macam dia.
orang yang 'selalu bising kalau barang rumah tak kemas' macam saya, untuk 'kalau Daddy tak buat, tolong tegur' macam dia.
orang yang 'tak sabar dengar anak nangis' macam saya, untuk si 'telinga kebal' macam dia.
orang yang suka fikir negative macam saya, untuk si positive-thinker-yang-amat macam dia.
orang yang cool dan tenang macam saya, untuk orang yang selalu-kelam kabut-dan-kalut macam dia. haha

so, what else can i ask for??
saya selalu rasa saya sanggaaat bernasib baik sebab dapat dia. kalau dapat orang lain, apa la nasib ku.. tapi, i think ramai orang pun rasa macam tu kan. syukurlah di atas apa yang ditentukan untuk kita.

saya juga selalu ingatkan diri sendiri, don't compare yours with others. please don't. walaupun masa marah, masa tengah panas, masa gaduh - bisikan syaitan2 yang jahat selalu datang. saya cuba. bila kita mula compare, memang kita akan rasa bannyyaaakk yang tak kena dengan our marrieage dengan orang lain. ada baiknya kalau kita fikir dengan kelebihan yang ada dalam kehidupan rumahtangga kita, mungkin lebih baik. saya harap pesanan akan terus kekal dalam hati saya.

untuk sedekad yang bermakna ni, saya doa agar ditetapkan hati kami. agar terus diberi nikmat sedekad yang kan datang, dan sedekad yang akan terus datang.

saya dan dia memang bukan jenis yang bagi hadiah on the specific day or date. so, saya jarang dapat present on my exact birthday, sama juga macam dia. tapi, dia akan beri saya apa-apa pada bila-bila masa je, sepanjang tahun.. dan akan cakap ' happy birthday ibu..' Gila jugak kan?? saya akan senyum lebar kalau present yang dapat tu menepati piawaian saya, tapi akan 'tak nakkk!!!' kalau present tu so so jer.. kuikui..
kami akan beli apa yang kami suka dan of course MAMPU la.. pada bila-bila je. so, kalau orang tanya apa hadiah yang husband you bagi on your anniversary or birthday, the answer will be 'entah..tak de kot..' Sedih kan? tapi sebab saya tahu kita celebrate almost everytime, even time Nina atau Imran yakyak, i passed to him and says 'nah daddy, ibu ada hadiahhhh untuk daddy..".. How cute that? 

untuk kali ini, sepatutnya kena jadi agak special sebab sedekad kan, tapi saya masih terfikir nak bagi apa untuk dia. dan nak mintak apa dari dia.. hahaha.. demand gile saya kan?? sebab saya rasa macam baruu je dia belikan saya itu ini.. dan saya dah kosongkan purse saya untuk dia (daddy, baju2 keje yang beli baru ni last for 2 years ok!!). Jadi, saya tak ada something yang i-really-want-this at the moment. Family saya akan berkumpul di rumah kami sebab kami nak holiday ke Sabah. so maybe this holiday boleh dianggap sebagai hadiah? pun i don't mind.  sebab nak keluar makan berdua feeling2 memang tak mampu lah dengan budak 2 orang tu..

dulu masa saya kecik, muda, remaja.. saya fikir orang yang istimewa dan rapat dengan saya ialah orang yang boleh buat saya menangis bila dengan mereka. pada masa tu, saya tau meraka ialah parents/family terdekat dan bila saya denganNya. saya senang menangis kalau kena marah dengan meraka, happy dengan mereka dan mudah terharu dengan mereka. dengan orang lain memang susah. sekarang saya sedar, sudah ada orang lain yang juga mendapat tempat yang sama. iaitu dia. bila saya penat fizikal atau mental, serabut - saya rasa lega sikit bila dia ada..

saya tahu kami banyak perbezaan, tapi saya yakin kelebihan dia akan menampung kekurangan saya dan kekuatan saya boleh menjadi pemangkin untuk dia terus berusaha menjadi lebiih baik. that is marriage for, right.. terima kasih untuk sedekad ini. manis, tawar, masam, masin dan manis yang dah kita lalui membuat kita lebih matang dan jadi seperti kita hari ini. semoga kehidupan kita akan sentiasa di bawah peliharaanNya..

dia yang saya ceritakan, boyfriend comes bestfriend comes husband comes bestpartner-ever-had.. Ku Hadzrill Jeeffry.. 
Happy 10th Anniversary!!!
2004 - 2014
Love you Daddy..




Anniversary present for you.. hihi..

Song: 150 Juta (Ainan Tasneem)

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu
"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas jujur apa adanya"
"Aku lebih kenal dia"

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamua apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada yang mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat padaku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kena masa"
"Tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja kalau kita berdua"
"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..



happy new year

alhamdulillah..
melangkah lagi setahun ke hadapan.. memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dipanjangkan usia bersama-sama kesihatan yang yang baik. Masih mampu menguruskan kehidupan, kerjaya dan keluarga walaupun masih banyak cacat cela dan perlu diperbaiki. ustaz kata, bersyukur bukan saja dilafazkan di bibir, tapi MESTI disusuli dengan perbuatan, yang menunjukkan rasa syukur kita itu. dengan cara melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya. Haih, baaanyyyaaakkk lagi yang kurang ni. Banyak gile ok. Berazam untuk tahun ini. Inshaa Allah.

Tahun 2013 - seperti tahun-tahun sudah, banyak pahit manis, suka duka yang berlaku. Nak review satu-satu memang tak dapat lah. Semoga menjadi pengajaran yang berguna dan iktibar di masa akan datang. Semoga mampu untuk memperbaiki pada tahun 2014. 

Januari - pindah dari Arau ke Puncak Alam. alhamdulliah, diberi laluan dan rezeki untuk tinggal bersama keluarga kecik kami
Februari - ke Kemboja dan Vietnam, walaupun pregnant 5-6 bulan. Knowing me, asalkan jalan2, semua pun ok..haha..
Mei - menyambut orang baru dalam kelularga, Ku Qhaliff Imran.. Alhamdulillah.

itu antara cerita-cerita utama tahun ni. peningkatan? 

pertambahan ahli keluarga.. tidur makin tak cukup, makan tak pernah tenang dan aman.. hihi.. tambahan pulak Imrann memang bangun 2-3 kali tengah malam. dan pagi-pagi buta dia dah bangun. argghh..kalau nak keluar, packing barang dan makanan je dah ambik masa. sampai kat shopping mall, 1-2 jam pertama tu dah abis masa dalam changing/baby room. breastfeed Imran, Nina minum susu, sorang kencing, tukar pampers, sorang yakyak, tukar pampers. baju comot, tukar lagi. baru nak start window shopping, kita pun dah penat. 

kerjaya?? erm, jujurnya terasa graf menurun, momentum tak selaju dan serancak tahun-tahun sebelumnya. entahlah, susah nak explain.. kadang-kadang rasa datang kerja, buat kerja bukan kerana passion, tapi sebab 'kena' buat, 'kena' siap dan sebab memang tu kerja saya. ada masanya rasa bersalah tu ada jugak. ikhlas, tapi terpaksa pun ada. environment la kot. dah setahun kat sini, susah nak cari keserasian. tiap-tiap hari masuk ofis, tanamkan dalam hati yang positif2, semoga semua lancar. tapi tu lah, susahnya nak istiqamah.. ok, masuk dalam azam tahun 2014 - betulkan hati dalam kerjaya, inshaa Allah..

apa lagi ye.. tahun 2014 ni isu pertama rasanya - pindah rumah- lagi..yup.. macam ni lah kalau dah menyewa ni. actually, tuan rumah nak jual rumah yang kami sewa sekarang. kami tak bercadang nak beli, then kami dah beli kat tempat lain. maybe 2015 siap. sekarang rasanya dah ada pembeli (tak confirm jadi ke tak). So, i think slow2 kita pun dah kena cari rumah lain lah kot. at least buatnya orang tu nak masuk, tak de lah  kami kelam kabut. cuma rasanya ambil masa jugak nak proses semua tu. now, kami tengah mencari rumah sewa. kali ni, biarlah tengah-tengah, tempat kerja aku dan suami.. tak de lah jauh sangat nak drive dengan motor. masih mencari.. mungkin boleh nak sambung menyewa dengan tuan rumah yang baru, tapi kami rasa macam tak seronok dok rumah 2 tingkat dan jauuhh kalau nak ke mana-mana. kami-memang-suka-jalan-jalan.. hehe..

2014 ..
kuatkan semangat saya di dalam rumahtangga dan kerjaya saya
tinggikan kesabaran saya yang siniipissss kulit bawang ni
sebarkan sikap  positif di dalam diri saya
semoga saya mampu menjadi teladan kepada orang disekeliling saya
amin...



welcome 2014.. 
be a great and wonderful year for all o f us..




Monday, December 23, 2013

pernah tak

girls talk only.

erm, beberapa hari berfikir macamana nak post kan entry ni..

pernah tak u'oulls encounter this kind of problems situation?

offer! sales! Year End Sale! setahun sekali je ni..tak beli rugi ni. tahun depan dah keluar design lain. silap2 dah tak de langsung. tambah lagi kalau ada "LIMITED EDITION". urghh.. aku memang senak perut kalau ada term yang menggesa gitu. Limited edition, last pair, last room, only one left, the buyer just booked this room 15 minutes ago..  Marketing macam ni memang berkesan untuk aku.. haha. nak nak lagi kalau letak pulak quote positive testimoni kat situ.. seolah-oleh ada suara-suara yang bisik "quick, or you may gigit jari tengok other people use that!

'December has always been a happy month for me.....there's so much sale going on right now!! Trust me, chrismas sale gives you the best deal, packaging and gift sets!!" - Dr Halina

So, maksudnya bukan aku sorang la kan? Perhaps raamaaii lagi.. for me, online shopping atau in-store shopping, mana-mana pun ok. ada yanng aku suka tengok dan pegang barang tu, aku akan ke outlet. mana yang aku  boleh terima hanya dengan cuci mata kat desktop je, atau oversea stuff, i prefer online. Nowadays pun aku banyak membeli dengan Agoda, Groupon, MilkADeal, (MAD) - memang getting mad pun kalau bukak website diorang sebab barang best2, atau pun My Deal and many more.. best sebab pembelian tu including postage cost tak kira brg besar / kecik. Sambil buat kerja kat ofis, orang datang ketuk pintu, ada barang sampai, puan.. best sesangat feeling tu tau.. ahaakkss..

lately ni aku selalu dilanda perasaan macam ni. ye lah, hujung tahun kan. bulan untuk berbelanja..huahua.. tema yang aku reka sendiri, tolong jangan ikut.

tengok barang - terus teruja. yes, i need that. my kids need that. kalau ada kat rumah, bagus ni. senang ni. cantik. lawa. tak fikir panjang. itu adalah saya. 
last week, i saw this..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 PORTABLE BABY BASSINET

OMG, lawa gile. nape masa aku cari baby stuffs dulu tak de pun mende ni? check brand - BRICA. Good, we already use Sunshades from same brand, Brica..


Ok, click BUY.
Perghh.. simply? yes, i am.
you know why?
it is:
- up to 61% off!
- portable
- comes with carrying handle
- comes with safety lock system
- made from breathable fabric
- includes removable mattress and fitted sheet
- lightweight and foldable for easy storage

So many reason for me to buy, isn't it?
Am I wrong? Definitely NO.

The Bassinet will come to me in 7 working days of payment. I'm so excited!

Dah lepas bayar dan dapat voucher.. tiba-tiba:
- Siapa nak guna ni ye? Nina ? besar sangat dah nak dok dalam ni pun. 
-Imran? boleh lagi ke? boleh kot. tapi dia dah pandai meniarap dan past few days dah mula merangkak? tak kan nak merangkak dalam bassinet pulak, sedangkan dia dah mampu sampai ke dapur!! Oh my....
- dan it is suitable for baby UP TO 6 MONTHS OLD.. Imran, you're 7 months old, dear.. cought me..

Terus nampak muka bigboss a.k.a Daddy Imran tersenyum2 sambil pegang rotan!! Haha. mati den..

Takpe, dia tak tau. tapi sampai bila? tak kan nak simpan kat office? mesti lah nak bawak balik dan show-off kat dia, hasil tangkapan aku ye dak? justification? belum cukup kuat untuk menepis nih... adeeii.. nak sorok macamana dah mende alah ni memang untuk guna kat rumah. dan akan sampai dalam masa seminggu lagi !!

Holiday ke Kuantan pun dah tak berapa nak tenang dah. Tiba-tiba datang pulak mesej " Skynet: Your Groupon order ...will be delivered by 26 Dec..." Gulp. "Ibu beli Building Block untuk Nina, lepas Krismas ni sampai.."- confident mak. "oo..ok" - tu je Daddy? Ok la, sebab mainan tu beli bila tengok Nina dah  mula pandai cantum2, pasang2 apa je yang ada depan mata dia sekarang. Actually, mainan tu aku beli thru MyDeal. So, mesej ni is not about the mainan la.. Bassinet maybe?? huahua..so scary..

"Daddy, bila kita nak tambah baby? ibu dah prepare something untuk him/her" - Gile? takkan nak cakap gitu kan? Imran belum cukup setahun weh.. Aku yang bagi target 2016. Tiba-tiba kemaruk plak. Pelik..

ok, try this..
" Daddy, ibu beli barang tu, from Brica. macam sunshade yang dalam kereta tu. Ok kan? Bagus kan?" - Buat nya dia jawab "tak", tak ke macam letak pisau kat leher sendiri?

ok la, mengaku salah je lah..
"Daddy, Ibu mintak ampun. mintak maaf. Ibu beli barang yang tak tau bila nak guna. But i promise will use it bila sampai masanya kelak. Boleh kan?" - Tahan je la telinga kena sindir kejap. Ko yang cari penyakit kan.. sape suruh.

Stop kejap. Just now ada my officemate datang bilik, bawak something big!! Guess what???
maaakkkk.. dia dah sampai. Bassinet, ko janji nak datang lepas krismas kan? ko janji nak tunggu aku explain kat laki aku dulu kan? nape ko datang dah??? haaiihh..

See.. cerita pun belum habis, serah diri pun belum lagi, dah sampai lagi satu masalah cerita baru.. Nak happy2 sebab terima parcel pun tak dapat, mengenangkan ada 'hutang' yang masih belum diselesaikan. takut nak balik rumah pun ada. Haha.

Stop sekali lagi.. Just now, orang yang aku bayangkan 'tersenyum sambil pagang rotan' tu call!! Hai, makin tak senang duduk je orang-yang-bersalah ni kan..
'Hello..'
'Hello..'
'Buat apa..'
'Tak de apa..' - nape ko cakap tak buat apa? cakap la tengah buat kerja wei.. tak buat apa tu laagii nampak ko tengah buat sesuatu!! Tak pun ko jawab je - tengah blogging nak mintak maaf. Senang.
'Ye ke..ada la tu yang dia tengah online sesuatu tu..' Hah, kan aku dah kata!!! Sebelum ni aku percaya instinct seorang isteri atau ibu, tapi hari ni aku dah kena mula percaya suami pun ada instinct cek oii...
'Mana ada.. ada apa...'
bla..bla..

Ok, sambung balik. Dah banyak sangat petanda ni izan. Rasanya baik ko surrender je lah. Pernah ke dia marah teruk-teruk kalau ko beli barang dan tak guna sangat? Tak de kan? teruk-teruk pun kena sound sedas dua. layan kan je lah. sendiri cari penyakit. sendiri jadi dokter la..

Kalau gitu, kita buat confession kat sini je la ye..

" Daddy, saya mintak maaf. Saya telah beli bassinet yang cantik gile, cun melecun, kukuh, gagah, dan portable tanpa pengetahuan Daddy. Dan saya tak tahu pun bila nak guna. Tu yang paling penting. Bergantung pada rezeki, cepat ada baby baru, cepat saya boleh buktikan yang saya sudah pasti akan gunakannya dengan optimumnya. Itu janji saya. Petang ni saya bawak balik dan tunjuk ehh??"

Ok dah, balik rumah nanti, telan je la apa yang mendatang..

Jom, nak bukak parcel ni tanpa rasa bersalah dah..


Adios..








Notahati: "tapi Daddy, baru ni ada beli something lagi kat Cotton On.. tengah sale Daddy.. love you.." - Your sweet wife..



Thursday, December 19, 2013

FAQ @ surimaya

lately ni, aku banyak terima emel, PM di fb. kebanyakannya tentang taska, baby, dan solid foods. alhamdulillah, seronok bila apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada orang lain. walaupun bukanlah sepenuhnya, at least dapat memberi maklumat sikit. beri pandangan dan selebihnya terpulang apda mereka yang nak tentukan.

kebiasaannya mereka akan komen di post dan tinggalkan emel untuk aku hubungi semula. ada juga yang menegur di fb. biasanya aku akan contact semula mengikut apa yang mereka beri, dan berlanjutan di whatapps atau mesej di telefon. lebih cepat katanya. ada yang dah mula jadi kawan sebab tinggal kat satu kawasan dan hantar anak-anak ke tempat yang sama. walaupun jarang dapat bertembung sebab waktu kerja lain-lain, tapi ada jugak kawan-kawan untuk share perkembangan anak-anak dan sebagainya.

 ~ taska ~

selalu bertanya tentang condition taska, yuran, waktu beroperasi dan cara penjagaan / pemantauan. dan yang paaaling penting selalu ditanya pasal kesihatan anak-anak. "anak puan selalu demam tak kat taska?" "anak puan tajut-takut tak nak gi taska?" " berapa orang jaga baby?" " yuran macamana? overtime?".

yes, being a mother - memang banyak perka yang kita risaukan bila nak hantar anak kepada orang untuk dijaga. kalau hati tak tenang, nak buat kerja pun susah. hati pun rasa tak sedap je. feedback yang aku bagi selalunya betul2 based on my experience. apa yang aku lalui hari-hari, itu lah yang aku inform. seperti anak aku jugak selalu kena selsema, batuk yang kadang2 ambik masa nak sembuh. kalau masih rasa tak puas hati, pay a visit. aku suggest pada mereka untuk pergi jenguk sendiri. boleh. buat appointment dengan owner dan biasanya hujung minggu dia boleh bawak kita tengok persekitaran di dalam dan luar taska. masa tu boleh tanya dan bincang apa saja yang terlintas di fikiran. lebih senang, telus, nampak depan mata dan puas hati sebab soalan dijawab terus oleh tuan yang punya tempat. 

Ada yang rasa mereka tanyakan soalan 'tak patut' pada aku. But, tak ada istilah 'tak patut' dalam parenting, kan? kita patut tau semua, dan memang semua kita nak tau.. wlaupun rasa macam soalan bodoh je, it's ok. asalkan kita puas hati. tak tanya, macamana nak tau kan. dan, it's good to share with you, supermoms !!

~ solid food ~

ada juga bebrapa moms yang bertanya kan perihal makanan untuk baby, macam yang aku buat. jadi, aku oleh share cara yang aku buat dan tahu je la..hehe.. ada yang mintak resepi, dan mintak tolong belikan storage box tu sekali.hahaha.. ok, kita tolong setakat yang termampu, ok. 



the boss *____*

ye, aku tau i'm not good enough to compared with. raaammaaaaiii lagi ibu2 yang super rajin kat luar sana, yang betul2 jaga pemakanana anak2 mereka. cukup 2 tahun baru betul-betul boleh makan makanan seperti orang biasa. aku kagum dan bangga dengan diorang. macam imran, since dia takl alergi pada cereal yang dijual tu, aku campur jugak bagi dia. 




perlu akur, kadang-kadang travel, renyah nak angkut pelbagai perkakas. jadi, prepare jgk yang mana perlu,, dan selalunya try my best to choose organic type. paliiing kurang gula dan warna. yup, memang tulis kat kotak tu tak campur bahan-bahan tambahan. tapi, kalau tak de bahan tambahan, macamana nak tahan lama kan? ok la, let's the expert do their job! haha.. kita pengguna ni, boleh berusaha baca dan faham Nutrition Fact je la. harap-harap membantu, kan. nak kajiselidik sampai ke kilang tu, bukan kerja kita dah kot. lazy mommy..

as i said, aku seboleh-bolehnya cuba untuk meminimumkan penyajian makanan luar / segera untuk nina imran. selagi ada masa, ruang, bahan dan kerajinan, aku cuba usahakan. lebih-lebih lagi bila di rumah. terkawal la sikit. salah satu cara ialah buat stok. kita yang kerja ni, nak ballik tiap2 hari nak kopek buah / sayur, nak steam,, nak blend.. aduh mak, memang tak la kan.. so, biasanya aku buat stok untuk 1-2 minggu. memang stok yang frozen boleh tahan up to 3 months. tp, cukup untuk makan 1-2 minggu dahla kan. at least, bila nak guna, stok ada. tinggal nak panaskan je. kalau awal, biasanya akuk cairkan kat suhu bilik je. lagi bagus, xperlu panaskan byk kali. usaha aku, setakat mana yang mampu. 

bila dah keluar berjalan, mana yang boleh baak, aku bawak. kalau tak, bancuh je biskut Milna / Farleys tu. sebab tu aku kata aku pun tak sepenuhnya mengawal dan menjaga pemakanan macam ibu-ibu lain.. hehe.. suka baca blog kak magfarah ni.. sangat rajin dan kuat semangat masak untuk anak2 walaupun di mana-mana!

ok, tu je la nak sare, FAQ kat surimaya ni.. tak banyak pun, 2 topic je yang hangat pun.. tak de la naik menggunung trafik kat blog pun.. hehe.. tajuk pun "mak-mak" sangat kan..apapun, thank you so much untuk semua reader, silent reader, follower and visitors. you know who you are. jom kita sama-sama menjaga keharmonian, kesihatan dan pemakanan keluarga kita.. really appreciate all of u !!



Wednesday, October 2, 2013

smart phone: whatsapp, wechat, etc.

ok, tukar topic yang 'up' sikit.. hehe.. aku bukan lah orang yang hebat sangat dengan jenis-jenis smartphone, tak jugak yang up to date tau semua yang terkini pun. tapi, 2-3 bulan lepas mula merangkak belajar perlahan-lahan since we are end up dengan sorang satu these gadget.. me, pilih iphone dan my husband pilih yang the latest from Nokia, which is Lumia.. nak tak nak, mesti tau. godek-godek sikit sikit, lama lama biasa la..

sebelum ni, bila keluar makan atau mana-mana, tengok family yang sibuk dengan handfon / gajet. anak-anak main sendiri, atau juga sibuk dengan benda-benda tu. selalunya aku fikir, tu lah yang tak best ada telefon canggih manggih ni, masa kat meja makan tu la nak main handfon. semua layan diri sendiri je. so, macam tak best sebab keluar ramai-ramai tapi sibuk dengan hal masing-masing. 

bila sendiri dah guna, baru tau kan.. then tiba2 realize "yela, masa makan ni lah yang boleh duduk godek-godek handfon pun. dari tadi sibuk melayan budak2, mana sempat nak tengok telefon pun..". Pulak. Ngee.. siapa lagi yang berperasaan sama macam aku, sila angkat tangan!! Tapi aku punya part sedih sikit sebab Nina memang more interested dengan my phone compared to her daddy. maybe features yang sama dengan ipad, so dia lagi biasa. untung la daddy!! Nina tak kacau dia pun. even dalam kereta, Nina dok dalam car seat then nampak aku pegang phone, memang dia meraung-raung nak yang aku. dia pasang lagu2 la, cerita apa ntah. kadang-kadang dia usik jugak benda lain mcm skype, keek, dll..

cuma, aku selalunya try to remind myself bila ada kat rumah, masa untuk family terutamanya kids. dah seharian semua sibuk dengan kerja dan diorang kat taska. lepas ambik diorang dari taska, aku akan letak dulu telefon jauh2 dan spend masa sama-sama dulu. kalau semua dah cool down (dah bagi susu, makan, dsb), baru lah start buat keje atau guna telefon. waktu makan pun aku akan cuba elak untuk melekat dengan telefon sebab dari dulu lagi aku rasa kat meja makan is the besssttt place untuk kita borak-borak, cerita, share apa saja sama-sama dan layan budak2. So, try untuk tak guna handfon atau tengok tv masa makan.  As for now, aku selalu bagi Nina makan sendiri, nak asah skill makan dia.. tak de suap-suap dah. kadang-kadang je la.. Aku pulak jenis yang pantang kalau aku tengah cakap/cerita, orang tengah main telefon atau sibuk dengan benda lain, terus putus angin mak.. diam je la ters..

yang bagusnya tentang telefon berteknologi tinggi ni (dasyat ayat aku..), kalau betul dan kena caranya, banyak yang boleh bantu kita. dalam keadaan terdesak nak kena online internet, memang berguna. maklumat pun senang nak dapat. dan sekarang pulak, kami 1 family create group untuk WhatsApp pulak.laaagiii tak jadi keje. yedok? best sebab banyak benda / cerita boleh share on the spot. makan nasi lauk apa pun nak bagitau!!! mak aku yang baru belajar guna whatsapp tu punbukan main cekap main emoticon!! banyak discussion boleh dibuat dan keputusan boleh dicapai segera,, nak buat announcement pun taruk je kat siu.. kalau nak jumpa semua, memang kena tunggu turn la. so, bila borak2 'atas angin' gini, lagi senang kan.. siap tergelak dan sengeh sorang2 lagi. kalau time urgent atau driving, aku rasa Wechat banyak membantu. sebab kita dah susah nak type mesej, so guna short audio tu je pun boleh.. best..best..

All in all, aku rasa semua datang dengan kebaikan dan ketidakbaikan masing-masing. Cara mana kita nak apply semuanya tu yang menentukan betul ke tidak, baik ke tidak. Boleh berwhatsapp, berwechat, bermesej atau berinternet, tapi berpada-pada lah. Jangan sampai hilang nilai atau value sesebuah perhubungan sesama manusia..

Imran buat muka boring masa tunggu daddy pilih telefon..


Monday, June 3, 2013

Happy 4th Anniversary

genap 4 tahun bersama..melalui suka duka bersama.. terima kasih untuk semuanya, buah hati ku..hehe..

4 tahun lepas, pada tarikh keramat ni lah kita diijabkabulkan. semoga dapat terus melalui tahun2 akan datang..

Tuesday, May 7, 2013

Petua cinta suami isteri

baca Berita Harian hari ini, terasa nak berkongsi.. antara isinya..

Petua cinta suami isteri 

Mengekalkan hubungan cinta dalam rumah tangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun, ribuan pasangan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, lantaran tiada kesefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan. 

Mengapa hal ini perlu terjadi? Sedangkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta seharusnya dapat dilalui dengan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Banyak petua dan kaedah dalam menjaga hubungan. Ramai percaya membina pemikiran positif dapat mempengaruhi seseorang untuk membentuk sikap positif dalam diri. 

Memetik tulisan Pakar Cinta dalam artikel bertajuk, Tips Menjaga Rumah Tangga dan Perkahwinan, lima panduan dititipkan untuk dijadikan panduan.

1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak. 

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakan manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. 

Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” 

Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu. Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Justeru, penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab. 

2. Sering berdamping dengan orang yang positif. 

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah SAW menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya. 

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. 

3. Jadikan sekarang masa paling gembira. 

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “Bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” 

Dengan berkata demikian, kita ‘membunuh’ potensi hari ini. 

4. Cari jalan untuk mengatasi tekanan. 

Tekanan akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu, suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. 

Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. 

5. Jangan terlalu serius. 

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalani kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur.




Wednesday, April 17, 2013

apa yang sedang saya baca?

di rumah..

di pejabat..


oh, 
kedua-dua buku ni saya suka..
masa pregnant kan Nina, saya baca bukunya yang ini..




selalu mood rajin membaca datang waktu pregnant kot..
adakah perlu pregnant lagi nanti?? hehe..



buku ni pulak saya nak order, tapi out of stock..
kebanyakan buku Abd. Jalil Ali ni saya beli terus dari penerbit, Karangkraf.. sebab kat kedais elalu tak de stok..

dan, saya juga membelek2 pasal..


mencari maklumat..

anda pulak bagaimana?
buku apa yang sedang anda baca? 
jom share..




Monday, April 15, 2013

Jalan-jalan ke Port Dickson

Hujung minggu yang baru berlalu, tidak sekalut minggu-minggu biasa.. sebab banyak program (kerja) terpaksa dibekukan  atas sebab PRU 13. So, nak ke Kedah tak jadi, dan Terengganu pun ditangguhkan dulu. dan aku yakin, date baru nanti aku dah tak dpaat join sebab dah cuti bersalin! dan aku kira program di Sarawak baru ni adalah outstation terakhir sebelum aku mula bercuti..

Hari Sabtu, Daddy pergi ambik exam untuk jawatan PTD, yang  JPA tu. entah berapa kali dapat, tapi tak pernah lepas.. haha.. tak pe, akli ni dia nak cuba lagi. aku dengan Nina di rumah je. mendobi, mengemas, memasak dan rehat.. malam tu Daddy ajak gi Bukit Tinggi esok (Ahad). saja nak jalan-jalan katanya. macam best jugak. tapi, apa yang best kat sana ek?

Dan esoknya, bangun tido tiba-tiba ajak ke PD pulak!!  so, terus bersiap-siap dan pukul 9.30 pagi bertolak dari rumah. breakfast sandwic kat dalam kereta je. Nina tido sepanjang jalan. berhenti dekat RnR Seremban, nampak ada pejabar Tourism. aku pergi mintak map untuk area PD. 2-3 tahun dulu pernah ke sana atas urusan kerja. cuma nak cari info apa yang best boleh buat kat sana nanti.. lebih kurang jam 11 lebih, kami sampai..

Kami melalui Lukut, dan melalui jalan pantai sepanjang PD. sebab tak de janji dengan sapa-sapa, dan pelan yang betul-betul pun, kami ikut suka hati  je la. 


 bangun tido, terus sampai kedai makan..

 sup ayam untuk Nina..


berhenti lunch di Restoran Kulit Kayu Manis, kat Lukut. Daddy cakp dulu kedai ni ada kat Shah Alam. lauk-lauk kampung..



kemudian teruskan perjalanan.. mencari tempat yang dikatakan untuk tengok penyu bertelur. tapi tak jumpa pun. teruskan ke Waterfront.. dessert time!!








makan snow ice sambil menikmati pemandangan tepi laut.. ada helikopter yang orang ramai boleh naik. tak tahu pulak berapa bayarannya..

 terjumpa pulak dengan Skuad Perodua ERA.. Yang bestnya, Daddy siap jawab soalan dan dapat hadiah.. hadiah idaman pulak tu!! Serai wangi Afy Hanif.. hari tu dia ajak aku beli, sebab katanya kereta ada lipas. dan banyak serangga jugak kat rumah. aku buat tak reti je dulu.. tengok-tengok, dapat free lagi.. haha.. dan Nina dapat air Twister Orange dan Roti Waffle Gardenia..

pemenang menikmati roti yang dimenanginya!!!

perjalanan diteruskan ke pantai-pantai pulak. berhenti kat tepi, saja nak jalan-jalan.. 









tapi..
kesudahannya..


 mandi pulak..




 dah masuk air, terus tak nak keluar..



layan je la..

dah siap mandi dan bilas, sambil makan goreng pisang, kami ke pantai Teluk Kemang pulak. Saja cuci mata sebelum balik. beli kan Nina t-shirt untuk kenangan.. hehe.. dan Daddy sungguuh-sungguh memujuk nak beli surfing board. nak ajar Nina berenang kononya.. ok, nanti kita tengok ye..

Bertolak balik dan sampai kat rumah pukul 8 malam, lepas dinner kat luar je..
Kata Daddy, "economic vacation".. hehe.. ok la, bercuti ke luar kota.. kota lah sangat!!!



oppss.. tidak ketinggalan..
gambar tuan tanah!!!!