Malam ni suri nak bercerita kisah teladan.. so,semua feel ala2 kanak-kanak tadika,ok..hehe.. cerita ni berlaku pada myself sendiri.. pagi semalam, masuk keje, sorg my staff yang perempuan tak masuk keje tak tau atas sebab apa. *nak kena ni*..pastu sorang lagi pulak hantar sms, mintak masuk lambat, nak hantar anak ke klinik.. adui.. suri membenarkan saja, kerana mengenangkan ahli keluarga yang tak sihat. kita yang tak de anak lagi manalah tau susah senang orang membesarkan anak,kan.. at least cuba memahami la walaupun kadang2 tu selalu jugak..hurmm..tinggal la sorang je. hujung-hujung semester ni di tempat suri memang agak sibuk, banyak report nak kena hantar, nak kena key-in markah student, all the penilaian nak kena compile, and so on lah..
jadi, dalam pada kelam kabut tak cukup orang tu,ada 2 orang jurulatih yang nak key-in markah. dah la kedua-duanya orang baru. jadi memang kita lah yang kena prepare template untuk dia, then dia key in.. nak dijadikan cerita, suri sendiri tak pernah key-in markah, dan tak berkesempatan nak explore that system.dah nak masuk 3 semester, suri cuma tau secara teori sahaja..upload, download, validate.. So, apalagi.. takkan nak suruh dia tunggu staff yang ke klinik tu balik pulak, ataupun nak suruh "puan balik dulu,nanti datang semula" kot..mati kena maki je aku nanti. staf yang sorang tinggal tu memang dah tengah buat kerja dia.. Suri dengan penuh confidentnya terus download that template, masukkan parameter dan apa yang patut, "ok puan, dah boleh key-in.."..Mak ai..betul ke ni..so,dia try sekali dua, ada problem sikit, then suri tanya my staff yang ada tu, dia tolong sikit2, suri pun adjust yang mana patut..yeaaahhhh... finally, dah boleh!!! dah tu, memandangkan masih ada yang menunggu dan ada komputer yang kosong, suri just download again, and do the same action as before, terus panggil jurulatih yang lain.. pastu bila diorang ada problem or tak faham sikit2, they just called me, and me... as confident tak hengat, memperjuangkan menerangkan dengan lebih jelas.. rasa tak terlayan jugak mulanya..ke hulu ke hilir.. Bila diorang dah siap, suri just check sekali lagi, make sure tak de part yang tercicir, analyze how many students yang past and fail..then finish...alhamdulillah..
Bila masuk balik dalam bilik, sambil buat kerja tu terfikir pulak..apa yang aku buat tadi?tak pernah2 buat A-Z, just tau serba sedikit, tapi bila kelam kabut, dalam keadaan nak tak nak, boleh pun buat.. Alhamdulillah.. tak sangka boleh belajar secepat tu.. ekspress ni.. nak reward apa ye to myself?????hehehe..tak agak-agak ko ni kan..bukan ke tu memang ko kena tau pun kan?apahal nak reward bagai..sepatutnya kena blame yourself sebab LEMBAB LAMBAT belajar..hehehehhe...
And today, i can manage myself better yea.. staff aku yang pempuan tu pun dok tanya cara padahal tiap-tiap semester dok buat..lainlah kalau jurulatih sambilan yang dah pencen tuh.. Takpelah, everybody learn everyday right.. mana yang mampu dibantu, kita cuba..
Moral of the story, from today even i'm alone, i can do whatever i want to do, as long as i willing to learn,learn,and learn.. Learning is the process of life, my dear..
notahati: percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan.......(feeling AF gitu..)
betul tue suri...
ReplyDeleteexperience is the best teacher!
hehe..tq abah melia..
ReplyDelete