Sunday, April 17, 2011

finally..i surrender..

Di pagi Jumaat yang hening baru ni..(cewah..mood sastera).. masa kejut abang bangun pagi tu, rasa macam dah flat sangat dah.. tak larat dah nak bangun.. tak tahu kenapa.. bagitau abang, tak nak gi keje tak pe ke? nape? tak tau la, rasa tak daya je.. hmm,xpela, rehat la.. alhamdulillah.. lepas tu sambung tidur balik sampai la waktu yang sepatutnya.. ye la tu, punya la sedap tido, tak sedo hari dah tinggi.. terus mandi, rasa segar sikit.. keluar nak lunch, tapi lalu dekat pasar tani.. terasa nak masak sendiri pulak.. beli lauk basah dan sayur serba sedikit.. balik rumah, gedebuk gedebak kejap..siap...menu tengahari tu.. macam2 pilihan sayur yang terhidang... lepas makan, berehat semula.. tengok tv jap, tido kejap..

Sepanjang hari tu suri terfikir, kenapa sampai jadi macam tu? nak kata badan penat, tak sangat.. tapi mental tu yang tak tahan rasanya..seawal minggu tu, tiap2 malam ada program.. dah la siangnya kerja tak putus2 macam selalu.. pukul 11-12 malam baru sampai rumah. lepas tu ada jugak drive sampai ke pulau pinang sendirian sebab ada urusan rasmi - nanti suri story yek-.., habis tu terus patah balik ke perlis dalam masa 1 jam sebab kena attend meeting malam tu.. sudahnya, meeting abis jam 12 tgh malam jugak..esok pagi kerja macam biasa, dengan macam2 hal..petang meeting lagi sampai jam 7 ptg baru balik..malam bersambung dengan aktiviti pelajar sampai jam 11.30 malam... sampai la ke pagi Jumaat yang disebutkan tadi..kepala tak boleh nak angkat..huhuhu...

Tekanan..di mana2 sahaja tekanan tu ada.. apalah hidup tanpa tekanan.. adakalanya tekanan menolak kita untuk lebih bertenaga dan bergerak.. kalau tiada perkara yang menekan, tentu kita malas je kan.. tapi ada jugak masa-masa yang rasanya tak mampu dibendung lagi.. suri sendiri sudah melaluinya.. bukan suri kata kerja2 suri tak seronok atau terlalu menekan, tapi keadaan kadangkala membuatkannya jadi begitu.. kerja hakiki sudah tentu kena buat, tugas-tugas tambahan lagi.. kalau di tempat yang lebih besar, atau dengan kata lain di  kampus induk, mungkin bebanan agak lain. dengan staf yang ramai, workload dapat diagihkan.. kalau tempat kecik macam kampus suri sekarang, kita akan jadi everything.. yup, everything.. dan adakalanya jugak kita tak sempat nak fokus denga core business kita sendiri.. tugas2 harian, ok..nak tak nak mesti buat.. yang lain-lain pulak..meeting persatuan pelajar - mesti attend, meeting pelajar nak meniaga kat kolej - kena attend w/pun rasanya aku langsung tak de fungsi kat meeting tu.. lawatan staf lain ke kampus, lawatan kita ke tempat orang, sukan pelajar, sukan staf, bengkel, latihan staf di sini, latihan staf untuk seluruh sistem UiTM di Malaysia, kursus mingguan, program2 amal universiti, dan macam2 hal yang lain, yang sebenarnya tiada dalam senarai tugas pun, bila di sini, kita mesti take part.. 

itu belum lagi pihak atasan mintak macam2 plan kita.. pelan strategik, pelan jangka 5 tahun, pelan penubuhan kokurikulum2 baru, aktiviti pengukuhan pelajar..waduh...kalau  nak disenaraikan semua, tak sanggup rasanya.. ya..ya..aku bersyukur dengan nikmat kerja yang Allah berikan padaku..tapi, itu lah kerja2 yang aku lalui selama di sini.. belum di tambah perangai student yang pelbagai, staf yang macam-macam hal..
Sebab tu dari awal lagi aku tau, ini bukan penat secara fizikal, tapi lebih kepada mental aku.. sudahnya... aku surrender.. tak pernah terfikir sampai tak boleh  bangun nak gi kerja..hhuahua... Alhamdulillah.. dapat rest sikit.. bila inform my staff yang "saya cuti kecemasan harini", memang tak de sapa yang cari.. padahal sebelum ni, kalau cuti pun telefon tu tak pernah bercuti pun.. akhirnya dapat jugak memasak sendiri di rumah, sedabgkan banyak  masanya makan di luar yang tak tentu lagi cukup zat-zatnya, dan selalu sangat tak tentu masanya... tetiba terasa..

"oh,nikmatnya hidup masa belajar... boleh maaaaiiinnnnn je.. berseronok.. tak de banyak nak fikir..sekarang???????sendiri mau ingat lah!!!!!!!"

No comments:

Post a Comment