Baru2 ni, lebih kurang pukul 1 pagi, lepas aku siap iron baju nak kerja esok, sambil2 kemas2 rumah sikit, rehat2 kat sofa dengan abang. BFF pun belum tidur lagi.. keep on kicking my tummy je.. mungkin dia tahu daddy-to-be dah nak balik esok agaknya, kan.. nak buat macamana..kadang2 rasa kesian laki aku ni, sejak2 aku berbadan dua ni, tiap2 minggu balik ke sini. Baru ni je sekali, seminggu lebih tak dapat balik, memang tak dapat elak sangat. Yang lain tu, aku tahu dia try untuk balik. Sebelum raya aritu lagi la. Hari sabtu malam balik arau sebab aku ada check up on Monday, pastu Monday malam balik ke s.alam. hari selasa kerja, malam tu balik semula ke arau, amik aku nak balik ke kelantan pulak.. tak tahu nak pikir macamana, itu saja jalan yang kami ada. Kami tak nak pikir itu susah ke senang, mana yang terbaik, kami cuba usahakan. Walaupun ada masanya terpaksa mengorbankan pandangan atau pendapat orang lain, kami terpaksa buat pilihan untuk kami. Doa kami, semoga suatu hari nanti dipermudahkan segala urusan.
Aku ada tanya dia,
“macamana nak jaga baby sorang2 nanti ek.. dah la ayang memang tak reti sangat. Bukan tak puas hati ke, bukan rasa tak adil sebab kena jaga sorang2. Tapi tak yakin dengan kemampuan sendiri.”
“tak tahu lah, kita tengok lah nanti macamana..”
“kalau dia demam atau sakit malam2 macamana?”
“kita doa lah, mintak-mintak semuanya ok. Kalau boleh abang akan balik”
“kadang-kadang rasa macam tak adil je kan. Time susah, semua kesusahan tu datang serentak. Macam abang, kerja lagi, study lagi, anak bini jauh lagi. Semuanya sekali. At least, walaupun kerja menimbun, keluarga ada depan mata. Ataupun sibuk dengan study pun, family ada sama. Tak lah sampai terkejar2 ke sana sini. Takkan kita kena tunggu kerja dah ok, study dah habis, baru kita dapat dok sekali.. masa tu insya allah semuanya ok, family dapat sama2. Memang kita nak semua yang elok2. Cuma ada masanya kita nak juga kestabilan. Macam tadi, sibuk study and kerja, tapi family ada depan mata. Kalau jadi apa2 pun, ada kekuatan kat situ.”
Lama dia diam..
“dulu masa kita mula2 kawin, ayang tak kerja, tiap2 hari abang doa, mintak ayang dapat kerja. Alhamdulillah, bukan setakat ayang, kita berdua dapat kerja yang bagus macam sekarang. Lepas lama tunggu baby, hari2 kita doa, mintak Allah bukak rezeki kita untuk tu. Sebelum kita gi Mekah lagi Allah dah makbulkan doa kita. Setiap kebaikan yang kita dapat, tentu ada perkara yang kita mesti korbankan dulu. Kita dua dapat kerja stabil, tapi kita kena dok jauh2. Ayang pregnant, tapi kita still kena dok jauh2. Banyak nikmat yang kita dapat sebenarnya. Yang kadang2 Allah bagi, orang lain tak sedar, dan kita sendiri pun tak sedar. Walaupun kita susah dari segi jarak, tapi Allah bagi kesihatan yang baik untuk ayang, untuk kita. Ayang jarang sakit. Kereta kita pun tak selalu rosak. So ayang boleh drive datang kat abang. Dan ayang tak susah sangat walaupun dok jauh dengan abang, sebab kereta ok. Cuba kalau kereta selalu buat hal, dan abang tak de. Macamana susahnya? Ingat sekali dulu masa kereta rosak, abang sangat susah hati ayang kena handle sorang2. Semua tu rahmat yang Allah bagi, tapi kita pun tak perasan. Setakat ni kita pun tak pernah putus duit langsung,kan. Duit ada, tapi kita yang belanja,sampai kita pun tak tahu mana pergi duit tu. Tak pe la, asalkan kita tak lah sesak. Dulu kita tak cukup duit, abang nak bagi apa pun susah. Sekarang kita dapat nikmat senang, tapi kita diuji kat tempat lain pulak. Mungkin dah sampai masanya kita tak boleh mengharapkan sesuatu yang terlalu besar untuk kita. Tak semua kita boleh dapat. Kalau kita asyik langgar dinding yang sama selalu, sampai bila2 pun kita akan rasa sakit, dan mungkin makin lama makin sakit. Jadi, kita kena usaha dan sabar untuk cari jalan keluar, bukan dengan hanya langgar dinding yang sama je. Abang tak rasa kita boleh dok sekali dalam masa sekarang. Jadi, kita tak boleh mengharap.”
“ok..”
“sabar ye..”
“insya Allah. Kalau gitu, kalau sekarang kita rasa kita dah KUAT, kita MESTI LEBIH KUAT lagi lepas ni. Kalau kita rasa kita dah cukup TABAH, kita MESTI LEBIH TABAH lepas ni..”
Dalam hati terfikir jugak, sebelum ni aku selalu asking myself,
• Macamana kalau tiba2 aku sakit sorang2 nanti, tapi laki aku tak de?
• Macamana anak aku tak sehat nanti, tapi laki aku tak de?
• Macamana nak drive jauh2 masa ada baby, tapi laki aku tak de?
• Macamana nak angkut barang2 aku ngan baby kalau nak balik umah mama, tapi laki aku tak de?
• Macamana? Macamana?
Sekarang aku bukan kena tanya benda2 tu, tapi aku mesti cari jalan nak selesaikan semua soalan2 tu. Mesti lalui!!!! Mesti boleh buat!!! Aku takkan langgar dinding yang sama lagi... Caiyok33x..
notahati:Abang, terima kasih kerana menyedarkan ayang dari lena yang panjang..i lap u..
InsyaAllah semuanya akan baik2 saje. Bersyukur awak ada suami yg sangat sabar dan memahami.
ReplyDeletetq..;-)
ReplyDelete