Thursday, April 26, 2012

Medina 2 bulan..

Dah lebih sebenarnya..;-)
Yup, Medina dah cukup 2 bulan setengah hari ini. punya lah lama mak simpan cerita nak update. Pejam celik, pejam celik, dah 2 bulan setengah Medina ada bersama-sama kami, menemani kami, walaupun rasanya kami yang lebih banyak menemani dia!! Dah 2 bulan setengah jugak boleh dikatakan setiap malam aku bangun. Apa lagi kalau bukan untuk tukar pampers, minum susu, dan ada masanya dia bangun semata-mata untuk main..huh..2 bulan setengah ni jugak hidup aku berubah 100%..huhu..**mode: hidup ini penuh pancaroba**

Apapun syukur, dah 2kali cucuk imunisasi, Medina tak demam. Itu yang aku selalu risaukan. Dan setakat ni jugak aku masih dapat tengok perkembangan dia setiap masa, maklumlah masih dalam cuti bersalin..hahha..nekmat sungguh.. Jom kita semak apa yang Medina dah boleh buat seawal 2 bulan.. skema gila mak..**mode: nak jadi cekgu BM tapi xkesampaian**

  1. Dia dah pandai gelak2 siap dengan bunyi lagi, walaupun pada hal2 yang xkelakar pun bagi aku..;p
  2. Pantang panggil nama je, senyum sampai ke telinga.. macam paham je kan..
  3. Kalau lalu depan dia, tapi tak ambik dia, siap la dia menjeling dengan ekor mata..haha..
  4. Dah pandai pegang barang2 kecik, tapi sekejap je. kadang2 aku rasa dia pun tak tau dia tengah pegang something, sebab mata dia tengok kat tempat lain, not pada barang kat tangan.. tapi selalunya time minum susu dengan aku, tieba2 je dia pegang jari aku.lama plak tu..hehe..best3..memberangsangkan**mak syok sendiri**
  5. Medina dah pandai mendengar. kalau kita buat apa2 bunyi, atau mainan dia berbunyi, sengeh je dia..tambah2 kalau bunyi lagu..** anak aku nak jd artis kah?**
  6. Sukeee sangat main air liur.. siap dengan buih lagi.mula2 tengok meleleh je. sekarang ni tengok, dia sendiri saja2 keluarkan air liur tu. banyyaaak...baju confirm kena tukar banyak kali sehari, especially tiap2 kali nak tido malam. sebab ada masa jugak dia selalu muak susu, dan baju ofkos lah masham..
  7. Dua tiga hari ni dah pandai masuk tangan dalam mulut pulak..reminder ye, tangan..bukan jari.. segenggam terus letak kat mulut..hisap tangan dia siap dengan bunyi2an lah..dah tentu boleh bayangkan jugak hasil cecair yg keluar dari mulut dia,kan.. Daddy dia tanya, takut2 tak elok utk baby, takut perut masuk angin or what so ever.. for me, may be it is ok je..proses tumbesaran baby- jawapan aku utk Daddy..huhu..
  8. Rajin berborak.. sape yg rajin melayan, boleh tahan la jugak..walaupun jawapan dia dalam satu nada je, tapi gaya tu mcm dah paham2 sangat dah kita sembang apa ngan dia..selalunya memang dengan Daddy la dia dok borak. dengan aku tak berapa sangat. time2 lepas mandi, time menyusu..ada lah jugak. tapi kejap je la..Daddy kata faktor jantina kot..ye ke?entah..
  9. Dia jugak dah pandai memilih susu!!!aduh,seminggu dua ni dia tak nak minum susu dalam botol, kecuali dalam keadaan mamai a.k.a baru bangun tido. time nak tido lagi lah payah, mesti nak 'engaged' dengan ibu je.. mak pening dik non..ada 5 hari lagi sebelum hantar Medina umah babysitter  nih. buatnya dia tak nak minum botol camana? 
 ni lah orang nya..
 rambut still dengan imej lama, pacak2 w/pun kat belah atas je..
amacam??sempoi tak Medina bersantai??
Anak dara den..ada yg berkenan ke?hehehe...

Itu dulu yang aku ingat dan perasaan pasal perkembangan Medina..aku akan tambah kalau teringat nanti.. aku dan Medina jugak sedang menghitung hari untuk balik keArau semula, sebab aku dah nak start keja dah.. yeaay..it's really not good to know but, life must go on kan..Medina nak minum susu kan?nak pakai pampers kan?nak ibu beli baju banyak2 kan?nak beli mainan banyak2 kan? So, kita mesti balik dan ibu mesti g keja!!!hahaha.. apa la nasib.. Ye, aku akan kembali kerja seperti biasa, dan Medina akan dihantar ke rumah babysitter..macam baby2 lain jugak..


notahati: bila agaknya boleh berenti keje, jadi surirumah sepenuh masa, tapi bergaji seperti biasa??oh my laling HUBBY, please answer me....




1 comment: