Tuesday, July 31, 2012

Medina 5 bulan

cucuk!! itu yang pertama terfikir.. dan cucuk kali ini adalah versi tanpa Daddy..ibu nebes jugak, tapi berlagak tabah dan cekal aje la.. ikutkan hati mati, ye dak??
maknya bawaklah medina ke klinik Faizah. sama mcam cucuk 3 bulan aritu. teruskan je lah kat situ, sebab takut bila tukar2 klinik, lain pulak dos ubat yang diberi.. gi amik medina kat umah BS, bawak gi klinik.

 apa la nasib aku jap lagi..
 hurrmm..redha je la..hehe..

dan yang bestnya sebab Medina tak nangis pun.. Alhamdulillah.. risau jugak, tapi aku sendiri yang riba dia, memang nampak doc tu masukkan jarum. medina buat rilek je..ibu pun rilek gak la..nanti ibu upah susu kaw2 punya ye..

Abih tu je, ingat macam nak kena amik half-day off ke, sebab nak teman medina. tp nampak dia ok, plus ada keje yang nak kena buat kat ofis, aku decide utk hantar balik dia ke umah BS je. mintak2 dia ok..cuma tak sempat nak 'hadiahkan' medina susu ibu, medina dah tido dalam kereta.. aku pun terus balik ofis..

Alhamdulillah..selesai satu lagi suntikan untuk Medina. kalau ikut dalam buku tu, nanti Medina umur setahun pulak baru kena cucuk lagi. cuma aku ingat setiap bulan still nak pegi check berat, tinggi dan ukuran kepala dia. masa on the way nak balik ofis tu, aku terfikir.. rasa macam bersyukur sangat sebab dapat anak macam Medina. tak banyak ragamnya. kalau tak de sebab, dia tak de nak merengek, menangis.. dia buat hal dia je.. lapar pun tak nangis, aku pulak yang kena agak2 dia lapar ke tak..kalau mengantuk betul, baru dia merengek2.. yang lain semua ok. nasib baik la aku rasa. Allah permudahkan aku di situ. diduga dengan macam2 ujian, dihadiahkan dengan pelbagai rahmat dan hikmat.. Alhamdulillah.. semoga median terus sihat, membesar, dan terus boleh teman ibu.. sama-sama Daddy jugak..

 

No comments:

Post a Comment