Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi. jenguk dekat blog kawan2, ramai yang dah menyambut kedatangan Ramadhan. Seperti jugak orang lain, aku jugak berharap Ramadhan kali ini dapat disambut dengan penuh keseronokan, keberkatan dan keinsafan.
Dan, untuk pertama kalinya disambut dengan kawan baru kita, Medina!! yeaay.. tak tau lah dia paham ke tak.. puasa tu dah tentu2 nya tidak..hehe..apa pulak cerita puasa tahun ni ye..nantikan je lah.. sempat lagi ke nak memasak untuk berbuka ni?boleh ke nak berbuka dengan 'tenang' ni?hehe..sekaang Medina pun dah masuk 5 bulan, dah pandai duduk tak diam dah..jangan sampai makan pun terpaksa mendukung dia, dah la..
Apapun, semoga dipermudahkan olehNya.. dan yang bestnya, Daddy Medina balik petang ni..yeaayy..dan sampai tengah malam ,sempatlah bersahur untuk 1 Ramadhan bersama-sama..double yeaay..menu?entah...haha..tapi selalunya bila datang je bulan puasa, ramai yang rajin ke dapur kan? walaupun sibuk bekerja, tetap ramai ibu-ibu yang bersemangat nak menjamu keluarga dengan air tangan sendiri..Alhamdulillah..dan menu pulak adakalanya berbeza sikit dengan hari-hari biasa. Family aku jugak macam tu. biasanya mama aku tanya nak makan apa..masing-masing akan keluarkan 'wishlist' masing-masing..hahaha..dari dulu lagi memang mak aku akan memasak untuk berbuka. ada jugak kuih yang dibeli, tapi lauk tu selalunya masak kat rumah. melainkan memang dah plan nak berbuka di luar je. tambah lagi sekarang semua dah tinggal berasingan, sesekali balik, memang tunaikan hajat betul lah..pilihan menu2 pun yang hot-hot je..
Dan bulan ni jugak kita boleh tengok macam-macam jenis kuih yang dijual, dan ada juagak memang dibuat pada bulan puasa je..yela, bosan jugak kalau hari-hari biasa dah makan donut, karipap..nak jugak tukar selera,kan..
Ok dah2, jangan nak cakap pasal makan je..tu belum cite nak raya lagi,kan..hahaha..perancangan untuk bulan puasa sampai raya dah siap dalam kepala,tau!! dasar betul.. aku doakan semua di kalangan kita dipermudahkan urusan di bulan yang mulia ni..jangan membazir, dan jangan berlebih-lebihan di dalam segala hal.. mohon maaf pada semua teman2 pembaca (kalau ada).. hehe..
notahati: hari ni aku telah membuat sesuatu yang baru dan yang tak pernah terfikir di fikiran aku sendiri..walaupun tak tau lagi hala tuju, tapi, aku perlu buat untuk kebaikan keluarga aku..apa??nanti lah, kalau berjaya, aku share..semoga aku mendapat keberkatan sempena kedatangan bilan yang suci ini, Amin..
salam ramadhan..waa,sonok yer puasa taun ni ngan org baru hehe..smg puasa tahun ni diberkatinya amin:-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq are-na..;-)
ReplyDelete