Basi?ada aku kesah?hehehe.. sj nak story pasal kitorang balik kampung awal bulan baru ni. Kebetulan ada meeting kat sana, langsung bawak medina balik sekali.
bertolak jam 9 pagi, berhenti kat Jitra kejap sebab nak buat allignment tayar kete dan macam2 yang tak settle hari sebelum tu.lebih kurang 11 pagi baru bertolak dari Jitra. Medina? alhamdulillah tak meragam pun.. tido je kejenya.bangun main kejap, then tido balik. tengahari tu kami singgah kat bandar Gerik, Daddy Medina jumpa cousin dia yang keje polis kat situ, dan terus lunch sesama..best.. dan tukar lampin medina sekali..
siap bawak semua kelengkapan utk medina duduk ngan ibu kat belakang, tapi dia tak nak..huhu..baringkan je, dia sibuk nak bangun !! Daddy pulak cam biasa la, bawak kereta macam tak de baby je.. pening kita dibuatnya. sudahnya, kat belakang tu jadi tempat tukar pampers je la.. nak jugak berkepit dengan ibu..
sampai kat umah nenek den dah pukul 6 petang.. rehat2..borak2..tak de aktiviti apa sangat nak buat pun. esoknya, pagi2 dah keluar dengan Daddy Medina, cari breakfast. kat Kelantan ni memang diorang makan nasi untuk sarapan. dan aku suka Nasi Berlauk.. ada nasi dagang, nasi kerabu dan macam2 lagi..lepas tu, nak dekat tenmgahari tu berjalan ke Kota Bharu, walaupun agak jauh dari Machang. saje je.. ke KB Mall.beli groceries untuk rumah sikit, beli baju ibu dan jeans Daddy Medina. Seluar jeannya dia tertinggal. saje je kan.. beli baru, sekali gus untuk raya tau..huahua..kedekut punya bini..
malamnya kami gi Wakaf Che Yeh.. saja jenjalan..konon macam nak beli tudung untuk raya, tapi tak de yang berkenan pun. semua design sekarang yang ada tone tu, memang i tak berapa berkenan sangat. so, balik tangan kosong je la. tak pelik pun, sebab memang SELALU pun gitu lah bagi kami. kalau pergi uptown ke, downtown ke, tempat2 seangkatan dengannya, memang selalu balik dengan tangan kosong, sbb tak tau nak car i dan beli apa. saja cuci mata je. abis2 pun pegi makan je. sama jugak kali ni sebab masa nak balik tu singgah makan makanan Western. kedai apa pun dah lupa namanya. best jugak, bolah tahan la.
dan bila sampia hari untuk ibu dan Daddy Medina bekerja, medina kitorang tinggal kat makcik aku. hopefully dia ok. sebelum gi keje dah siap mandikan dan minum.tinggal nak tidokan je. hopefully balik tengahari nanti awal sikit. tapi, meeting yang first tu habis pun dah pukul 1 tengahari. UiTM Kelantan as a tuan rumah sediakan lunch, tapi lambat pulak caterer sampai..menunggu dah satu hal. lepas tu bersambung dengan meeting seterusnya pulak. memandangkan semua staf dari setiap negeri dah ada, terus meeting Ketua Unit kat situ. yang ni dah tau dah, confirm lama !! hurrm..pukul 4.30 baru abis.. apa la cerita medina kat rumah tu. aku memang pegang telefon setiap masa, stand by kot2 medina buat perangai. tapi makcik aku pun tak de call, so aku assume semua ok.
bila aku balik je, makcik aku cerita dia melalak tak berenti.. tak nak minum, tak nak tido. tertido pun sekejap, sebab penat menangis je.. kesian anak ibu.. serik pulak rasa nak tinggal kat orang lain. ni lah first time medina tinggal dengan orang lain, selain dari maktok kat arau tu.. bila kau bagi susu, minum tak menyempat2..balas dendam agaknya..Medina..medina.. nampak je brutal, rupenya...adeh..
hari Jumaat tu aku ke pasar tani, saja mencari lauk dan makanan..hahaha..heaven2.. jumpa banyaaak kuih2 yang dah lama tak makan. apa lagi aku pun, tak lepas peluang..
dan Sabtu tu lepas sarapan kitorang berangkat nak balik ke arau dah. kena balik awal sikit, sebab Ahad tu Daddy Medina dah nak balik shah alam lagi. kesian pulak dia.penat drive jauh2. singgah kat Jeli beli keropok lekor, dan terus balik. berenti jugak dekat arae Sik kot, beli durian. best gile tengok orang jual macam2 jenis buah, fresh dari dusun.. Sampai alor setar baru singgah makan kat Iman Keow Tiaw. then terus singgah umah MIL makan pulut durian..yeaay.. sampai rumah dah dekat pukul 12 malam dah..
Perjalanan jauh, not the first time for Medina..dari kecik dah terbang ke sana sini. alhamdulillah dia ok ke mana je kitorang bawak..hehehe..anak ibu sungguh..KAKI JALAN..ahhaakss..
eh, kejam kan?jaalan jauh-jauh, cerita kemain anjang, gambo sekeping je??? itu je yang ada cik kiah oii..
No comments:
Post a Comment