Wednesday, December 21, 2011

together gether time..

Kesahnya, dari last Thursday ada kat Shah Alam, sebab ada kerja kat sini this week. Sekali ngan hubby balik ke Arau, terus ikut dia balik. Rasa macam xlarat dah kot nak drive sendiri. Dan memang betul pun sebab all the way tu sakit pinggang and belakang mencucuk-cucuk. Memang xdapat nak gilir2 drive macam selalu la.

Selalunya kalau dah ada kat sini tu aktiviti memang pack la. Ada je la yang nak pegi, saja je cari pasal..hehe..
Hari Jumaat tu jugak, lepas hubby balik keje terus gi Baby Cottage, kat PJ. Survey car seat ataupun stroller. Dah pernah datang aritu, tapi kedai ni memang tutup awal. Sebab tu lepas abis kerja terus hubby ajak datang. So far, ok jugak. Banyak choices yang jarang-jarang jumpa tempat lain. Lepas tu ke Subang Parade, sebab nak gi Mothercare. Cuci mata, tengok stroller jugak. Bouncer tak banyak pilihan dan dari brand Mothercare sendiri tak berapa menarik pulak. Nak jugak rembat baju2, tapi banyak yang size besar. Dasar mak ni memang tak penyabar, kalau beli tu nak suruh anak boleh pakai terus. Tak mo simpan2 dah. Sebab tu agaknya baju2 yang aku beli semua size kecik, sebab nak bagi baby boleh terus melaram..hakhak..
Dah tak de benda nak cari tu, food testing session..harhar..



Mula-mula ke Krispy Kreme. Dah lama nak merasa donutnya. Tapi nampak ramai orang kat outlet Times Square dulu. So, kali ni boleh la. Ambik satu set je. Sharing is saving caring!!! Not bad, sedap jugak. Tapi for me, glaze tu terlalu manis. Hubby amik yang peanut butter. Ok jugak. Actually, ada sejarahnya sebab apa aku nak sangat try donut kat sini. Dulu masa degree, aku dok wat case study pasal company ni. The whole semester group aku study pasal company ni, dalam subjek Strategic Management. Ingat lagi, Prof. Madya Alias yang ajar. Memang best la lecturer tuh. Masa tu Krispy Kreme baru launch 1st outlet kat Times Square. Time tu memang nak sangat try donut dia yang nampak dalam buku teks tu memang yummy. Dah bertahun baru lah ada peluang. Sekarang ni memandangkan dah banyak kedai-kedai donut yang top, mungkin sebab tu rasanya ada brand yang lagi best kot..hehehe..
Then, kitorang masuk Parkson pulak. Saje kot2 banyak barang baby kat dalam tu. Baby gear punya items memang tak banyak. Jalan-jalan kat area baju baby. Banyak pilihan. Best. Mulanya nak amik untuk bagi kat kawan aku yang baru dapat baby girl, dan one of my staff yang  baru dapat baby boy. Pilih punya pilih, last2 satu pun tak melekat. Tu lah yang aku maleh tu sebab aku ni pilih berjam2 pun tak tentu lagi berkenan. Sudahnya keluar gitu je.
Food testing lagi!!
Dasar perut hapa la dua orang nih..
Kami ke…

Yeay.. ada orang nak belanja, tak kan nak tolak kan.hikhik. my hubby dah pernah makan burger kat sini, aku je belum. So, just make a try, why not kan? Ngeh3.. jumbo punya burger. Ok, not bad. Cuma setakat ni angin aku masih pada Chicken Mc Deluxe kat Mc D tuh. Lepas dah kuar baby nanti mungkin selera dah berubah, sape tau kan. Kena datang lagi la nih..
Apa yang bestnya kat sini sebab air boleh amik sendiri, boleh pilih nak air apa, bikarbonat, hot tea, coffee, ice lemon tea, dll.. yela, sebab banyak fast food yang lain selalunya air dah masuk dalam set, then kalau nak tukar kena tambah duit,kan. So, bagi kami yang memang tak suka bikarbonat drink ni, memang syok la. Macam biasa – iced lemon tea!! Siap boleh refill tak kira berapa kali pun. Tapau buat balik satu cup, tau..sshhh…
(Reminder: daddy, duit yg daddy pinjam tuk makan Carl’s Jr. dr bajet nak bli brg baby tu belum bayor,tau..hehe.. very the kejam maknya..)
Next day – Sabtu pulak lepas hubby abis kelas, terus pecut ke KL Convention Centre. Yehaa..

Yes..kita tengok Konsert Ruth Sahanaya. Ada goodfriend of hubby yang bagi tiket. Layan je lah. Baby kat dalam ni bukan main lagi menjiwai watak “org gi tengok konsert” – sangat aktif. Sampai aku terpaksa tahan nak gi toilet. Sebab takut dah kuar kang, sesat nak cari tempat duduk pulak. Hakhak..
Overall, ok lah. Pada orang yang betul2 minat dan tau lagu2 dia, memang berbaloi la. Setakat aku ni tau lagu Kaulah Segalanya ni, memang tunggu yang tu je la. Lagipun, lagu2 pilihan dia dari tahun 1985 – tahun dia mulakan karier dia. So, memang unfamiliar for us. Dia punya guests artist pulak Dalo’ Khatijah Ibrahim. Best jugak performance dia. Nampak cam aku lagi enjoy masa Dato’ Khaty nyanyi pulak rather than masa Ruth nyanyi..ooppss..sorry..

Tapi part yang paling best ialah….nampak ramai jugak artis dan wartawan. Dan yang penting my beloved Fahrin Ahmad pun ada la!!! Rasa cam nak terjun tangga je gi dok sebelah dia. Sabar2, laki den kat sebelah la wei.. dia datang ngan 2-3 orang kawan pempuan. Macam dh tua jugak, maybe family members kot. Bila dah habis konsert, intai2 kot2 dia ada lagi. Tapi rasanya dia keluar awal la kot. Kempunan jek.. hehe..
Balik tu, baru la sedar perut dah menyanyi lagu dagdut. Gi makan, then balik rumah dekat jam 2 pagi dah.. sleeping beauty yeahh..
Apapun, we had so much fun together.. tq laling..


Hari ahad pulak – meneruskan perjuangan lagi..hehe..
Lepas my hubby habis kelas jugak, kami ke Kota Kemuning, Shah Alam. Ke kedai baby. Kedai ni ada online jugak, tapi since dah dekat, so we decided to check ourselves kat sana. Mesti lagi real,kan. Hehe..
Pilih punya pilih, pusing punya pusing..

Tarraa…
ini yang dah menambat hati ku..uhuk3..
-sila abaikan size badan model tak semenggah tu yekk-

Sebenarnya nak yang kaler merah, tapi dah tak de stok dan tokey tu pun tak sure ada lagi ke tak dengan distributor. So, aku kira as tak de rezeki, kami pilih kaler Coffee/Sof Blue. Cantik jugak,kan…
Kedai ni suggested jugak pada sesapa yang dok mencari kelengkapan bayi, terutamanya stroller, baby chair, car seat, etc.. Cuma untuk pakaian rasanya tak banyak pilihan kat sini. Apapun, boleh check kat website diorang dulu pun xpe sebelum ke sana.

Dah abis cerita si anak, mak pak nya pulak gi bercanda kat Alamanda, Putrajaya. Yeehhaa.. bak kata orang, “better late than never”  kan. Kami baru gi tengok..



Malu  nak ngaku ni, sebab orang dah berpuluh-puluh, berduyun2 gi tengok, kami baru nak terhegeh.. hak3..apepun, ada aku kesah ke, jah oii???
Giler sape kata tak best cite ni? Thumbs up!! Tak perlu nak compare dengan novel la, kan. Yang kita memang sedia maklum tebal gedabak tu. Then nak interprete dalam masa 2 jam. Not fair,kan. Pokok dan isi ceritanya tetap ada. Tak perlu la nak berdebat sana sini. Just my opinion..;-)

gitu lah rentetan kesah dua orang yang nak nak jadi mak pak, tapi kejenya dok merayau2 jek.. kaki dan badan rasa sakit bukan main, tapi semua tu mesti dilawan habis-habisan!!kahkah..(xpe,seminggu ni den ado tukang urut prefesioanal kat umah..hehhe..)

minggu ni? isnin?selasa?rabu? dah 3 hari terperap kat rumah. tok sah mimpi nak ajak ke mana2. laki den busy tahap apa dah tu. ada event dia minggu ni. keluar setakat gi makan je lah.. application nak ke IKEA sebelum balik weekend ni pun tak tentu approved ke tak lagi ni. 4-5 kali dok tanya pun buat2 tak dengar jek..harapan je la.. eh3, lupa lak.. 2 hari lepas sempat jugak curik2 keluar gi rembat benda nih.
.
.
.
 lalalala.. apa justifikasi nak dapatkan makngah yg merah menyala ni? "perut ayang dh makin bsr,bang..tak larat nak jalan, nak pegang / sangkut beg kat sebelah bahu lagi. nak tunduk2 amik/pilih brg, handbag jatuh skali.kalau ada sling bag,senang sket.sangkut je kat bahu,lepas terus je..beg ni pun 2 in 1.ada tali pendek utk handbag jgk" - jual kesah sedih sikit,ok la tu..


uhh..soo touched..tq3 en suami ku..
i lap u 4 eber lah..

1 comment:

  1. i luv ur story yg ckup gler2...hahaha
    mc jang xpnh berubah dlm tulisannya.aku merindui tulisan2 gler mcm ni jang.hahahaa...teringat zamn berutus surt dgn mung dulu.gilak!!!:))

    ReplyDelete