8 tahun dulu..
Kami memulakan perhubungan ini
Kami pernah berjanji untuk sama-sama mempertahankan hubungan ini
Walaupun masa tu kami sendiri tak pasti ke mana arah tuju kami
Tapi dia begitu yakin hubungan ini ada tempatnya sendiri suatu hari nanti
Dia begitu yakin saya tercipta untuknya
Sedangkan pada masa itu hati saya masih belum mampu meyakinkan diri sendiri
Masa silih berganti
Hari berganti hari
Berbagai cerita suka duka
Sedih gembira
Marah benci
Rajuk tawa
Mewarnai hubungan ini
Dia habis belajar dan saya masih di situ
Dia mula bekerja dan saya masih juga di situ
Kami berjauhan tapi dia masih begitu
Hatinya tetap seperti itu
Yakin tentang hubungan yang satu
Kerana baginya
Rasa yang satu itu tak pernah padam
Sehingga mampu membuatkan saya semakin yakin
Mungkin benar dialah yang ditakdirkan untuk saya
Dan sekiranya benar, saya redha dan terima segala ketetapan
Hampir 5 tahun hubungan terjalin
Kami mengakhirinya dengan ikatan pertunangan
Dengan harapan dan doa
Semoga dipermudahkan
Semoga mampu mengharungi setiap badai sehingga kami disatukan nanti
6 bulan bergelar tunangan tiada banyak yang mengubah keadaan
Kami masih seperti itu
Dan hati saya makin yakin
3 jun 2009
Tarikh keramat yang mencatatkan titik permulaan untuk kami
Ya, saya kira ianya sebagai permulaan
Untuk semuanya
Mampukah kami?
Kami berdoa diberkati dan diberi laluan yang terbaik
Saya menyerahkan seluruh hidup saya padanya
Meletakkan segala kepentingan saya padanya
Semoga dia mampu membawa dan membimbing saya
Alam perkahwinan tidaklah semudah yang disangka
Sehinggalah saya tersedar
Rumahtangga bukan setakat perkongsian dua jiwa
Penyatuan dua hati
Tapi lebih dari itu
Lebih dari segala-galanya
Bukan senang untuk memahami hati insan lain di luar kehidupan kita
Terlalu banyak kekuatan dan persediaan yang perlu ada
Untuk mengukuhkan rumah tangga
Namun saya tetap bersyukur
Kerana walau dalam keadaan sukar
Dia tetap di situ
Di sisi saya
Menyokong saya
Berusaha menyediakan segalanya untuk saya
Bersedia menerima segala kelemahan saya
Dan menyanyangi saya seadanya saya
Mungkin ianya juga sukar untuk dia
Tapi dia tetap dia
Dan saya bersyukur untuk itu
3 jun 2011
2 tahun dia sebagai suami saya
Dan saya sebagai isteri dia
Saya tak pasti
Cukupkah apa yang telah saya buat untuk dia
Baguskah saya menjaga dia
Sudah tentu belum
Saya masih perlu berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan
Semoga saya ditetapkan hati
Terlalu banyak dugaan dan cabaran
Yang kadang-kadang seperti tak sanggup lagi menempuhinya
Tapi dengan adanya dia
Tangan ketiga yang sentiasa ada untuk saya
Payung yang sentiasa bersedia untuk memayungi saya
Tidak kira hujan atau panas
Saya tahu saya boleh melaluinya
6 jun 2011
Kami dikhabarkan dengan berita yang dah lama kami nanti kan
Kami bakal bergelar ibu dan ayah
Apa lagi yang mampu kami ucapkan
Segalanya nampak begitu teratur
Di saat kami hampir tidak mengharap dalam masa terdekat
Kami hampir pasrah
Kami cuma berharap untuk berdoa di Tanah Suci
Kami telah diperkenankan!!
Sebelum sempat kami ke sana..
Alhamdulillah
Walaupun saya terkejut dan agak gusar
Saya tahu dia gembira
Saya tahu ini amat bermakna untuk dia
Dan sekali lagi saya yakin
Dia pasti akan menjadi tangan ketiga dan payung untuk saya
Dan kini
Setelah 8 tahun semuanya berlalu
Dia masih begitu
Masih di situ
Hatinya masih seperti itu
Saya memang tak mampu
Menafikan kenyataan itu
Dan saya sekalipun tidak perlu dan tidak akan rasa menyesal
Membuat keputusan suatu ketika dahulu
Untuk menjadi suri untuknya
Dia lah yang sering mendengar keluh kesah hati saya
Yang mengelap air mata saya
Tak kira sedih atau gembira
Dia yang sentiasa memeluk saya
Untuk menenangkan hati yang sedang gusar
Yang sering tidak keruan
Dia lah yang sering menyedarkan saya tentang kehidupan
Yang kadangkala membuatkan saya leka dan lalai
Dia yang sering melayan amarah saya
Yang tidak mengira waktu
Yang menerima segala kekerasan hati saya sambil terseyum dan dalam rasional
Dia yang tak pernah putus-putus berusaha memperbaiki diri
Untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk saya
Dari setiap sudut
Dia tidak berkasar
Tidak juga melenting
Tidak juga berburuk sangka
Malah boleh mengakui dan menerima setiap teguran dan ketentuan
Dan sejujurnya saya tidak pernah menemui rasa tidak yakin
Atau prasangka terhadapnya
Saya tidak tahu kenapa hati saya begitu kuat
Untuk tidak sekali-kali meraguinya
Alhamdulillah untuk itu
Dan kini saya terdetik
Apa lagi yang saya perlu dari dia?
Perlu kah untuk saya terus meminta macam-macam dari dia?
Kerana dia telah berikan segalanya yang termampu
Saya cuma perlu lebih bersyukur
Cuma saya terus berdoa
Agar terus-terusan dikurniakan
Kemudahan, ketenangan, laluan, kepercayaan, kasih sayang
Untuk kami
Semoga cintanya terus untuk saya
Dan keluarga kami
Dan saya telah pun benar-benar yakin
Saya tercipta dari tulang rusuknya
Saya ditakdirkan untuk menerima kasih sayang darinya
Saya telah ditentukan untuk menerima sepenuh perhatian dan cinta kasihnya
Inilah pertama kali saya menulis secara terbuka
Untuk sesiapa sahaja yang terdekat di dalam hidup saya
Semoga menjadi kenangan terindah untuk saya
Semoga anak-anak kami mengetahui
Rasa hati saya
Rasa hati dia
Kecintaan kami
Semoga terus diberkati
Dan dipermudahkan laluan untuk kami..
Abang,
Selamat hari ulangtahun perkenalan
Yang ke 8
Mungkin ini tahun terakhir kita sambut berdua
Ulangtahun ke 9 nanti tentu sekali sudah bertiga
Insya Allah..
Semoga kasih sayang abang tak berkurangan
Semoga kesabaran abang terus bertahan
Semoga kehidupan abang lebih bermakna
Terima kasih kerana menjaga ayang
Terima kasih kerana menerima ayang
Ayang tahu
Terima kasih mungkin tak mampu mentafsir segala di dalam hati ayang
Hanya itu yang mampu
Terima kasih untuk segalanya..
Truly Deeply Speechless.
ReplyDelete1.2.3 .: