Friday, June 8, 2012

28 tahun punya budak



yee..saya tau..saya paham..dah tua..alah, tua setahun je dari korang kan?hehehe...

syukur, alhamdulillah..masih diberi peluang bernafas di usia  lanjut 28 tahun..diberi peluang bergelar anak, isteri, menantu, ibu, adik, kakak, kawan, dan insan di muka bumi Allah..syukur sangat-sangat..

Untuk mama yang saya kagumi, terima kasih sebab lahirkan saya ke dunia ni 28 tahun yang lalu. bermula dengan setitis susu yang mama bagi, saya boleh membesar dan menjadi seperti hari ini..memiliki apa yang saya miliki hari ini.. saya tau, sedar, dan masih ingat susah payah mama selama membesarkan saya..saya kagum dengan semangat dan kekuatan yang mama ada selama ini..semoga saya juga akan diberikan semangat yang sama..terima kasih jugak sebab jadi Onni yang sporting untuk Medina..

Untuk arwah Abah yang amat saya sanjungi, terima kasih di atas kasih sayang yang melimpah ruah, tunjuk ajar dan segala yang telah Abah korbankan untuk membesarkan saya. walaupun tempoh kita bersama cuma sekejap, saya tahu dan sedar bahawa apa  yang saya miliki hari ini adalah hasil didikan dan kasih sayang dari mama dan abah.. terima kasih untuk segala yang tak termampu untuk saya balas.. Abah tinggalkan saya sewaktu saya di tahun akhir pengajian, dan sekarang saya dah beranak 1.. how time flies...walaupun adakalanya saya terkilan sebab Medina tak sempat bermanja dengan Osan, tapi saya bangga menjadi anak abah.. saya mintak maaf dengan mama dan abah atas semua perbuatan saya yang tak kena dan salah selama ini.. truely from my heart. "Jang sayang Mama dan Abah.." - sedih betul nih..

Untuk Abang, terima kasih kerana menerima saya seadanya..cewaahh.. menerima baik buruk, melalui masam manis kehidupan rumah tangga bersama saya, bersabar dengan segala 'perangai' saya. terima kasih kerana memberi peluang untuk saya bergelar isteri dan ibu kepada anak kita. terima kasih atas segala nasihat, kata-kata semangat dan dorongan yang abang bagi.. juga kasih sayang yang tak pernah berkurangan..tahun ni sudah tentu tahun yang bermakna kerana adanya Medina di dalam keluarga kecik kita.. "Daddy, Ibu ngan Medina sayang Daddy.."

Untuk Medina, tq sayang..sepertimana ibu pernah cakap dulu, Medina hadir pada waktu yang sangat tepat.. tq sebab sentiasa ada di samping ibu, jadi kawan ibu.. selalu menemani ibu dengan senyuman dan keletah Medina..Medina antara kekuatan ibu..ibu sentiasa doakan Medina sihat dan selamat, serta dijauhkan dari segala kesulitan (erm, feeling seorang ibu ni boleh buat kita nanges,kan...) 

Untuk adik beradik saya, ipar duai, (ucapan mcm pahlawan nak gi berperang di hari raya!!!!)..terima kasih kerana menerima saya sebahagian daripada hidup kalian.. hidup saya pasti tak bermakna tanpa ada kalian yang mencorakkannya..hehehee.. untuk mertua saya, mak dan abah, terima kasih sebab terima izan dalam keluarga mak dan abah. izan tau izan bukan lah menantu terbaik dan terbalik, tapi harapnya mak dan abah boleh menerima kekurangan dan kelemahan izan..sayang mak dan abah..

Dan utk semua kawan2 saya yang membaca blog ini atau tak, thank you so much..terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya bersama korang semua..zaman manja2, nakal2, ponteng2, kutuk2, skodeng2, tiru2, tipu2, lari2, semuanya best!!! saya sayang semuanya..

Setiap dari semua insan yang pernah hadir, korang semua adalah sebahagian dari sejarah hidup saya sepanjang 28 tahun ni..kenangan mengajar erti kehidupan..betul2 ni..

Dan of course, TQ Ya Allah di atas penganugerahan yang tidak terhingga ini. semoga saya terus dapat merasai nikmat ini pada tahun-tahun akan datang..

Doa saya,
semoga saya mampu menjadi ibu terbaik di mata anak-anak saya nanti..ANAK-ANAK ok..hahaha..
semoga saya dapat menjadi isteri yang SATU  seperti suami saya idamkan..
semoga akan terus menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa dan mertua saya saya..saya tau saya tak sebaik mana, tapi setiap hari saya mencuba..
semoga terus kuat dan tabah mengharungi apa jua dugaan dan cabaran di dalam kerjaya dan dapat hidup bersama dalam keluarga kecik saya..
semoga terus kuat dan mampu melalui kehidupan rumah tangga, di dunia dan di akhirat.
kerana saya tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya sehingga Dia mengetahui hamba itu mampu melaluinya..

terima kasih di atas doa-doa dan ucapan yang saya terima..

notahati: jam 12 mlm tadi ibu wish 'happy birthday' untuk diri sendiri, di samping medina yang tengah syok layan mimpi..adeehh..hebat sungguh dugaanMu..





1 comment: