Wednesday, August 15, 2012

akhirnya ia datang jua..

Masih ingat entry aku tentang rezeki? dan tentang dugaan yang tak mampu aku nak ramal?? ye, tak sampai berapa jam je, ianya berlaku.. betul kan..

baru kejap tadi aku terima surat jemputan ke Kursus Pengurusan Bencana pada 20-22 Sept nanti. dan diadakan di Jengka, Pahang. sebenarnya aku dah tau akan ada kursus pada September. dan dah tau surat jemputan dah keluar. tapi semua tu aku cuba tepis dan berlagak nak abaikan sahaja. aku kira macam lambat lagi. tak pe lah. tup tup, tak sempat nak berayo eden ni hah.. tengok surat tu macam tak de perasaan.. only one word.. NINA?? a very big question..

akhirnya, masa itu tiba juga.. dan aku tak tau apa keputusan nak ambil.. terus SMS Daddy Nina.. semak kepala aku kejap. buntu.. walau macamana jauh aku cuba lari, aku tetap kena hadapi. jadi, nak tak nak mesti fikir.. ok, it will be:
  • 3 hari 2 malam punya course
  • dibuat di Pusat Latihan JPAM, dan bukannya hotel, dan tak boleh ulang alik dari rumah pun !

persoalannya: 
  • mana nak letak Nina?
  • nak bawak?
  • nak tinggal? huh, BIG NO !!! - moga Allah permudahkan urusan aku..
  • tapi kalau bawak, nak tinggal kat sape time aku keje?kat sana tak kenal sape2.. ada, kawan mak aku. but, aku rasa makcik tu dah tak larat nak jaga baby. dan, Nina sekarang dah kenal orang, so it might take some times to her to comfortable. kalau tetiba aku nak gi tinggal dia ngan orang tu, buatnya dia mengamuk, cari pasal namanya..
  • Daddy bagi cadangan yang dia akan jaga Nina kat sana. abih tu tak kan dia tak kursus? kalau jadi Urusetia pun takkan nak jaga anak kat bilik?
  • Dan as known as Pusat Latihan, aku tak rasa diorang boleh provide bilik untuk family, atau sekurang-kurangnya bilik untuk aku dan Nina saja. mesti kena share dengan kawan-kawan dari kampus lain..
  • Kalau nak book hotel dekat area tu plak, mesti nak ada kereta sendiri. takkan nak drive sendiri dengan Nina dari Arau? takkan Daddy nak balik ambik kami pulak? buang masa dan ongkos ! sangat tak praktikal..
Tak tau nak imagine macamana, tapi masa bincang dengan Daddy pun aku dah bergenang airmata.. tak sanggup! tak boleh nak discuss lama-lama, takut banjir pulak bilik aku ni jap lagi. tapi dalam kepala aku ni jenuh mencari jalan.. takkan aku tak nak attend? sayangnya.. kerja aku jugak tu. perlu jugak aku tambah skill dan knowledge, kan? dan situasi ni akan datang lagi. sampai bila aku nak terus lari dan mengelak?

apa nak buat eek?? aku terbayang kalau-kalau terpaksa jugak tinggal Nina dengan BS 3 hari.. huhu..sedihnya.. tak sanggup.. (isk, taip ni je pun dah sedih..) Adakah dah sampai masa untuk aku terpaksa biasakan diri tinggal dia bila outstation? Adakah aku sendiri perlu bersedia dengan keadaan ini? oh tidak.. bila teringat yang tiap-tiap malam tido dengan aku, selalu pegang baju aku (aku pun tak tau kenapa. peganglah tangan ke apa..) satu selimut, peluk-peluk, dan sekarang dah pandai parking kaki dia atas peha @ perut aku.. huh, tak nak tinggal Nina !!! please..

Daddy bagi idea, tinggal Nina dengan Daddy je kat Shah Alam, then aku gi kursus. aku risau jugak, boleh ke Nina tu? aku takut sebab malam aku memang fully breastfeed dia. tak sanggup kalau tiba2 dia bangun malam, then cari aku tak de.. huhu.. ni bukan Nina nangis, aku pun join sekali ni.. cuma, mungkin lebih better sekurang-kurangnya dia dok dengan Daddy dia, dari dok dengan orang lain, kan? tak jadi keje aku dok pikir benda ni.. aduhai..

sampai sekarang aku masih tak de penyelesaian. berharap sangat-sangat diberi petunjuk. time-time ni rasa sangat nak berhenti kerja.. bila lah laki aku nak dapat gaji 3-4 kali ganda dari sekarang, so that aku boleh duduk rumah je!!! atau sekurang-kurangnya tukar kerja ! sungguh, tak tipu.. ada tak jawatan kosong yang perlukan orang macam aku.. haha.. yang tak nak kena interview, nak dapat terus.. boleh gitu?? buat lawak b***h sebab nak hiburkan hati sendirik !

dah la, malas nak pikir lagi.. mood raya dah terbang melayang dah ni.. rasa macam nak balik peluk Nina la ni jugak !!







No comments:

Post a Comment