Wednesday, August 15, 2012

Rezeki..

pada yg follow fb aku tentu perasan status yg di'tag' oleh suami aku Isnin (13 / 8 / 2012) :

 "Syukur & Alhamdulillah.

Tahniah dan syabas kepada Ezan Rashid atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.

Semoga dengan pencapaian ini akan menjadi contoh dan teladan kepada staf lain untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja selaras dengan matlamat UiTM.

Daddy & Medina sangat berbangga dengan Ibu.

Syukur kepada-Nya atas kurniaan rezeki didalam bulan penuh keberkatan ini.

(,") .I.L.O.V.E.Y.O.U. (",) .: "

dan esoknya aku postkan pulak.. 

"Tq to all wishes.. Alhamdulillah, rezeki berganda-ganda.

Tak sangka dengan pencapaian sendiri. tahun yang hectic , kerja sambil mengusung perut ke sana sini. Tq Medina.. memang tak pernah bermimpi dan tak berharap untuk tercalon sekali pun. But, He knows the best, right? kalau nak bermimpi, biar sampai ke bintang !

Sesungguhnya, dugaan, cabaran, halangan dan nikmat datang serentak, silih berganti. tak terhitung banyaknya. Diuji dan pada masa yg sama dipermudahkan yg lain.. Rahsianya? jadi seperti itik berenang, luaran nampak tenang dan 'cool' , hati di dalam siapa yang tahu.. ;-) Semoga boleh menjadi pembakar semangat untuk semua..

Bila ditoleh kembali ke belakang, tak terfikir bagaimana boleh melaluinya. tq to every single person behind me. YOU KNO WHO YOU ARE.. especially to my dear Ku Hadzrill Jeeffry dan orang yang melahirkan saya, Ainun Ramli."
  
sila abaikan ayat cintan cintun yang suami aku tuju kat aku ye.. nanti ada pulak yang sendu.. heehe..

Betul, syukur alhamdulillah.. rezeki dariNya. memang tak sangka, tapi terima kasih pada semua yang terlibat. tak kan nak buat-buat tak reti atau tertanya-tanya "aku buat apa sangat ek sampai dapat title tu?". Mustahil la pulak,kan.  Cuma memang tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap itu dalam masa secepat ini. masa tu baru tahun kedua dalam servis kat gomen ni haa.. dan tobat, tak pernah pun aku kerja atau buat apa-apa untuk dapat perhatian atau pengiktirafan. Tipu la kalau keje tapi tak mengharapkan apa-apa.. pulak dah.. haha.. maksud aku,  kerja sebab tanggungjawab dan kita seronok bila buat kerja yang kita tahu. Ada masanya kesabaran dan kekuatan teruji, tapi.. hentam saja lah labu..

Dan from 2nd last paragraph of my speech tu (speech lah sangat !!), i really meant it.. really-really do. Ye, aku tau semua orang mengalami pengalaman pahit manis dalam kareer memasing,kan. dan itu bahagian untuk aku. cuma yanng aku rasa sebagai super duper big dugaan dan cabaran sebab aku ni weekend wife, weekend mommy.. yes, adakalanya monthly ! Tu yang rasa berat sangat perjalanan yang kena tempuh. di saat orang lain kena marah dengan boss, masa keluar lunch dengan hubby, boleh kongsi mengumpat melepas geram hal-hal kat ofis. Di saat orang lain stress dengan keje menimbun, bila balik rumah boleh share-share masalah dengan suami sebelum tido, masa makan, etc.. Dan segala masalah dan tekanan hilang bila balik rumah sebab jumpa your lover. Lain sikit bagi aku. bukan tak share dengan Daddy Medina. Tipu lah,kan. tapi in a different way. gayut telefon ni berapa lama sangat bertahan. sibuk hal masing-masing kat rumah masing-masing, adakalanya cerita yang nak dikongsi pun lenyap gitu je. Adakalanya stress aku lain macam sikit sebab berganda-ganda.. hhmm.. tak payahlah cerita macamana,kan. cukup aku shar e itu je. 

Sebab tu lah "Bila ditoleh kembali ke belakang, tak terfikir bagaimana boleh melaluinya", rasa macam..kuatnya aku ! haha.. gila takbur. tak lah, cuma rasa, walaupun kalau difikir rasa macam tak mampu, tapi bila keadaan dah memaksa, semuanya menjadi. itu lah yang aku rasa. belum lagi cerita keadan masa mengandungkan Medina time tu.. cukup untuk aku buat conclusion, this life make me stronger day by day.. sangat-sangat.. aku tak cakap aku bagus atau sempurna.. cuma dalam keadaan aku, aku rasa it's motivate me a lot. 

Lepas majlis penyampaian anugerah, two most important persons come into my mind. Daddy Medina dan mama aku.. ouch..really touched me.. i love you both.. sayang abang dan mama ketat2 !! Dan pada semua juga..

Aku juga pasti semuanya takkan berakhir di sini. hari-hari mendatang belum mampu untuk aku ramalkan. cuma tunngu, lihat, usaha dan doakan yang terbaik sahaja. semoga kekuatan dan kecekalan yang ada mampu bertahan dan bertambah.. Insya Allah..


notahati: jadilah seperti itik..




No comments:

Post a Comment