Thursday, August 9, 2012

Solid food for Medina..

cakap omputih mak medina hari ni.. hehe.. ye la, medina dah mula makan her solid foods !
dah.. dah.. jangan bising2.. jangan nak cakap awal la, nak cakap nape tak tunggu cukup-cukup 6 bulan la.. orang sedap je nak bercakap kan.. sebab orang-orang yang sedap bercakap ni jugak la aku terpaksa relakan anak aku makan sebelum usianya 6 bulan. walaupun tinggal 6 hari saja lagi time tu. memang anak kita, hak kita nak tentukan apa dia nak makan, bila dia nak makan. tapi hidup bermasyarakat dan berkeluarga ni memang SUSAH sangat nak tentukan apa yang betul-betul kita nak. really.. yup, i really meant it.

"dah boleh makan dah ni, anak ko dok hisap jari je ni. lapar la ni.."

" kitorang dulu, lepas pantang je dah bagi minum air nasik. dah asyik nangis je. lapar la kot " - sumpah, yang ni aku mengucap panjang bile dengar sendiri. kesian anak tu..

"ada sedara akak tu, dia jaga cucu dia. bila mak budak tu gi keje, dia masak tepung beras, bagi budak tu makan. sihat dan gemuk baby tu.. " -  sumpah, aku berdoa agar anak aku tak dibuat macam tu..

dan macam-macam lagi yang kita sering dengar, kan? dan bak kata orang, sekeliling kita ni terlalu banyak 'doktor'.. sampai tak tahu mana yang sepatutnya ikut, yang mana sepatutnya bolayan kan aje. nak  melawan, tak kena.. nak mengikut, aaghh..TAK NAK !! " alah, awak tu anak baru sorang, kita ni anak 6 orang. dah tau asam garam membesarkan budak-budak ni.. " - ambik ko? sanggup nak tahan telinga? 

Sebagai mak, kita tentu sangaaaat excited nak bagi anak kita makan, kan? tapi biarlah kita yang tentukan masa yang betul-betul sesuai.. aku tengok ibu-ibu hari ni sangat bersemangat menimba ilmu tentang Parenting ni. baik dari awal kehamilan, awal kelahiran, penjagaan baby, kesihatan, dan jugak pemakanan. makanan yang bersesuaian dengan umur anak.  jadi mungkin ada di antara kita yang semakin sedar waktu dan cara yang betul di dalam mengendalikan anak-anak. kalau dulu begitu banyak pantang larangnya, sekarang kita dah tau banyak mitos dari yang benarnya. macam aku, kalau ada orang cakap tak boleh makan apa-apa sebab pantang ke angin ke. aku mesti  nak justify betul-betul alasannya. kalau setakat agak-agak, orang tua kata la, orang muda kata la, payah sikit aku nak ikut. ada bukti dari segi perubatan, then ok.. ;-)

oleh sebab takut benda-benda yang tak sepatutnya jadi, daripada setiap hari hati tak menentu memikirkan "kot-kot orang suap anak aku makan ke?", aku mengalah dengan..



 bangga gile muka Medina kan?

masa balik rumah mak aku baru ni, mak aku bagi Medina makan biskut.. adoi.. yang tak tahannya, Medina makan sungguh-sungguh pulak tu. lagi nampak macam lapar la, kan? hehe..  ada masanya mak aku offer kuih bahulu !! adeeh..poning omaknya.. aku tengok Medina isap-isap, then gulp telan. macam best je.. telan air liur je lah aku. sebelum medina pergi lebih jauh, aku cepat-cepat gi belikan Medina finger biscuit from Farley's ni. dan jugak sekotak biskut untuk bancuh dengan susu. (impian mak nak suapkan Medina first time dengan home-made solid food berkecai jua..)

Bila dah balik Arau balik, aku cuba bertahan untuk tak bagi legi Medina makan lagi. jap je, tahan lagi 2 minggu je.. hope boleh bertahan.. but, selalu sangat dengar BS cakap Medina dah boleh makan, aku decide, "ok, minggu depan kita start makan ye.. ibu masakkan Medina kentang.. ". BS tanya, nak beli Cerelac ke? "tak la, nak masak sendiri.." . Abis cerita.

sebelum tu, aku nak explain awal-awal.. bukan nak menunjuk bagus atau pandai ke apa.. bukan jugak nak cakap aku ni mak terbaik.. apatah lagi pandai masak. tapi aku cuma berusaha setakat yang aku mampu. nak jugak merasa masak bubur untuk anak,kan. nak jugak sediakan meal yang sehat untuk Medina, dengan air tangan aku.. aku tau, satu hari nanti aku jugak akan bagi dia makan makanan dalam tin / kotak, walaupun aku akan cuba elak sebaik mungkin.  sebab tu aku tak de langsung blame makanan-makanan kat pasaran tu.  mana tahu  bila ada outstation ke, balik kampung, atau berjalan jauh2.. tak kan aku nak angkut periuk belanga untuk siapkan makanan Medina. so, at that time, for sure aku jugak akan beli ready-made solid food atau finger food,kan. aku jugak sedar tentang baik buruk ready-made dan home-made food for baby / kids. kandungan garam dan gula dalam makanan untuk baby.. (read as: i've done a lot of reading and surveying on that) but, macam yang aku cakap awal-awal tadi, kita tak boleh dapat semua apa yang kita nak. ada masa kita dapat, ada masa kita terpaksa mengorbankan salah satu.. life is as simple as that !!

so, bagi mengisi masa dan tenaga yang aku ada sekarang, aku nak sediakan home-made food untuk Medina. mana tau, ada masa terkejar-kejar tu, terpaksa jugak sambar biskut Farley's Rusk dalam almari.. huhu.. 

hujung minggu baru ni, aku spent sikit waktu untuk siapkan Medina punya makanan. sambil-sambil masak untuk berbuka. hehe.. aku pilih untuk buat frozen, memandang aku ni ibu yang tak berapa muda, yang tinggal solo dengan baby dan berkerjaya yan tak tentu waktu.. hah, jelas,kan ?? kalau nak ambil masa everyday untuk masa, memang tak mampu lah. apapun, still better than ready-made kat pasaran, kan? itu kuncinya !! hehe.. aku banyak belajar kat blogs, buku, magazines, dan mana yang sempat. selalu menjenguk kat Ibu Cergas ni.. banyak ilmu dia..

 Epal. Pear, Labu Organik, Keledek dan Kentang untuk dijadikan puree.
 kupas kulit, cuci bersih, dan potong kecik-kecik. senang nak cepat masak nanti..
 kemudian aku rebus. epal dan pear aku campurkan sekali je. saje suke-suke.. lepas tu kentang, dan yang lain-lain tu rebus berasingan.
 dah masak, sejukkan sekejap. takkan nak blend panas-pnas, ye dak?
 semestara tu, aku cuci beras dan sejatkan. lepas tu aku goreng beras ni tanpa minyak. sebab nak make sure betul-betul kering sebelum dikisar.
 ni lah rupa beras yang dah dikisar. so, bila nak guna, terus cedok dengan sudu, masak kat dapur dan campur dengan puree tadi. dah jadi bubur, tak perlu blend lagi bila dah masak. jimat masa..
cuma untuk aku, lepas masak still kena blend sebab Medina baru je belajar makan. so, teksturnya masih tak boleh kasar-kasar.. dah jadi 2 kali keje aku,kan.. blend, masak, lepas tu blend balik..huhu..

 ini epal puree.. senget la pulak.. gasak lah..
 aku masukkan dalam bekas kiub-kiub ni. bekas untuk buat ais sebenarnya. beli kat kedai Borong Din.
 bekas ni beli tak banyak. so, once dah beku, masukkan kiub ni dalam bekas besar pulak, sebab nak diisi dengan lebihan puree tadi. tak kan nak beli banyak-banyak, kan? kopak aku..;-)

taraa.. siap.. disebabkan banyak puree yang aku buat, kena tunggu kiub ni keras, then buat yang baru..sampai semua puree tu dah jadi kiub dan ready untuk di'frozen' kan !

Itu lah kisah puree-puree ku.. haha.. 
First sekali aku bagi medina makan labu + epal +pear.. nyam3.. she's love it !! sebab first time makan Daddy yang suapkan, so tak de snap photo lah. maknya sambung balik keje-keje kat dapur.. best tengok Medina menjamu selera dengan jayanya.. Insya Allah, will follow 4-day rules untuk bagi Medinan makan.. maksudnya, akan bagi Medina makan meal yangsama selama 4 hari. ini untuk nak pastikan Medina sesuai atau tak dengan makanan tu. bayi akan menunjukkan tanda-tanda dalam masa 4 hari. samada alergi ke (melalui najis atau kulit), apa ke.. dan nak biasakan bayi dengan rasa pada makanan tu. bila dah ok, boleh tukar pada puree lain pulak.. ini juga untuk membiasakan Medina dengan pelbagai rasa, supaya bila dah besar dia tak lah memilih sangat !! hihhi..

Dan esoknya bila bawak Medina gi rumah BS, siap bagi bubur.. BS senyum sampai telinga... hhmmmm.. apa saja lah, asalkan semua ok.. Medina, enjoy your food !!







 

3 comments:

  1. nyam...nyam....
    dapat makanan best...meja makan pun rasmi yang baru..
    semangat betul medina makan....bip pun rasmi baru....thanks ibu...medina & daddy love you very much .:

    ReplyDelete
  2. waaa...rajinnya ibu medina ni..bagus2...
    nti ada ank kecil lain..leh la ambik cara2nya disini
    yer hehehe:-)

    ReplyDelete