memang tak de cerita lain sekarang ni. korang gi la jenguk blog sesape pun. kalau tak cerita biskut raya, mesti cerita baju raya. kalau tak pun cerita orang merajuk sebab gaduh ngan laki, sebab tak pasti lagi nak balik kampung sapa... balik raya ! still, cerita raya.. so, same goes to mine !! ngee..
memandangkan ini tahun keempat beraya dengan suami (waahh.. tak sangkanya..) , dan pertama kali beraya bertiga dengan Nina.. yup, lupa nak cerita : Daddy Medina bagi nama manja - Nina..
persediaan tak de lah gah dan meriah yang amat. adalah sikit-sikit, meraikan setahun sekali, dan yang penting sesuai dengan bajet masing-masing.. untuk keluarga kecik aku, rasanya 80% dah siap. tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi.
- kuih raya - selalunya memang aku akan buat sendiri. banyak @ sikit, itu belakang kira, asalkan buat. tambahan pulak memang mak dan along aku pun buat. so selalunya kitorang buat sistem barter. cuma tahun ni gile sikit. sebab along dan aku list kan senarai biskut yang sama ! apa hal pulak.. macamana nak tukar2, kan? tapi tak pe lah sebab beraya lain-lain tempat dulu. haha.. apapun, tumpang biskut mak aku lah, nampak macam very pelbagi tu.. hehe.. senarai aku? sebelum puasa ada 3 je.. awal puasa dah jadi 4- 5.. bila beli bahan, still maintain 4 jenis je. tapi, bila dah start buat, "eh, ada lebih lagi tepung, gula, kcg, etc.. ".. tup-tup, dah jadi 6 jenis .. adeeh.. memang niat di hati nak buat sikit je memandangkan Nina masih kecik. dan tak tau nak bajet dia punya mood. takut tengah syok2 menguli, dia melalak pulak.. apapun, rasanya cukup dengan 6 jenis je lah.. Tart Nenas, Biskut Arab, Cornflakes Honey, Germany Cookies, choc chips, dan Alamanda Bar Cookies. dah, jangan pikir lain dah. kang ada je idea aku nak tambah kang..
- baju raya? untuk aku ada 2 pasang (merah dan hijau). tapi ada lagi yang baru ambik dari tailor sebelum puasa hari tu, so aku simpan nak pakai raya jugak lah. adalah dalam 4 pasang kot. cuma ada 2 pasang lagi belum siap. aku dah janji dengan tailor, ambik lambat sikit pun tak pe, sebab raya di sini je tahun ni. bagi chance dia jahit untuk orang-orang yang nak balik awal.. tahun lepas aku ambik awal jugak,kan.. kasut, ada beli sepasang. bukan kasut, selipar je.. tu pun dah terdesak sangat sebab tak de pun yang aku berkenan. tapi ambik jugak sebab kasut memang nazak dah. handbag - tak beli tahun ni. ada yang berkenan, tapi Daddy Nina wat derkk je. aku pun abaikan je lah. lagi pun yang sedia ada still elok dan gagah.. ;-)
- baju raya Daddy Nina ada sepasang baju melayu kaler merah. tapi belum siap. sehari dua lagi siap kot. kalau ikutkan, dia tak nak jahit baju melayu pun. nak pakai yang sedia ada. memang elok lagi. cuma, aku ingat nak buat jugak sebab dia selalu kena attend event. so, prepare je la. tak kan pakai baju sama tiap-tiap tahun,kan. untuk kasual dah ada 2 helai. kaler hijau dan biru - sama color dengan baju yang aku dan Nina ada. yang lain still guna yang lama, iaitu butang baju melayu
(sebab taun lepas beli yg mahai.. hehe.. ), songkok, sandal dan sampin(hantaran masa tunang tuu..).
- baju raya Nina - minah ni paling sakan tahun ni !! serba serbi baru. yelah, dia mana ada stok tahun lepas, kan ? hehe.. baru ni membeli kat Penang. banyak beli yang dia la sebab kat tempat aku ni sangat susah nak cari yang aku berkenan. dah siapkan seluar jeans, gaun dalam 3-4 helai, blaus dan t-shirt, stokin je sebab kasut tak de size lagik.. adik dan mak aku pun ada sponsor baju untuk Nina jugak.. headband pun beli baru tau.. baju kurung mak aku tolong jahitkan, sama corak dengan baju aku, kaler merah dan hijau. aku belikan jugak pyjamas dan baju tido.. saje, wat pakai malam-malam raya.. ahakss.. dan belek-belek rak baju dia, dapat 3-4 pasang baju yang dulu tak boleh pakai, tapi sekarang dah muat.. yeaay..
apa lagi ye.. tu je rasanya. yang lain tu ada lah persediaannya. tapi macam biasa je. ikut keperluan dan kemampuan. Insya Allah aku akan balilk rumah MIL petang sehari sebelum raya. masak ? tak tahu lah, ikut tuan rumah je lah,kan. kalau belah family aku, memang mak aku akan masak macam-macam. dan yang penting mesti ada nasi, ketupat, rendang, kuah kacang, tapai.. kadang-kadang ada satay, pulut panggang,kek, dan macam-macam. family sebelah aku ramai, jadi masak memang ala-ala kenduri. tu yang meriah. aku memang hantu ketupat atau jenis-jenis pulut. ketupat + rendang + kuah kacang ?? perghhh...
kali rasa macam nak try buat rendang lah.. ada ke yang nak makan??
kita bawak perut je la, ye..;-)
hah, lupa nak share, raya tahun ni ada gajet baru jugak..
taraa.. saja nak eksyen dengan korang.. jam ni sempena pelbagai peristiwa. Daddy Nina kata sebab lahirkan Nina, hadiah hari jadi, ulangtahun kahwin, hari raya dan ulangtahun perkenalan.. kejam tak laki aku ?? aku rasa gile punya kejam.. korang rasa ??? iya kan je ... pikir 10 kali jugak nak membayarnya.. senak perut sebulan aku lepas nih.. tapi, manager kata "tak pe lah, reward yourself. untuk kerja setahun ni.." - terus tak cakap banyak, hulur je .. haha..
yang kaler merah tu, untuk Daddy Nina - sebab jaga aku dan Nina sepanjang masa, teman masa aku nak push-push anak dia, hadiah hari jadi, ulang tahun, tolong tangkap tikus-tikus kat rumah, tolong mop lantai setiap kali balik dan segalanya.. hikhik.. mulanya nak yang sedondon kaler, walaupun tak sepasang. tapi last minit, Daddy Nina still nak yang merah jugak. tak pe lah..
dan tak semena-mena beraya dengan handset baru uollss.. haha.. sebab hand set aku yang ada tu sedih benar dah. dia pun malu nak beraya. so, dia pun menjahanankan diri dia. dah seminggu aku tak de handset (langsung tak sedih,kan ? sebab aku ada 2 handset.. huahua..). Weekend baru ni Daddy Nina dah belikan aku yang baru. jauh tu.. aku pun tak tau macamana rupanya. tengok dalam gambar je. bukan smart phone ye. yang cikai-cikai je. bolehlah setakat nak gayut ngan boyfren dan nak hantar gambar-gambar anak dara kat bapak dia.. nanti kita pose ye. sekarang ni jual airliur je lah, dah handset tu ada ngan laki aku lagi..hehe..
rezeki tahun, ni.. kan ? semoga semua dipermudahkan rezeki mereka dan untuk tahun-tahun akan datang jugak..
amin..
notahati : apa cerita best raya kawan-kawan kita ye?
raya sakanlah tahun ni yek!
ReplyDelete